𝐎𝐍𝐄

352 52 9
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃 𝐈𝐒 𝐌𝐘 𝐂𝐎𝐔𝐒𝐈𝐍.

• • •

Nuraissa Adlin Pov —

Memandangkan hari ini aku cuti, aku sengaja bangun awal pagi semata-mata nak cop televisyen sebelum mama mulakan marathon K-drama kesukaan dia. Kalau melepas turn tak bolehlah aku nak tengok drama kegemaran aku.

Mama tak apalah hari hari duduk rumah, aku ni nak nampak batang hidung dekat rumah ni susah. Maklumlah aku kan manusia terpaling busy sekali.

"Adlin, kamu tak kerja ke harini? Pagi-pagi buta dah sibuk menghadap TV," soal mama yang sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi untuk kami sekeluarga di dapur.

Jangan pelik kenapa aku tak tolong mama masak. Aku tak larat nak berdiri lama, semalam aku kena siapkan projek besar disebabkan itulah aku kehilangan banyak tenaga.

Oh, wahai mamaku sayang! Maafkanlah anak mu yang lemah lagikan longlai ini, anak mu ini tidak bermaksud untuk bermalas-malasan dan tidak membantu mu wahai mam—

Eh, sudah!

"Tak kerja, ma. Harini boss Adlin yang terchenta tu bagi cuti, katanya nak tutup kedai sebab dia nak balik kampung ada hal keluarga sikit." Jawabku daripada ruang tamu.

Akibat terlampau bosan menunggu drama yang aku mahu tonton ditayangkan, aku bangun daripada baringanku lalu menuju ke meja makan di dapur dan tanganku laju meraba makanan yang terhidang di atas meja.

Mama mengerling aku sekilas, muka menyampah ditayangkan.

Sejak akhir-akhir ini aku tengok perangai mama dah lebih kurang macam perangai Amsya. Mama lepak dengan dia ke apa? Accurate betul perangai menyampah mama dengan Amsya pada aku.

"Makan aje lah kamu tahu, tolong mama masak tak nak. Nanti kahwin macam mana lah agaknya hidup suami kamu..." Perli mama pada aku.

Kahwin? Lekluh, awal lagi nak kahwin sekarang.

Mungkin tahun depan kut. Kalau jodoh aku dengan pakwe aku kuat, huhuhu! Tersedak juga pakwe aku dekat rumah dia nanti kalau asyik mentioned nama dia.

Tentang perli-memerli tu biasalah. Aku dah selalu jadi mangsa bebelan dan perlian mama dalam rumah ni, hari-hari telan perlian mama.

Almaklumlah, aku ini kan anak tunggal dalam keluarga ni jadi terpaksalah aku terima nasib aku sebagai bahan bebelan dan perlian mama. Yang penting mama sayang aku lebih tetapi tetap tak boleh lawan sayang papa pada aku.

Papa 1.5, mama 1 aje aku kasi!

"Papa pergi kerja dulu. Kamu jangan nak gaduh dengan sayang papa pula, kalau kamu layan mama kamu tu sampai dua hari esok pun tak habis..." ujar papa, dia sedang berjalan dari biliknya dan mama menuju ke ruang tamu.

"Alah, kalau Adlin dengan mama gaduh, papa balik lah kejap dan tolonglah pujuk kami berdua. Hm..." Usikku pada papa.

Papa tersenyum geli hati.

"Amboi, banyak cantik gigi mama kamu! Papa banyak kerja nak selesaikan dekat pejabat tu." Balas papa bersama senyuman nipis.

❛❛𝙈𝙮 𝘾𝙤𝙪𝙨𝙞𝙣 𝙄𝙨 𝙈𝙮 𝙃𝙪𝙨𝙗𝙖𝙣𝙙.❜❜ ʳᵉWhere stories live. Discover now