BAB 2

20 6 3
                                    

Seiring dengan berjalannya waktu,Ryana kini tahu apakah sebab ibunya begitu membenci dirinya.Dia mengetahuinya melalui gosip yang tersebar mengenai ayahnya.

Ayah Ryana dulu merupakan seorang pembunuh yang kejam dan telah membunuh ramai orang.

Hal ini membuatkan Ibunya begitu malu dan salah seorang yang dibunuh oleh suaminya ialah kakak kandungnya sendiri.Saudaranya yang lain turut membenci dirinya bahkan jiran-jirannya memaki dia sehingga Ibu Ryana depresi.

Pada ketika itu Ibu Ryana mengandungkan si Ryana selama 7 bulan.Dia terpaksa menanggung semua kebencian itu sendiri kerana tiada tempat untuk dia meluahkan perasaan

Disebabkan oleh hal ini,Ibu Ryana sangat sakit hati kepada Ryana kerana setiap kali memandang wajah Ryana dia akan teringatkan wajah suaminya yang seiras dengan Ryana.Kebenciannya terhadap suaminya meluap luap.Kalau diikutkan hati ingin sahaja dia membunuhnya suaminya dengan tangannya sendiri.

««««««««««««««««««««««««««««««««««

Walaupun Ryana selalu dibenci oleh orang lain,Ryana tetap merupakan seorang anak yang pintar.Dia bahkan dapat membaca semasa berumur 6 tahun dan selalu mendapat markah yang terbaik.

Pada umur Ryana yng ke 11 tahun,Ibu Ryana berkahwin dengan seorang lelaki yang merupakan rakan kerjanya,iaitu En. Danny.Encik Danny sudah mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Sarah dan Lisa.Sarah berumur 13 tahun dan Lisa sebaya dengan Ryana.

Kini Ryana tinggal bersama keluarga tirinya.Makin susahla hidup Ryana sebab saudara tirinya juga membenci Ryana dan melayan Ryana seperti pembantu rumah mereka.Ibunya pula tidak kisah dengan apa yang berlaku.

Disebabkan oleh terlalu banyak perkejaan rumah yang harus dilakukan Ryana,dia tidak dapat fokus dengan pelajarannya kerana terlampau penat dan tidak mempunyai masa untuk belajar di rumah.

Ryana berfikir jika dia mempunyai saudara maka hidupnya tidak akan sunyi lagi seperti selama ini namun saudara-saudara tirinya tidak menerima dia menjadi sebahagian dari keluarga mereka.

Di sekolah pula Ryana selalu dibuli.Sampai sekarang ini dia selalu dipanggil dengan gelaran "ANAK PEMBUNUH".Makin hari Ryana makin depresi.Dia berharap suatu hari nanti akan ada seseorang yang akan menerimanya dengan ikhlas.

Pada umur Ryana yang ke 14 tahun.

Suatu hari ada seorang murid dari Afrika berpindah ke kelas yang sama dengan Ryana.Namanya ialah Cortney.Dia berkulit hitam dan wajahnya tidaklah cantik.Namun dia dapat berbahasa Malaysia kerana Ayahnya juga orang Malaysia.

Rakan sekelas yang lain berbisik-bisik  dengan sesama sendiri.Ryana pula tidak mengambil kisah tentang budak baru itu.

Bersambung

THE PSYCHOPATHWhere stories live. Discover now