1

17 1 4
                                    

"BANG DANI!!! BANGUN LAHHH!!" Jeritan 7 orang budak lelaki menggelegar di setiap sudut isi rumah milik Dani Hizami.

Dani menutup kedua telinganya dengan kuat. Please lah. Pagi-pagi pun nak buat battle vocal ke? Haduh.

"Bisinglah!" Dani menjerkah sambil memandang ke 7 jelmaan tapir yang kini tersusun mengelilingi katil bujangnya. Dah lah semalam tak bagi aku tidur, hari ni mengacau pulak. Debik sat gi.

"Abang ni nak tidur sampai bila? Sampai kiamat ke?" Tu dia, Harraz si mulut puaka dah mulakan serangan.

"Eh kau ni, Ijam kau pegang aku kau pegang." Ijam yang tak tau apa apa langsung memegang kedua tangan Dani daripada menyerang Harraz.

"Haa selamat Ijam pegang aku, kalau tak dah lama aku smackdown kau." Dani berdesis. Biadap, semalam kau muntah dalam kereta aku siapa yang cucikan? Dasar tapir lupa daratan.

Harraz menggulingkan matanya dengan malas sebelum melangkah keluar dari bilik selepas memberikan Dani sebuah penyepak dekat kaki.

"Woi!" Dani menjerit. Fuh sakit siot. Nampak je kecik.

"Biar je lah Harraz tu bang, piyed ler tu. Sebab tu asyik mengamuk je." Ayiq menenangkan Dani yang dah macam bom nak meletup bila bila masa je.

Dani menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Selamat kau tu budak kecil lagi, kalau dah besar memang aku ajak wrestling. Tengok siapa lagi kuat. Puih!

"Abang ni dengan budak kecik pun nak gaduh. Tak matang betul."
Fatih menjuihkan bibirnya yang tebal macam ikan buntal ke arah Dani. Kedua tangannya memeluk tubuh. Konon nak nampak macam dewasa. Rasa nak cepuk lagi adalah.

"Dah Fatih, jom keluar. Abang Dani dah bangun dah pun." Ayiq segera menolak Fatih, Ijam, Sam, Udin dan Faris keluar dari bilik Dani sebelum Dani meletup dekat situ.

Selepas je budak 6 ekor tu dah keluar, Dani terus berbaring. Siling yang penuh dengan sawang labah-labah dipandang. Kotor jugak bilik aku ni. Eh aku bujang, kau expect apo?

Fikirannya menerawang kejadian seminggu yang lepas. Seminggu yang telah merosakkan zaman remajanya yang gemilang dan terbilang.

Flashback~

"Fuh penat woo." Dani duduk di salah kerusi di ruang dapur selepas selesai mencuci 1 pinggan.

Peluh yang tak nampak dikesat. Konon buat kerja rumah. Penat gak rupanya basuh pinggan ni. Tak nak lah buat lagi, nanti rapuh pulak tulang belakang asyik menunduk je. For the sake of the story please (?).

"Dani." Mak Eton memanggil anak bujangnya dari ruang tamu. Mukanya yang putih melepak dilumur dengan bedak sejuk dibiarkan menghala ke kipas siling.

"I'm coming ~" Dani melangkah merapati mak kesayangannya. Bontotnya dilabuhkan di sebelah maknya sambil tangan merayap mencuri kuaci lalu disumbat ke dalam mulut.

"Ada apa mak?" Dani masih setia mengunyah kuaci yang penat Mak Eton kopek sendiri.

"Eh kuaci aku! Kurang asam." Mak Eton mencubit tangan Dani yang masih selamba mengambil kuacinya tanpa rasa bersalah.

"Auch! Mak! Sakit lah!" Dani mencebik. Tangannya yang dicubit diusap perlahan. Hak alah mak ni kuaci je pong. Tu pun nak dekut.

"Penat mak kopek kau pulak makan. Nak makan pi kopek sendiri." Mak Eton mula membebel. Dani dah buat muka malas.

Mulut Dani terkumat kamit membebel seorang diri.

Mak Eton memasukkan sebiji kuaci ke dalam mulutnya. "Mak nak tanya kau ni." Mata Mak Eton memerhati ke arah televisyen yang sedang terpampar telenovela Filipina.

"Apoo?" Dani menyandarkan badannya. Matanya turut sama terlekat di televisyen.

"Kau nak kawin tak?"

.....

Suasana hening untuk beberapa detik.

"Hah?" Dani membalas dengan rasa tak percaya. Telinga aku ni dah pekak ke atau memang mak aku ni tanya aku nak kahwin ke tak?

Mak Eton masih selamba mengunyah kuaci. "Mak tanya, kau nak kahwin ke tak?"

Dani diam membisu. "Kenapa mak tiba-tiba tanya macam tu? Mak dah tak sayang Dani dah ke? Mak nak suruh Dani keluar dari rumah ke? Apa salah Dani mak? Mak?!" Dani mula meracau macam kena rasuk.

Plak!

Mak Eton mengesat tangannya di baju selepas menampar kepala Dani dengan penuh rasa cintah.

Dani mencebik. Tangannya naik mengusap kepala. Apa salah sih njir?

"Dani tak nak kahwin." Dani membalas dengan penuh yakin. Kahwin? Gue calon aja nggak punya. Nak kahwin dengan siapa? Dinding?

Mak Eton memerhati anak bongsunya dari ekor mata. Senyuman sinis terukir dengan perlahan. Tapi Dani tak dapat melihatnya.

Masuk perangkap kan kamo. Rasain.

"Kalau kau tak nak kahwin, apa kata kau jaga anak kawan mak?" Mak Eton memberi cadangan yang dirasakan bernas.

Dani mengernyitkan dahinya. "Jaga anak kawan mak? Kenapa pulak? Suruh lah dorang hantar dekat babysitter. Kenapa nak Dani yang jaga. Dani bukan babysitter." Dani dah mula membebel macam mak cik-mak cik jual sayur tepi jalan.

Mak Eton menghelas nafas dengan malas. Susah lah dapat anak lelaki pemalas macam ni. "Kau pilih. Nak kahwin ke nak jaga dorang?"

Dani terdiam.

Mak Eton tersengih.

Flashback end~

Dani menghelas nafas dengan berat. Begitulah kisahnya macam mana dia boleh jaga 7 ekor tapir tu. Mula-mula ingatkan kena jaga 1 atau 2, sekali datang haa amik kau 7 terus dapat. Dah lah memasing kecik lagi, tapi mulut semua boleh tahan puaka.

Tak lama aku ni.

Troublemaker  ||  [OG]Where stories live. Discover now