67

421 18 0
                                    

Suria meletakkan keretanya di parking Dr Daniel Ong kerana Dr Daniel sedang berada di Langkawi ketika itu. Dia keluar dari kereta dan melangkah lemah. "Aku tak nak jumpa Dr Hisham,"bicaranya sendiri. "Tapi itu mustahil kan sebab dia adalah doktor Azril. Hai AZril bilalah kau nak jaga. Sesak nafas semua orang ni tau!" bebelnya kepada dirinya sendiri. Dia tiba di wad Azril dan dia mengetuk pintu bilik itu lalu masuk.

"Hah, Suria dah rehat?"tanya Datuk Razali. 

"Dah Cik Li, Azril bagaimana?" tanya Suria dia melihat sekeliling bilik sakit itu. "Er, Auntie Maria, Yuhanis dan Vida mana Cik LI?"soalnya lagi.

"Cik Li suruh mereka turun makan. Biar Cik LI jaga Azril pulak," jawab Datul Razali ceria. Suria mengangguk dan merapati ke katil Azril.

"At least he got his color back," ucap Suria meneliti wajah bersegi Azril. 

"Dr Hisham kata dia mencari Suria pagi tadi," ucap Datuk Razali.

"Betul," jawab Suria.

"Suria tidur di Trans semalam?"tanya Datuk Razali. Suria mengangguk perlahan dan memerhatikan reaksi wajah Datuk Razali. "Boleh Cik Li tahu kenapa?"tanya lelaki 60an itu. Suria menggaru pipinya seketika. 'Hai, macamana nak explain ni?'tanya Suria kepada dirinya sendiri. "Suria?"panggil Datuk Razali sekali lagi. Suria ketawa pura-pura.

"Subang berlian Suria hilang, jadi Sufe sememangnya ada di ofis. Dia tolong Suria cari barang tu sampai ke pagi. Kerana keletihan kami tertidur di pejabat," terang Suria. 'Percaya ke tidak orang tua ni?'desis hatinya.

"Ni semua pasal subang berlian?"tanya Datuk Razali.

"Subang ni istimewa Cik LI, warisan turun-temurun tu. Subang arwah nenek bagi. Suria pakai pergi kerja dan entah macamana subang tu sebelah dah hilang."

"Macamana Suria tahu subang tu hilang di Trans?"

"Sebab Sufe yang tegur selepas meeting dengan Manohito Sun subang Suria hilang," bohong Suria. 'Sorry, Cik LI bohong sunat,' pinta Suria dalam hatinya. Datuk Razali menerima penerangan itu kerana dia juga kenal dengan arwah nenek Suria. Seorang berketurunan diraja.

"Semalam Azril dimasukkan ke ICU itu yang Dr Hisham pergi mencari Suria," kata Datuk Razali memulakan cerita. 

"Kenapa cari Suria?"tanya Suria hairan.

"Sebelum bp Azril naik, degupan jantung laju, dia menyebut nama Suria."

"Dr Hisham menjelaskan apabila sedatif dikurangkan otak Azril kembalikan memori sebelum kejadian itu. Dan kerana dia sangat merisaukan keselamatan Suria, secara psikologinya Dr Hisham minta Suria berada di sisi Azril sehingga dia sedarkan diri,"terang Datuk Razali. Suria mengangguk. Dia terkenang saat Azril menolaknya ke tepi untuk menyelamatkannya.

"Baik Suria faham. Suria akan berada di sini sampailah Azril sedarkan diri,ok Cik LI?"balas Suria. Datuk Razali tersenyum. Suria duduk di sisi Azril. 'Jenuh aku nak tengok muka hang ja Azril oii...,'bebel Suria dalam hatinya.

"Datuk," tegur Dr Hisham dari luar. Rutin memeriksa pesakit. Suria mengilas pandangannya kepada Dr Hisham dan bergerak ke hujung bilik untuk memberi ruang kepada jururawat menjalankan tugas mereka. "Alhamdulillah semuanya stabil. Kita akan kurangkan dos sedatif mulai sekarang. Suria, saya harap awak boleh berada di sini membantu Azril," ucap Dr Hisham.

"Baik doktor," ucap Suria. 

"Boleh saya bercakap dengan awak sebentar di luar?"tanya Dr Hisham. Suria memandang Datuk Razali di situ.

"Err.. rasanya kalau nak bercakap pasal Encik Azril baiklah doktor bercakap dengan warisnya. Bukan saya,"jawab Suria. Dr Hisham agak terkejut dengan ketegasan Suria itu. Datuk Razali mengamati ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan Suria dan Dr Hisham.

"Ini pasal kita," ucap Dr Hisham perlahan. Suria menarik nafas. Dia menanggalkan baseball cap dan meninggalkan topi itu di atas sofa.

"Ya keluar sekejap yang Cik Li," ucap Suria berlalu ke luar bilik dan diikuti oleh Dr Hisham. 
Dr Hisham mengarahkan jururawat itu bersedia untuk menukarkan ubat-ubatan Azril di troli. Suria duduk di bangku yang disediakan di luar bilik. Dr Hisham duduk di sebelahnya. Suria bangun dan duduk dua kerusi di antara mereka. Dr Hisham melihat sikap Suria dan dia tahu dia telah membuatkan Suria tidak senang.

"Sham nak minta maaf," kata Dr Hisham memulakan bicara. Suria tidak memberikan apa-apa reaksi. Dia merenung tingkap besar menghadap jalan besar di hadapannya. "Saya tak berniat hendak menuduh Suria. I was worried."

"Worried? Why? What?"tanya Suria serius.

"Tak manis duduk berduaan begitu," tegur Dr Hisham. Suria ketawa. "Kenapa awak ketawa?"

"Habis ni? Apa?" 

"Kita sedang berbual. Awak tidur di satu bilik," tegas Dr Hisham.

"If you were to tell this to my mother, I can assure you, mak saya takkan marah macam awak ni, tau," kata Suria.

"Suria, saya dapat bayangkan hidup saya dengan awak," kata Dr Hisham perlahan. Meremang bulu roma Suria mendengarkan kata Dr Hisham itu.

"Saya tak dapat bayangkan hidup saya dengan awak, awak tahu?"balas Suria.

"Apa yang Suria cuba katakan ni?"tanya Dr Hisham. 'Hi, kenapa jadi menyampah aku kat mamat ni hah?'tanya Suria kepada dirinya sendiri.

"Kita keluar sekali sahaja dan awak dah cuba nak mewarta hidup saya? Kita hanya mengenali antara satu sama lain sahaja," jawab Suria. 

"Saya tahu saya bukanlah orang yang istimewa di sisi awak dan saya sebenarnya sudah menerima pilihan mak saya iaitu awak," luah Dr Hisham. Suria tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

"Dan saya tidak menjanjikan apa-apa. Saya pilihan mak awak, tapi awak bukan pilihan saya," kata Suria.

"Awak menolak saya dan pemintaan mak saya?"tanya Dr Hisham. "Kenapa? Awak tahu tak sebelum saya masuk bertemu awak di Trans, pak guard tu kata awak bakal isteri Yusufe McButler. Dilla kata awak dan dia soulmates dan pernah menjalinkan hubungan istimewa."

"Ok, lepas tu?"

"Bila saya tengok awak tidur di bilik yang sama, saya lelaki Suria. Ada perasaan cemburu," jelas Dr Hisham. Tiba-tiba Suria merasa mual mendengarkan kata-kata Dr Hisham.

"Satu, awak nak cemburu itu bukan hal saya. Sufe itu, saya rela berkorban apa saja untuk dia dan dia saya percaya akan lakukan apa saja untuk saya. Yes, kami pernah bercinta tapi itu dulu, sekarang dia adalah kawan baik saya. Jika awak hendak cemburu, awak cemburukan pesakit awak itu kerana dia kata dia mahu hubungan kami menjadi lebih serius," jelas Suria. Dr Hisham terdiam. "Dua, kita tidak ada apa-apa hubungan. Awak tak berhak mengatakan rasa cemburu awak itu kepada saya kerana saya tidak peduli," sambung Suria lagi.

"Suria, saya sangka kita hit it off semalam. Awak tak suka saya?"tanya Dr Hisham.

"You were sweet and charming dan tipu kalau saya katakan hati saya tak terusik. Tetapi kejadian pagi tadi, dengan ekspresi muka awak dan kata-kata awak, saya rasa saya tak sesuai dengan awak," jawab Suria.

"Wow, terlalu mudah awak membuat keputusan. Awak sukakan Azril?"tanya Dr Hisham. Suria mendiamkan dirinya. "Suria jawablah," pinta Dr Hisham.

"Siapa saya suka? Itu hal peribadi saya. Tak perlu saya beritahu doktor,"balas Suria lalu diapun berdiri. "Maafkan saya Dr Hisham, lupakan yang kita berjanji hendak berjumpa di 4 lagi pertemuan. Dan kirimkan salam saya kepada keluarga awak dan sampaikan ucapan maaf saya kerana tidak dapat menerima pinangan awak," kata Suria melangkah pergi.

"Suria," panggil Dr Hisham. Dia merapati Suria yang seperti acuh tak acuh di hadapannya. "Berikan Sham peluang, please? You can't judge me based on this alone," pinta Dr Hisham. Suria menghela nafasnya.

"Dr Hisham, please don't waste your time on me. Tidak adil buat diri Dr Hisham. Maafkan saya  ya,"kata Suria dan terus meninggalkan doktor itu di situ terpinga-pinga. 'Apa yang telah berlaku ni?'tanya Dr Hisham kepada dirinya sendiri. Cepat sungguh Suria membuat keputusan untuk tidak meneruskan perjanjian mereka.

Putera Salju dan Cik MatahariDonde viven las historias. Descúbrelo ahora