"Shut up, Kiran."

Hayden senyum nak tak nak. Tubuh kecil Nathan bertukar tangan dengannya.

"Come on, Nathan! Come to papa."

"Mana driver kau?"Tanya Hayden.

"Aku tak perlukan driver. Tangan dan kaki aku belum cacat lagi."

"Maksud kau?"

"Aku bukan bebudak 17 tahun."Adam Luchesses mengetus selamba. Bahu Hayden ditepuk.

"Jangan lupa esok. Aku nak kejar kau balik dekat loops."Hayden mengingatkan sepupunya itu supaya siap sedia di loops Matrix besok pagi.

Adam Luchesses tersengih.

"Aku tahu kau hebat dalam drifting. But, you're lousy driver."

"A lousy driver tapi bukan driver atas katil."Hayden simpulkan kenyataan mendalam pada Adam Luchesses.

"Fuck you, man."Pecah ketawa Adam Luchesses. Cermin mata gelap dipakai.

"Kau dan kahwin. Tak payah berkinja-kinja dekat loops lagi. Lagipun aku ada urusan besok. Maybe kau boleh ajak Adam."

"Adam? Hell no. Aku tak berminat dengan bedebah tu."

"Aku balik dulu. Have a good time. Chao! Malam nanti aku datang sini lagi itupun kalau aku sempat."Adam Luchesses masuk McLaren Senna berwarna dark blue miliknya.

Adam Luchesses hidupkan enjin kereta untuk mencari RPM bagi memulakan perjalanan. Mengaum besar keretanya di perkarangan parkir Villa Salmonacreeks. Klach dan minyak dilanyak.

Selepas asap kereta Adam Luchesses hilang di udara, Hayden masuk ke dalam mansion sambil memimpin tangan anak lelakinya.

"Papa, Nathan mau dedek! (adik)"

Hayden merendahkan tubuh separa Nathan. Bahu kecil Nathan dielus.

"Papa hanya manusia biasa. Tidak sempurna tetapi akan cuba membahagiakan kau tidak kira di dunia dan akhirat. Itu sumpah papa. Hey Nathan, listen. You're the next legacy of Gambino Organisations."

Nathan angguk kepala meskipun tidak seberapa faham akan maksud ayahnya.

"Dunia ini sementara, kejam dan penuh dengan rahsia. Kalau kau nak jadi seorang manusia, kau kena kuat. Jangan expect benda akan turun dari langit. Jangan expect benda yang kau nak ,kau boleh dapat."Hayden tancap anak mata pada dasar retina Nathan.

"Faham?"

"Faham papa."

"Good man."Hayden gosok kepala Nathan.

"Beautiful face, funny ears."Sekali lagi Hayden usik Nathan. Kening Nathan dikucup.

Nathan ketawa kecil.

"Hehehe, funny ears."

"Dyanna!"Hayden laungkan nama pengasuh Nathan. Terkocoh-kocoh Dyanna berlari mendapatkan Hayden dan Nathan. Menunduk hormat pada mereka.

"Ya, Tuan?"

"Aku nak kau tukar baju Nathan dan tidurkan dia. Lepas tu, bawa dia beriadah. Kalau tak nak tidur, aku nak dia ikut class online."Perintah Hayden.

"Baik tuan."Jawab Dyanna.

"Tapi Nathan nak Auntie Mawar teman Nathan!"Jerit Nathan.

"Dyanna, bawa dia masuk bilik sekarang."Hayden buka langkah selepas memberi amaran tegas kepada pengasuh bernama Dyanna itu untuk membawa anak lelakinya masuk ke dalam bilik.

Anak tangga villa dipanjat. Melangkah ke arah bilik pengantin yang dikhaskan untuk mereka. Tombol pintu kamar dipusingkan.

Berdiri termenung menghadap balkoni mansion, ada seorang perempuan masih berbaju pengantin labuh. Veil masih menyarung kepala. Mawar alihkan badan selepas bunyi derapan kasut seseorang menerjah koklea telinga.

"Hayden—"Air mata berlinang di kelopak.

Hayden menapak sedikit.

"Hayden, saya tak nak perkahwinan yang macam ni."Mawar geleng kepala. Jari berlaga sesama sendiri. Mengawal sendu dan sebak yang masih memukul dada.

Hanya kerana untuk menyelamatkan Pavillion Holdings dari bankrap, pada dasarnya Mawar enggan menjadi kambing hitam untuk semua ini. Selain itu, dari mata Raja Hayden Behzad lelaki itu sedang menyimpan dendam kesumat pada dirinya sekarang ini.

Mawar dongak kepala sekian suaminya paut dagunya ke atas. Matanya bertembung lama dengan mata kelabu suaminya. Kumis tebal meliar seantero muka Raja Hayden Behzad.

Agaknya tahun bila kali terakhir membersihkan mukanya? Raja Hayden Behzad agak tidak terurus selepas kematian Rossa Belladonna.

"Mawar—"Hayden paut leher Mawar. Veil melindungi muka isterinya disingkap ke atas. Muka Mawar ada iras Rossa Belladonna cuma mempunyai dagu runcing lalu menampakkan mukanya yang bujur sireh.

"Tolonglah jangan seksa saya macam ni. Saya tak nak. Saya nak balik. Saya tak nak."Deruan nafas Mawar berantakan. Kepala lutut bergetar.

Satu detik, dua detik, tiga detik, satu tangan kasar mencekak lehernya dengan rakus. Mawar sudah agak. Hayden akan berkasar untuk yang kesekian kali.

"Kau kena ingat, Mawar.Perkahwinan ini bukan jalan ke arah cinta dan hidup tapi jalan ke arah hukuman!" Hayden menggertak bisik. Dalam nadanya menukas. Mata tajam menaut mata Mawar.

"Saya tak salah. Sumpah, saya tak salah Hayden. Saya tak ada saksi tapi saya betul-betul tak salah."Mawar melutut lekas di depan Hayden. Kasut Hayden disentuh.

"Please, have mercy."

"There's no mercy. Dalam kes ini, tidak ada bukti yang kau tak bersalah. Kau racun isteri aku. Kau bunuh kakak kau sendiri ,Mawar. Ingat Mawar. Kau pembunuh. Kau hanya seorang pembunuh."

Hayden lempar pandangan ke luar balkoni. Tangan kanan dimasukkan ke dalam poket. Rahangnya menegang hebat. Tangisan Mawar tidak dipeludikan. Tangisan pilu yang palsu dan berpura-pura.

"Dan, aku tak nak sesiapa tahu pasal ni tidak kira papa ,mama atau Datuk Omar Mustapha sekalipun. Kalau kau tak, lidah kau akan jadi makanan anjing. Jadi bisu lebih baik."

Hayden lingas perlahan kakinya dari pelukan Mawar. Sebelum tombol berkalih, Hayden titipkan satu kata untuk Mawar.

"Aku tak halang kau bercakap dengan Nathan tapi cuba jauhkan diri."

Mawar terpempan lama. Air jernih jatuh lagi ke pipi. Tidak, bukan perkongsian hidup begini yang dia pinta!

*****
1. 10. 2020
—Drz🖤

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now