Part 1 ♥

534 32 5
                                    

Suasana di tasik agak mendung. Di dalam fikirannya menyesal tak dengar nasihat roommatenya, Sehun agar membatalkan niatnya untuk melukis di tasik tersebut. Tapi entah kenapa dia tak pedulikan langsung nasihat roommatenya itu. Dahla tak bawa payung. Myungsoo memandang langit yang mendung sambil menghela nafas yang panjang. Hujan muoa rintik rintik turun dari langit. Myungsoo menggalas barang-barangnya lalu berlari mencari tempat teduh. Nasib baik pondok menunggu bas hanya berdekatan sahaja dengan tasik.

Myungsoo duduk disitu sambil mendengar lagu "rain drop - iu" sementara tunggu hujan reda. Namun masih lagi tidak reda sebaliknya semakin lebat. Kemudiannya, dia terlihat seorang gadis berlari anak menuju ke arah pondok tersebut. Di tangannya terdapat beberapa buah buku yang tebal tebal belaka. Gadis itu membetulkan rambutnya dan mengelap mukanya yang basah. Myungsoo memandang gadis itu dari bawah. Seakers dan skirt pendek. Alangkah comelnya,bisik hati kecilnya. Namun sebaik sahaja gadis itu berpaling ke arahnya, dia terkejut.

"Ya tuhan. Cantik gila "

Myungsoo membetulkan pakaian dan bangun. Sebaik sahaja dia menggalas barang barangnya ,bas pun tiba. Gadis yang tadinya berada di sebelah myungsoo menaiki bas dan berlalu pergi. Gadis yang sudah buat dirinya jatuh hati pada pandang pertama sudah pun pergi. Myungsoo terjaga dari lamunannya. Sedar tak sedar hujan sudah lama reda. Dia mengemas barang barangnya dan berlalu pergi.

Di rumah...

Myungsoo melempar beg yang dipenuhi peralatan melukisnya. Sehun yang tadinya tengah makan ramen terkejut.

" kau dah kenapa? Baru ja balik rumah dah tak da mood. " kata sehun sambil menjamah ramennya yang masih panas.

" terlepas lagi. Asyik -asyik terlepas. SENTIASA TERLEPAS. "

Sehun menganguk kepalanya tanda faham apa yang dimaksudkan oleh kawan baiknya itu.

" kali ni kau suka siapa pula? " Sehun bangun lalu mendekati myungsoo. Ramennya hanya dibiarkan saja diatas meja.

" ada seorang gadis ni. Tadi aku terserempak dengannya di pondok menunggu bas. Dia pegang beberapa buku yang tebal,memakai skirt pendek dan sneakers.. "

Tercengang Sehun mendengar myungsoo bercerita. Sehun meletakkan telapak tangannya di dahi myungsoo. Tiada sebarang suhu yang dia rasa melebihi 37°celcius. Apa yang tak kena dengan kawan aku ni?

" gadis tu budak sekolah ka? Cerita kau nih macam dalam drama la " Sehun ketawa kecil.

" mana aku tahu. "

Sekali lagi Sehun menggelengkan kepalanya.

" macam ni lah. Biar aku tolong kau kali ni. Kesian pulak aku tengok roommate aku ni " sebuah senyuman terukir di bibir myungsoo selesap mendengar kata kata Sehun.

" betul ni? "

" betul lah. Aku kesian kan kau ja. Selalu saja sukakan perempuan, tapi tak pernah dapat. Selalu saja terlepas. " Myungsoo tersenyum sendiri mendengar kata kata Sehun. Tiba tiba saja dia teringat yang gadis tersebut memakai pakaian seragam sekolah yang sama dengan Sehun.

" dia sama sekolah dengan kau! " Myungsoo memberitahu Sehun.

" seriously? Baguslah. Senang kerja aku nanti. " balas Sehun.

Semenjak dari hari itu, Myungsoo selalu menunggu gadis itu di pondok bas yang sama sambil melukis. Dia selalu sahaja tersenyum riang melihat gadis tersebut bersama kawannya menunggu bas disitu.

Bersambung....

[C] Always in my heart ...Where stories live. Discover now