one shot

8 1 0
                                    

"Tahniah puan disahkan mengandung. Usia kandungan puan telah pun mencecah 15 minggu. So puan kena berhati-hati la ya sebab masa masa macam ni kandungan masih lemah. Saya dah prescribe kan beberapa vitamin yang baik untuk kandungan puan. Tahniah sekali lagi" Doktor perempuan yang memakai tag nama Nurul itu tersenyum memandangku.

Aku terus menjurus keluar dari bilik itu.
Apa yang aku rasakan sekarang adalah ketakutan yang amat sangat. Kenapa?!
Aku mengusap perutku yang masih tidak kelihatan.

Usai mengambil vitamin aku memandu balik ke rumah.

Air mata tidak putus-putus berlinangan di pipiku

Aku tidak dapat menerima kenyataan ini.

Usia perkahwinan dia dan Arsel baru sahaja 4 bulan. Setahu dirinya Arsel tidak pernah menyentuh dirinya sepanjang perkahwinan mereka berikutan kontrak yang dipersetujui mereka.

Aku memarkir kereta di hadapan rumah. Sungguh kakiku tak kuat untuk keluar dari kereta.

'Apa yang aku nak jelaskan pada Arsel? Aku pun tak tahu siapa bapa anak ni. Aku tak pernah.. '

Air mataku terus berlinang laju.

Aku kena rahsiakan perkara ni dari Arsel.

Tapi macam mana?

Ada 9 bulan lagi sebelum kontrak ni tamat.

Aku tak nak gugurkan anak yang tak berdosa ni.

Hujan perlahan lahan menitis seperti faham dengan apa yang terjadi.

Aku keluar dari kereta dan berjalan menuju ke taman di belakang rumah.

"Arsel suka dengan taman ni sampai tak bagi aku datang masa pak samad tengah buat taman ni. "

Tawa yang ditemani air mata.

Aku tak nak Arsel kecewa dengan aku.

"Hani? Hani apa awak buat kat luar hujan hujan ni?" Arsel datang dengan payung ditangannya.

Jelas riak risau terpancar di matanya.

'Mujur hujan.. dengan ini Arsel takkan perasan dirinya menangis'

Kata hati Iman Hanani.

Hani tersenyum memandang Arsel.

"Saja.. sebab nak main hujan" makin cuba disembunyikan tangisnya makin deras aur matanya mengalir.

Arsel mencapai tangannya.

"Dah jom masuk.. mandi lepastu kita makan sama-sama" Arsel memimpin tangan Hani masuk ke rumah.

****

"Kenapa hati aku berdebar masa tengok dia kat luar tadi eh?" Arsel memegang dadanya.

" Mana Hani ni? "

Mak Leha masak Asam pedas harini. Sedap nya..

Air liur nya hampir meleleh melihat makanan yang disajikan.

Beberapa minit kemudian Hani turun dengan memakai baju tshirt oversize dan seluar tight.

Jelas terpancar mukanya yang sembap setelah menangis semasa mandi tadi. Rambutnya yang basah tidak dikeringkan dengan betul.

Arsel memberi isyarat kepada Mak Leha untuk mengambil tuala.

Arsel mencapai tuala di tangan Mak Leha dan menuju ke kerusi yang diduduki Hani.

Perlahan lahan rambut isterinya dikeringkan menggunakan tuala.

Hani tidak dapat menahan air matanya lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 22, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sorry But Its LoveWhere stories live. Discover now