01💌

1K 136 12
                                    

_________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_________

Hyunsuk membuka lokernya lalu matanya secara tiba-tiba melihat sehelai sampul surat yang terselit di lubang lokernya. Surat tersebut diambil lalu dilihatnya dengan teliti. 

Sampul suratnya yang berwarna merah jambu membuatkan lelaki itu geli. Dia anti dengan warna pink itu. Dia benci!

Setelah beberapa tika melihatnya, Hyunsuk membuka surat itu dengan hati yang berkobar-kobar. Dia ingin tahu tentang isi kandungan surat tersebut. Bait-bait perkataan yang tertulis di atas surat tersebut dibaca dengan berhati-hati. Bibirnya diketap apabila selesai membaca isi kandungan yang terkandung di dalam surat itu.

Hyunsuk terus menutup pintu lokernya dengan kasar lalu kakinya melangkah laju menuju ke sebuah kelas. Kelas yang tadinya riuh rendah terus menjadi senyap sunyi apabila Hyunsuk melangkahkan kaki ke dalamnya.

Manakan tidak, semua orang di sekolah ini begitu takut dengan Hyunsuk kerana lelaki itu merupakan seorang pembuli, pemeras ugut dan pelajar paling bermasalah sekali di sekolah ini. Disebabkan, bapanya seorang yang kaya, semua cikgu tidak berani mahu menegur perbuatan lelaki itu.

Bebola mata Hyunsuk terus memandang satu persatu murid yang berada di dalam kelas tersebut manakala semua murid ingin mengelak pandangan mata lelaki itu. Matanya diberhentikan pada seorang pelajar lelaki. Tanda nama lelaki itu dibaca.

"Kau, Kim Sunoo. Tunjukkan pada aku siapa Cho Aerin." arahnya kasar sambil merenung pelajar lelaki yang bernama Kim Sunoo itu tajam. Badan Sunoo sudah menggigil-gigil kerana direnung sebegitu rupa.

Kepalanya terus bergerak melihat meja Cho Aerin yang terletak di tepi tingkap. Begitu juga dengan semua orang yang berada di dalam kelas itu. Mata mereka turut tertumpu pada meja Aerun. Jari Sunoo diangkat lalu menunjuk tempat duduk pelajar perempuan yang bernama Cho Aerin itu.

Hyunsuk tersenyum sinis. Tempat duduk milik gadis itu direnung lama. Kakinya segera melangkah ke tempat duduk gadis itu. Aerin yang sedang nyenyak tidur di tempat duduknya langsung tidak dipedulikan. Dia terus menendang meja Aerin dengan kasar membuatkan gadis itu terjaga.

Dalam keadaan yang mamai, kepalanya dipusingkan ke kiri dan kanan untuk mencari seseorang tanpa menghiraukan Hyunsuk yang sedang berdiri di hadapannya. Kemudian, matanya bergerak ke arah sebelah kanan, di mana rakan baiknya duduk di situ. "Songsaenim dah masuk ke, Jia?" soal Aerin selamba. Sambil-sambil itu dia menguap kecil kerana menahan kantuk.

Jia segera menggelengkan kepalanya dan kepalanya langsung tidak ditolehkan memandang Aerin. Dia takut dengan Hyunsuk. Rupa lelaki itu sudah seperti singa kelaparan sahaja apabila Aerin seolah-olah tidak menyedari kehadiran lelaki itu di hadapannya.

"Dah tu, siapa yang kejutkan aku. Kan aku dah kata, jangan kejutkan aku selagi songsaenim tak masuk." bebelnya perlahan tapi mampu didengari satu kelas. Kepalanya diletakkan kembali di atas meja. Dia mahu menyambung kembali tidurnya yang terganggu.

Hyunsuk mula mengetap bibirnya. Geram apabila kehadirannya seolah-olah tidak wujud di mata gadis itu. Rakan-rakan sekelas Aerin mula berasa takut dan gerun apabila melihat wajah Hyunsuk yang mulai kemerah-merahan. Menahan marah mungkin.

Lelaki itu terus menendang meja Aerin buat kali kedua membuatkan gadis itu agak terkejut. Kepalanya terus diangkat memandang Hyunsuk menyebabkan mata mereka bertaut buat kali pertama.

Hyunsuk terkaku, terkelu dan terus terdiam. Semua ayat makian yang sudah tersusun di dalam otaknya tadi terus hilang begitu sahaja selepas melihat wajah Aerin. 

Cantik. Wajah gadis itu kelihatan begitu cantik di hadapan matanya.

Aerin mengerutkan dahinya. Badan Hyunsuk dipandang dari atas hinggalah ke bawah membuatkan lelaki itu tersipu malu. "Nak apa?" soal Aerin selamba walaupun dia sudah sedia maklum mengenai status pelajar lelaki itu.

Seorang pembuli. Apa Aerin kisah. Dia tidak mempunyai perasaan gentar langsung terhadap lelaki itu. Dia tidak membuat apa-apa kesalahan, jadi buat apa nak takut?

Hyunsuk tersenyum sinis mendengar soalan yang keluar daripada mulut Aerin. Huh, nak apa? Heh, setelah meletakkan surat cinta di loker milik Hyunsuk, gadis itu bertanya semula tentang tujuannya ke sini. 

Hyunsuk pelik. Gadis ini tak takut dengan dirinya ke? Sudahlah dia pembuli, pemeras ugut dan bermacam-macam lagi perangai negatif yang dia ada. Hampir semua pelajar di sekolah ini begitu takut dengan dirinya tetapi Aerin dengan beraninya bertanya pada Hyunsuk mengenai kehadiran lelaki itu ke kelasnya.

Hyunsuk segera menunjukkan surat yang terselit di lokernya pada Aerin. Dia mula membaca surat itu. "Ehem, ehem. Err, hi sunbae. Maaf sebab secara tiba-tiba selitkan surat ni pada loker sunbae. Sebenarnya, saya cuma nak cakap yang saya suka sunbae. From Cho Aerin, kelas sebelah sunbae." 

Aerin terus membulatkan matanya apabila mendengar pembacaan Hyunsuk. Surat tersebut terus diambil secara kasar daripada Hyunsuk. Matanya membaca kembali surat itu. Dia tidak ingat yang dia telah menulis surat itu. Bila? Bila? dan bila dia menulis surat itu?

Kotak ingatannya langsung tidak dapat mengingati yang dia menulis surat itu. Tulisan yang berada di atas surat itu memang tulisannya tetapi dia tidak mengaku yang dia menulis surat itu.

Aerin mengangkat mukanya memandang Hyunsuk. "I don't write this letter." tegah Aerin.  Hyunsuk berdecit perlahan. Tangannya laju sahaja mengambil sebuah buku tulis yang berada dia atas meja Aerin. Buku tersebut terus dibuka tanpa meminta kebenaran daripada Aerin. Kemudian, Tangannya mengambil pula surat yang berada di tangan Aerin. Dia mula membandingkan tulisan di atas surat itu dengan tulisan di dalam buku tulis Aerin.

Hyunsuk mengangkat keningnya meminta penjelasan. "Tulisan yang sama. Ketebalan pen yang sama. Jadi, nak nafikan apa lagi?" soalnya seperti tiada perasaan. Matanya tajam merenung Aerin.

"Kalau nak luahkan perasaan tu boleh tak bijak sikit? Jangan tulis nama dan kelas kau sebab aku tak ingin pun nak tahu kau tu siapa---"

"---Heh, sudahlah hodoh. Ada hati nak bercinta dengan aku. Boleh pergi mampus!" kata Hyunsuk kasar. Dia bertindak mengoyakkan surat itu di hadapan Aerin. Cebisan-cebisan kertas kecil itu dipijak-pijak kasar untuk menunjukkan betapa dia membenci surat tersebut.




_________

tbc

[C] Best Mistake | HyunsukWhere stories live. Discover now