Bahagian 5 : Maaf

Start from the beginning
                                    

" Indera..." panggil Nenda lembut selepas jeda seketika. Aku mendongak dan pandang wajah lembutnya. Dia tersenyum memandangku. Senyuman yang penuh dengan kasih sayang.

" Saling tak tumpah." ujarnya. Aku jadi keliru.

" Saling tak tumpah?" soalku keliru.

" Wajah Indera, saling tak tumpah macam wajah almarhum ayahanda Indera." ujarnya lagi. Aku tersenyum.

" Indera okay ke tinggal disini?" soalnya lagi lembut. Aku pandang dia lagi. Aku diam. Entahlah, aku tak ada jawapan untuk itu. Nenda kemudiannya meraih kedua tanganku dan digenggam erat. Aku kaget.

" Nenda minta maaf pada Indera." ujarnya. Aku jadi keliru.

" Nenda tak mampu nak halang keputusan Almarhum ayahanda Indera dulu. Nenda tak mampu nak halang almarhum ayahanda Indera dulu untuk menghantar Indera dan Ibu Indera ke luar negara. Indera dah hilang banyak hak Indera sebabkan itu. Nenda minta maaf." ucapnya ikhlas. Aku tersentuh. Aku tak sangka yang Nenda akan meminta maaf begini.

" Nenda, Nenda tak perlu minta maaf. Nenda tak salahpun. Lagipun, Indera faham kenapa almarhum ayahanda buat keputusan begitu dulu. Semua tu demi keselamatan Indera dan Ibu. Indera tak salahkan sesiapa." balasku ikhlas. Aku memang tak salahkan sesiapa Cuma...Tuanku Permaisuri...entahlah, aku macam skeptikal sikit.

" Saling tak tumpah juga." ujar Nenda lagi. Aku tersenyum.

" Macam almarhum ayahanda?" duga ku. Nenda tersenyum lebar.

" Tak.....keikhlasan Indera dan hati budi Indera saling tak tumpah macam arwah Maryam, Ibu Indera." ucapnya. Aku tersentak.

" Nenda kenal Ibu?" soalku tertarik. Nenda tergelak kecil.

" Dah tentulah Nenda kenal dengan Maryam. Sebelum dia berkahwin dengan almarhum ayahanda Indera, dia sebenarnya pengiring Nenda." cerita Nenda. Aku jadi tertarik. Nenda ku lihat tiba-tiba berubah riak wajahnya. Dia mengeluh.

" Kenapa Nenda?" soalku.

" Entahlah, bila difikirkan balik, kalau lah dapat diundurkan masa, banyak benda yang nenda nak buat. Banyak benda yang nenda nak betulkan. Sebabkan dulu nenda hanya diam dan tak masuk campur, semuanya jadi begini." ceritanya sesal.

" Nenda jangan fikir macam tu, Indera yakin, setiap apa yang terjadi itu, ada hikmahnya." balasku pula. Nenda tersenyum dengan kata-kataku. Aku turut tersenyum. harap-harapnya memang adalah hikmah di balik semua ni.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



          Dah hampir seminggu aku di sini, best jugaklah walaupun aku duduk dan makan je. Tapi ada juga yang tak best. Aku terpaksa mengikuti beberapa kelas bagi menyiapkan aku sebelum aku ditabal sebagai Sultan kelak. Antaranya kelas protokol diraja. Adat-adat diraja, sejarah beringinpura dan beberapa lagi kelas yang memeningkan kepala aku. Yang mengajarpun boleh tahan juga garang. Nasib baik la si Muaz ada temankan aku. 

         Berkenaan dengan pertabalan aku tu pulak, entahlah. Dewan Diraja dah bersidang beberapa kali, namun masih belum dapat kata putus. Itu juga membuatkan aku bertambah resah. Bukan sekadar aku sebenarnya, seluruh Beringinpura juga resah. Aku ni sebenarnya belum lagi diperkenalkan kepada umum sebagai waris Almarhum Sultan Iskandar. Namun sebenarnya khabar angin sudahpun tersebar ke seluruh pelusuk negara tentang aku. Tapi, oleh kerana tiada pengumuman rasmi dari pihak Istana, rakyat jadi makin tertanya-tanya.

"Indera." kedengaran seseorang memanggil aku. Aku menoleh. Tuanku Permaisuri ! Aku lantas memberikan sembah hormat.

"boleh bonda nak bercakap sekejap?" soal Tuanku Permaisuri lembut. Aku dan Muaz berbalas pandang. Kenapa pula Tuanku Permaisuri nak jumpa aku ni? Aku mengangguk perlahan sebelum mengekorinya ke Balai Tamu di Istana Angsana.

Tuanku Permaisuri berdiri menghadap jendela besar sambil memandang keluar. Aku berdiri tegak di belakangnya menanti apa yang ingin di cakapkan olehnya.

"Indera.." Tuanku Permaisuri mula bersuara.

" ya , Tuanku. " Bonda Noriah berpaling dan menghampiri aku.

" Panggil Bonda sahaja." ujarnya. Aku mengangguk faham.

" Maafkan bonda." ujarnya separuh merayu. Aku kaget.Maaf?

" Maaf? Untuk apa?"aku menyoal kembali.

" Maaf sebab menjadikan hidup Indera sengsara. Maaf sebab bonda telah membuat bonda Indera derita dan maaf sebab bonda telah menyebabkan Indera disisih keluarga sendiri." Bonda Noriah mula menitiskan air mata. Aku tergamam. Bonda Noriah memang patut mohon maaf sebab memang dia yang bersalah. Dia yang menyebebkan aku tak kenal bapa kandung aku sendiri. Dia yang menyebabkan aku tak pernah jumpa keluarga kandung aku sendiri. Dia juga yang menyebabkan aku tak tahu asal-usul aku.

" Bonda mohon maaf. Memang bonda yang bersalah. Kalau bonda tak fitnah bonda kamu , kamu tak akan keluar dari istana ni dan kamu akan hidup senang di sini." kalau difikirkan setiap perbuatan yang telah bonda Noriah lakukan , memang aku patut marah.Tapi hakikatnya , aku tak rasa yang aku marah. Mungkin sebab sebelum ni pun aku dah hidup bahagia dengan keluarga angkat aku. Aku tak marah, Cuma entahlah, aku macam susah nak percaya.

" Bonda.." ujar aku lembut. Bonda Noriah mendongak melihat muka aku.

" Bonda tak patut minta maaf dari Indera sebab bonda tak bersalah dengan Indera. Bonda bersalah dengan arwah ibu." tiba-tiba makin rancak tangis bonda Noriah. Apa yang aku cakap ni..!!

" Tapi Indera yakin , arwah ibu telah memaafkan bonda. Indera yakin bonda lebih mengenali arwah ibu dari Indera kan? " ujarku memujuk. Bonda pandang wajahku dakam. Matanya berkaca. Nampak ikhlas, tapi entahlah.

" Mak cakap , arwah ibu seorang yang pemaaf dan tidak suka berdendam. Indera yakin arwah ibu telah lama memaafkan bonda dan langsung tak menyimpan dendam pada bonda sebelum pemergiannya." tambahku lagi. Tangis bonda Noriah semakin perlahan.

" Bonda menyesal dengan apa yang dah bonda buat. Bonda masih muda waktu tu. Tak mampu berfikir panjang. Hanya kerana cemburu, hidup Maryam dan Indera yang jadi mangsa. Bonda menyesal sangat." keluh Bonda Noriah.

" Bonda berdoalah semoga dosa bonda diampunkan tuhan." aku tersenyum. Entahlah, aku hanya cakap apa yang aku fikrikan buat masa ini. Yang jelas, aku masih belum percayakan Bonda Noriah.



Bersambung....


Terima kasih sudi baca...

Tolong Vote n komen ya....

PuteraWhere stories live. Discover now