Hadi menuntun basikalnya setelah pulang bermain dari taman permainan yang berdekatan dengan kawasan perumahannya bersama rakan baiknya 'Haziq'. 'Haziq jom ke rumah aku dahulu sebelum kau pulang ke rumah' kata Hadi kepada Haziq. Hadi selalu membawa balik rakannya ke rumah dan keluarga Encik Ahmad tidak kisah Hadi membawa balik rakan baiknya pulang. 'Assalamualaikum' Hadi memberi salam sebelum masuk ke rumah. Baru pulang dari taman permainan ya kamu berdua kata Ibu Hadi kepada mereka berdua. 'Ya ibu' kata hadi kepada ibunya. Marilah makan cucur ini ibu baru goreng cucur ini kalau makan panas-panas sedap ni kata ibu hadi kepada mereka berdua. 'Abah mana ibu' hadi menyoal kepada ibunya. Macam biasa la abah terpaksa kerja malam ni kata ibu hadi kepada Hadi. Sedap betul cucur yang mak cik buat ini kata haziq kepada puan Maria.
Selepas itu Haziq pulang ke rumahnya. Selepas Hadi mandi dan solat maghrib dengan ibunya, Hadi menaiki tangga yang terletak biliknya di tingkat atas. Hadi membuka pintu dan baring di atas katil yang empuknya itu. Kemudiannya, Hadi mencapai komputer ribanya dan membuka satu laman web yang selalu dibuka oleh Hadi iaitu . Hadi gemar melayari laman web itu kerana banyak informasi yang dipelajarinya seperti asal usul pembentukan Malaysia, struktur organ yang terdapat di manusia seperti jantung, paru-paru dan lain-lain. Pada suatu ketika semasa ia melayari laman web itu, Hadi terjumpa satu artikel yang bertajuk,Rokok. Menarik sungguh artikel ini, Hadi berkata pada dirinya. Hasil dari bacaan artikelnya itu, Hadi dapati lebih dari 1000 bahan berbahaya seperti Tar, Nikotina,Tembakau dan lain-lain. Keasyikkan dia melayari laman web itu, Ibu Hadi pun mengetuk pintu biliknya. Hai tidak tidur lagi ker Hadi, sudah pukul sepuluh malam ni, masih baca artikelitu lagi ker? Esok kamu hendaklah sekolah bukan, lebih baik kamu tidur,nanti kamu akan terlewat ke sekolah esok kata Ibu Hadi kepadanya. Hadi pun menjawab 'baiklah ibu sekejap lagi hadi tidur' katanya. Jangan lewat sangat ye kata ibu Hadi. Hadi pun menjawab 'baiklah ibu'. Hadi pun menutup komputer ribanya dan menghempas badan di katil yang empuknya itu.
Puan Maria sudah masak dengan perangai anaknya itu yang selalu melayari laman web berilimiah itu dan Hadi selalu ditegur oleh Puan Maria kerana atas kelewatan tidurnya. 'Assalamualaikum' kedengaran suara Encik Ahmad di tingkat bawah yang telah pulang dari bertugas. Waalaikumsalam sambut Puan Maria. Abang sudah balik kata Puan Maria kepada suaminya itu. 'Ya sayang' jawab Encik Ahmad. 'Abang hendak minum apa-apa tak? Boleh saya buatkan untuk abang' puan Maria bertanya kepada suaminya itu. Bagi saya kopi panas jawab Encik Ahmad. Puan Maria bergegas ke dapur bagi menyediakan kopi untuk suaminya itu. Encik Ahmad pun pergi ke meja makan di ruang makan. Kemudian, Puan Maria membawa dulang yang berisi seteko kopi untuk dihidang kepada suaminya. Puan Maria bertanya 'Bagaimana dengan kerja hari ini abang?' Puan Maria bertanya kepada suaminya. 'Macam biasa la sayang, ada perkara hendak diperiksa sebelum Pegawai Memerintah untuk melakukan audit keselamatan pada tahun ini' jawab Encik Ahmad kepada isterinya itu. Untuk makluman, Encik Ahmad merupakan ketua unit bagi cawangan Bomba. Semua perihal keselamatan di kawasan kem itu, dibawah tanggungjawabnya. Dalam keasyikkan pasangan suami isteri itu berbual, telefon rumah yang terletak di ruang tamu berdering. Puan Maria bergegas ke telefon itu dan mengangkat gangang. 'Assalamualaikum Maria, Ahmad ada di rumah? Boleh mak bercakap dengan Ahmad? Ada hal mustahak mak ingin sampaikan' rupanya mak mertua kepada Puan Maria menelefon kepada kediaman Encik Ahmad. Puan Maria pun telah memanggil suaminya di ruang makan itu. Abang, Mak abang telefon ini kata Puan Maria kepada suaminya.
Encik Ahmad pun terus ke ruang tamu itu untuk menjawab panggilan ibunya. Encik Ahmad berkata 'Assalamualaikum Mak, Kenapa mak telefon Ahmad ni, ada hal mustahak ker?'. Puan Gayah pun menjawab Waalaikumsalam Ahmad, mak minta maaf kerana menggangu kamu pada waktu malam ini, mak ingin memberitahu kamu, ayah kamu baru sahaja masuk ke wad sebentar tadi di Hospital Kuala Lumpur disebabkan serangan jantung, harap kamu datang sekarang ke hospital dan mak dah beritahu juga adik- adik kamu juga supaya datang ke hospital. Untuk pengetahuan semua, Encik Ahmad merupakan anak sulung dari tiga adik beradik. Segala hal berlaku kepada keluarganya, Encik Ahmad yang menguruskannnya. 'Ahmad akan bertolak ke Kuala Lumpur sekarang juga, mak. Harap mak bersabar ya' kata Encik Ahmad kepada Puan Gayah. Puan Maria bertanya 'Kenapa dengan ayah abang?'. Ayah abang dimasukkan ke hospital sebentar tadi disebabkan serangan jantung' Encik Ahmad menerangkan kepada isterinya. 'Astagafirullah, bagaimana dengan keadaan ayah abang sekarang?' Puan Maria bertanya tentang keadaan bapa mertuanya itu kepada suaminya. Ayah masih dalam keadaan yang terkawal sekarang tetapi mak abang meminta abang ke hospital sekarang' Encik Ahmad menerangkan kepada isterinya. 'Lekas, awak pergi bersiap kejutkan Hadi sekali untuk bertolak hospital'.
Puan Maria dengan segera ke bilik Hadi untuk mengejutkan puteranya untuk bersiap. Setelah mereka sekeluarga telah bersiap, mereka bergegas menaiki kereta berjenis kenderaan pelbagai guna yang berjenama buatan Malaysia iaitu Perodua Alza yang berada di parkir yang berhadapan rumah Encik Ahmad. Kereta itu meluncur laju ke jalan besar dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur yang terletak berdekatan sahaja dengan rumah Encik Ahmad kira – kira 30 kilometer sahaja. Semasa dalam perjalanan, Puan Maria berpesan tidak memandu secara berbahaya untuk mengelakkan dari kemalangan. Hadi tertidur semasa dalam perjalanan ke hospital. Kemungkinan Hadi terlalu penat pada siang hari akibat dia bermain basikal bersama dengan rakan baiknya.
Pada jam 12.00 tengah malam,mereka sekeluarga telah sampai di Hospital Kuala Lumpur. Encik Ahmad dan sekeluarga menuju ke kaunter pertanyaan di lobi hospital untuk bertanyakan dimanakah terletak wad bapa Encik Ahmad. 'Assalamualaikum cik, boleh saya tahu dimanakah terletak wad pesakit yang bernama Awang bin Samad'. Waalaikumsalam encik, biar saya periksa dahulu di dalam data pesakit' kata petugas pendaftaran itu. 'Saya telah periksa, kini ayah Encik berada di Unit Rawatan Rapi di sayap kiri hospital ni' kata petugas itu lagi. 'Bagaimana saya hendak ke sana cik?' Encik Ahmad pun membalasnya. 'Encik hanya terus sahaja dan belok ke kiri dan encik akan jumpa wad unit rawatan rapi di situ dan hanya seorang sahaja dibenarkan memasuki ke wad unit rawatana rapi itu, keluarga Encik boleh tunggu di lobi ini' kata petugas itu. Encik Ahmad mengucapkan terima kasih atas maklumat yang diberikkan kepadanya. 'Awak dan Hadi tunggu dulu di lobi, biar saya sahaja yang pergi lihat keadaan ayah' pesan Encik Ahmad kepada Puan Maria.
Lalu Encik Ahmad bergegas ke wad unit rawatan rapi itu dan terjumpa Puan Gayah di hadapan pintuiaitu ibu kepada Encik Ahmad dan nenek kepada Hadi. Encik Ahmad pun menanyakan soalan kepada ibunya 'Apa sudah terjadi dengan ayah,mak. Puan Gayah pun menjawab soalan itu 'Ayah kamu tiba- tiba sahaja ,sakit dada selepas balik dari kerja, mak di dapur hendak membuat air kopi untuk ayah kamu, dan mak terdengar ayah kamu mengerang kesakitan dan mak terus telefon ambulans' kata Puan Gayah kepada anaknya. 'Di mana maria Ahmad' Puan Gayah berkata kepada anaknya.'Ada di lobi bersama dengan Hadi' balas Encik Ahmad kepada ibunya. 'Biar saya lihat keadaan ayah di dalam wad itu' Encik Ahmad berkata lagi. 'Baiklah Ahmad' balas ibunya lagi. Encik Ahmad lalu memakai jubah keselamatan yang ditetapkan oleh pihak hospital. Kemudian Encik Ahmad memasuki pintu wad itu lalu ternampak ayah Encik Ahmad yang tidak sedarkan diri di atas katil wad itu. Encik Ahmad berasa hiba apabila melihat keadaan ayah itu dan mengalirkan air mata. Tiba – tiba amaran dari mesin pengesan nadi itu berbunyi laju di sebabkan nadi dalam paras bahaya. Encik Ahmad menekan butang interkom untuk memanggil doktor untuk mendapatkan bantuan kecemasan. Suasana di bilik itu semakin tegang kerana nadi Encik Awang semakin rendah. Doktor sedaya upaya untuk menyelamatkannya. Pada suatu ketika, nadi Encik Awang tidak berdenyut lagi. Doktor keluar dari bilik itu dengan perasaan sedih dan mengatakan 'Saya minta maaf ,saya gagal menyelamatkan Encik Awang'. Puan Gayah lalu mengalirkan air mata. Encik Ahmad terus ke lobi untuk menyampaikan berita ini kepada isteri dan anaknya.
Setelah Encik Ahmad menyampaikan berita itu, Puan Maria dan juga cucu sulung kepada arwah Encik Awang iaitu Hadi turut mengalirkan air mata kesedihan. Arwah meninggal dunia pada jam 1.30 pagi pada hari jumaat. Encik Ahmad juga menghantar pesanan kepada adik beradiknya tentang kematian arwah bapa mereka melalui 'WhatsApp'. Kemudian jenazah diuruskan oleh anak sulungnya Encik Ahmad dan pihak hospital untuk pengkebumian jenazah di Tanjung Malim, Perak. Pada keesokkan paginya, jenazah dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Rambutan, Tanjung Malim, Perak. Sesungguhnya, Allah Azza Wajalla sayangi arwah. Begitulah, Hadi kehilangan orang yang tersayang pada usianya 4 tahun.
-Bersambung -
YOU ARE READING
Kisah Hadi
General FictionSeorang remaja yang terperangkap dalam kisah silam . Hadi merupakan seorang yang pendiam tetapi menyimpan seribu satu rahsia di dalam hati. Adakah Hadi berjaya keluar dari kisah silamnya?
