2

7 1 0
                                    

Dani keluar dari bilik dan terus menuju ke bahagian dapur untuk memasak bagi budak-budak tu. Kang tak masak mengadu dekat mak pak hang yang aku ni mendera pulak tak bagi makan.

"Abang Dani." Faris memanggil dengan suaranya yang kecil.

Dani memakai apron di badan. Kepala ditolehkan menghadap Faris yang berada di pintu dapur. "Ye?." Tangan Dani laju mengambil bawang dan mula mengupasnya.

"Fayis nak tolong boleh?" Muka Faris sengaja dicomelkan supaya abang Dani cair. Mak kata muka Fayis ni comel, kalau orang tengok mesti cair. Hehe.

"Eh tak payah lah. Abang boleh buat sendiri. Faris kecik lagi, bahaya." Dani masih tekun memotong bawang tanpa memandang wajah Faris yang dah berubah.

Faris terdiam. Tak pernah dalam sejarah ada orang tolak permintaan dia. Abang Dani melampau!

Dani menoleh selepas beberapa detik tiada suara sahutan daripada Faris. Matanya menangkap wajah Faris yang macam baik-kau-bagi-aku-tolong-sebelum-aku-cakar-muka-kau.

Dani bergedik ngeri.

Muka comel tapi bertopengkan syaiton!

Astagfirullah.

Dani mengeluh perlahan. Kerusi bayi diambil lalu Faris diletakkan di dalamnya. Mainan masak-masak yang mak dia beli dia bagi dekat Faris.

"Faris potong lah sayur ni. Nanti dah siap bagi abang." Dani memberi pisau mainan kepada Faris.

Faris mengangguk dengan semangat sebelum memotong sayur mainan tu dengan ganas. Macam nak pancung kepala orang. Dani yang tengok pun tertelan air liur.

Kecik-kecik dah psiko. Hish.

Dani menyambung memasak masakan yang tertunda tadi. Budak-budak ni suka makan nasi goreng kampung. Kalau bagi seperiuk tu, dengan periuk-periuk sekali dorang makan. Tak tau lah makan ke mentekedarah. Tacod betul tengok. Bela cacing agaknya dalam perut tu.

***
"Ijam cepatlah." Harraz menarik tangan kanan Ijam dengan kuat.

"Hish abang ni, cuba bawak bersabar. Iman mana iman?" Ijam menepis tangan Harraz. Tak rilek betul.

Harraz membuat muka poyo. Sam dan Udin memerhati pergaduhan antara abangnya. Ayiq hanya menonton dari jauh sambil tangannya memeluk tubuh. Dah nampak dah aura diva dia tu. Fatih hanya duduk diam sambil mengulum lollipop yang Dani bagi.

"Kalau lambat habislah si pak cik tu tau. Aku malas nak dengar dia bebel." Harraz membuat muka masam. Patung singa milik Sam diambil lalu ditumbuk dengan sepenuh hati.

"Abang tu kan patung Sam." Sam mencebik. Nak menangis. Udin dah panik. Ijam dah berpeluh. Fatih dah bangun lalu menuju ke arah Sam dengan matanya yang besar.

Harraz baru tersedar.

Dengan segera Harraz membaling jauh-jauh patung singa yang dah tak macam singa tu ke tempat lain. Wajah nak menangis Sam dipegang oleh Harraz.

"Sam jangan nangis. Aku tak tau tu patung kau punya." Harraz berkata sambil menjuihkan bibirnya. Acah comel.

"Apa yang kau tak tau? Dari hari pertama lagi Sam dah pegang patung tu. Kau buta ke?" Ayiq membuka suara.

Semua mata memandang ke arah Ayiq. Ayiq ni jarang bercakap. Sekali bercakap haa terus menusuk ke kalbu membawa keinsafan di hari lebaran.

"Bang, ayat tak boleh deep lagi ke?" Harraz menjeling ke arah Ayiq.

"Sentap lah tu."

Baru Harraz nak membalas si Faris dah mencelah.

"Makan makan makan. Abang Dani dah masak. Makan makan makan." Faris mengelilingi kesemua abangnya sambil memegang pisau mainan.

Nampak macam comel, tapi jangan tertipu dengan kecomelan dia ni. Abang-abang dia yang lain semua dah masak dengan perangai talam dua muka dia tu. Kalau tak ikut cakap dia, habis dia ketuk kepala abang-abang dia.

Pernah sekali mereka berenam memijak si Faris sebab asyik mengarah je. Buatnya tak nak. Mengarah je lebih. Memang macam setan perangai.

Mereka semua bangun dan beredar dari ruang tamu menuju ke dapur sebelum kepala masing-masing benjol kena cepuk dengan pisau mainan Faris. Selamat Sam tak jadi nak menangis. Kalau tak haru je.

***
"Ha budak budak. Meh makan. Abang dah masak untuk korang ni." Dani meletakkan 7 buah pinggan yang berisi nasi goreng di atas meja makan dan 7 buah gelas jus oren.

Mereka semua duduk dan mula menyuapi nasi goreng ke dalam mulut masing-masing.

"Ni betul ke abang Dani yang masak?" Ayiq bertanya sambil meminum air jus oren. Matanya melirik ke arah Dani dengan pandangan sinis.

Dani mengangkat kening. Adalah tu tak puas hati dengan aku budak ni.

"Yelah, abang yang masak. Dah tu kau ingat siapa yang masak? Nenek abang?" Dani memang kuat sentap. Macam ni lah. Emo je kerja.

Ayiq hanya mengangguk kepalanya. "Not bad." Ayiq menyambung kembali suapannya selepas memberi sepatah dua kata kepada masakan Dani. "Tapi Ayiq masak lagi sedap."

Dani menggulingkan matanya. Seronok ke masuk keranda angkat sendiri?

"Haah. Dia kalau masak sampah pun sedap jugak." Perli Harraz. Ayiq menunjukkan penumbuknya yang sebesar bawang besar ke arah Harraz.

Harraz menjelirkan lidahnya. Dani menggeleng kepala sebelum matanya jatuh ke arah Udin yang menguis-nguis nasi di pinggan.

"Udin kenapa tak makan?"

Udin memandang wajah Dani. Matanya berkaca. Bibirnya tercebik-cebik macam mulut anak itik kena sengat.

Dahi Dani berkerut seribu melihat muka Udin yang tak berapa nak jadi muka. "Kenapa Udin? Sakit perut ke? Abang Dani masak tak sedap ke?" Dani berkelip kelip memerhati Udin.

"Udin windu ibu." Serentak dengan tu, air mata Udin perlahan turun ke pipi. Dani menghela nafas lega. Hanjir tu je ke? Ingat masakan aku tak sedap tadi, baru nak campak dia ni dalam lubang jamban.

"Ibu Udin tengah kerja sekarang, nanti petang ibu Udin ambik lah Udin bawa balik rumah. Hey dah jangan nangis. Nanti tak hensem. Meh sini abang suapkan." Dani mengambil pinggan Udin dan mula menyuapi nasi goreng ke dalam mulutnya.

Budak-budak yang lain memerhati dengan wajah tak puas hati.

"Udin je ke dapat suap, abang?" Fatih bersuara sambil mata bulatnya memerhati Dani.

"Ye lah. Udin nangis tadi rindu mak dia."

"Kalau macam tu jom lah kita nangis sekali. Biar abang suap kita semua." Harraz buat hal.

"Woi! Woi! Woi!" Belum sempat Dani nak halang, dah ketujuh-tujuh budak tu melalak macam kena pukul.

Dani menghela nafas. I hate my life.

Troublemaker  ||  [OG]Where stories live. Discover now