A K S A R A A T M A
TERKUNCI.
Kakinya terkunci rapat disebelah kereta. Kedua-dua belah tangannya dibawa memeluk tubuh. Badan disandarkan ke pintu kereta. Wajah kacak bersegi milik lelaki itu mendongak. Pandangannya dibawa ke tingkap kaca di tingkat dua rumah tersebut.
Masih bercahaya. Menandakan penghuni di dalam rumah tersebut masih belum tidur. Walau jam hampir menginjak ke angka 12 tengah malam. Nafasnya dihela.
Masanya telah tiba.
Kunci kereta didalam genggaman menekan butang lock. Badannya ditegakkan. Dia sangat pasti penghuni itu menantikan kepulangannya. Kepulangannya untuk mengakhiri segala-galanya. Sebelah tangan menarik sampul coklat di bumbung kereta.
Kakinya yang panjang, mengatur langkah kemas tanpa cela ke hadapan pintu rumah. Daun pintu diperbuat dari kayu jati itu jelas memperlihatkan gahnya serta terlindungnya penghuni di dalam. Nafasnya ditarik. Rasa hatinya berat ingin melangkah ke dalam.
Pintu dibuka.
Gelap. Ruang tamu gelap tanpa cahaya. Pintu ditutup serta dikunci. Kakinya dibawa mendaki satu-persatu anak tangga sehingga tiba dihadapan pintu bilik. Bilik yang bercahaya tersebut. Pintu suku terbuka itu ditolaknya. Matanya mencari sebatang tubuh. Wanita itu membelakanginya memandang ke luar tingkap disudut kanan. Termenung pada cahaya serta lampu dari bangunan-bangunan pencakar langit di Bandaraya Kuala Lumpur. Yakin wanita itu menantikan kepulangannya.
Bertudung. Wanita itu siap kemas bertudung. Rasa diri diperhatikan wanita itu berpaling. Sangat cantik. Tiada riak terkejut dipamerkan. Segaris senyuman terpalit dibibir merah tersebut. Senyuman itu sahaja sudah cukup cantik.
Tidak.
Segala-galanya tentang wanita ini sempurna. Tiada celanya.
Her smile.
It is slightly brighter than usual.
Senyuman itu tidak menunjukkan riak sedih atau kecewa tetapi gembira.
Lembut dan menenangkan.
Boleh lagi dia tersenyum?
Buku lima digenggam kuat. Hati lelakinya berbaur.
"You dah balik?"
Ayat yang sama dilontarkan kepadanya seperti hari-hari lepas. Lembut dan tenang nada suara itu menembusi gegendang telinga Ierfan. Namun padanya nada wanita itu jelas menunjukkan rasa ceria dan keterujaan.
"Let's talk."
Tanpa ekspresi di wajah Ierfan membawa langkahnya ke study room atau lebih kepada sebuah library. Aroma dari buku-buku yang tersusun di rak bilik memenuhi rongga hidung. Memberi ketagihan kepada pencinta buku. Bau bilik inilah yang menjadi ketagihan wanita ini sepanjang 2 tahun mereka tinggal bersama. Bukannya Ierfan tidak tahu wanita itu sangat suka akan bau buku-buku. Pengunjung tetap bilik ini adalah wanita itu.
Ierfan berpaling.
Wanita dihadapan matanya ini. Wanita yang tidak disangkanya akan menjadi isterinya.
Berpeluk tubuh Ierfan. Punggungnya dilabuhkan di meja kerja. Gundah rasa hati ingin menamatkan segalanya. Dia teringat akan kata-kata yang seharusnya dilontarkan kepada wanita dihadapannya ini.
"Thank you so much for being my wife. The perfect one for these past two years. This is the shortest marriage that I've been expected from both of us. We've agreed about this, aren't we? So I hope we don't hold any debt to each other and I'm going to give you the money as I promised."
Perjanjian mereka sepertinya tiada beza antara seorang pekerja dan majikan. Dia seperti seorang majikan yang tidak lagi memerlukan khidmat pekerjanya di dalam syarikat miliknya. Kejam. Mungkin nampak kejam kerana dia seperti menggunakan wanita ini tetapi perjanjian ini diatas persetujuan sama kedua-dua belah pihak.
Sunyi itu seperti entiti ketiga diantara mereka.
Wanita itu tegak empat meter dihadapannya. Kedua-dua belah tangan isterinya bertaut. Jelas wanita itu merasakan kejanggalan dan ketidakselesaan apabila direnung tajam sepasang mata miliknya. Lama renungannya terpaku tanpa bicara.
Menjadi kebiasaan bila isterinya nervous bermain dengan jemari.
"Ermm..."
Bibir merah separuh terbuka itu tertutup. Pandangan dari mata wanita ini menambahkan rasa getar dihati Ierfan. Dan Ierfan tahu kenapa hatinya rasa berbaur dan kecewa. Puncanya datang dari manusia dihadapan matanya ini.
Yang akan diceraikannya.
Sampul coklat diatas meja dijeling dengan hujung mata. Naik semula ke wajah isterinya.
Tidak dapat dia meneka apa yang ada di hati wanita ini. Namun riak yang ditunjukkan seakan memberi tahunya bahawa hari ini yang sangat dinantikan wanita ini. Setelah terikat dengannya selama 2 tahun.
"What..."
Sekali lagi bibir itu terbuka ingin berkata-kata.
Ierfan tersenyum pedih. "Let's divorce." Sepatutnya perkataan itu keluar dari mulutnya. Rasa hati yang berat menghalang darinya berkata-kata.
"Apa..."
Sekali lagi. Wanita dihadapannya ini pasti tidak sabar dan sudah bersedia untuk diceraikan memandangkan dress serta tudung sudah disarung kemas ke tubuh badan.
Beautiful perfection. Detik hati Ierfan.
Sesaat pun renungan mereka tidak terputus.
Isterinya sangat cantik. Dia akui itu. Dari segi rupa dan tingkah laku. Wanita ini berjaya membuka pintu hatinya, menggetarkan jiwa lelakinya dan menggoyahkan imannya. Paling penting wanita yang tanpa sedar telah berjaya mengajarnya erti cinta dan tanggungjawab seorang suami.
Ierfan menegakkan tubuh. Menapak mendekati isterinya. Sehingga kurang seinci jarak mereka.
Bisu tanpa bicara.
Berbalas renungan.
Hanya mata berkata-kata.
Deru nafas tenang kedua-duanya.
Ding!
12.00 a.m.
"Happy 2nd Anniversary."
Renungan wanita itu dalam menembusi.
Tergamam.
Keliru.
Ierfan bersuara lagi.
"Happy 2nd Anniversary..." wajahnya dirapatkan.
"Inara."
Bibir merah itu dipagut lembut.
---
[ak.sa.ra] huruf, angka atau simbol
[at.ma] jiwa, nyawa
YOU ARE READING
AKSARA ATMA
Short StoryBook IV . . . Colder than snow. All's fair in love and war. You're light, Hugs in the tight night, As the moon watches us, Let's dance under the moonlight. [jan.ji] Sumpah & Janji yang Termeterai Tanpa Cinta. Cinta dua darjat. Perkahwinan yang diat...
