" Encik, sebenarnya encik datang ke kedai ni nak bergaduh dengan saya atau nak membeli buku?"

Dia mengangkat buku yang berjudul 'Layang-layang Terputus Tali' karya Norhayati Ibrahim itu tinggi-tinggi. Serasanya selama hampir tiga tahun dia bekerja di sini, tidak pernah lagi dia berhadapan dengan pelanggan seperti pemuda yang berada di depannya ini.

" Mestilah nak!"

Dia terus memasukkan buku tersebut ke dalam beg plastik. Dia mahu pemuda tersebut cepat-cepat pergi daripada kedai. Mahu segera menamatkan segala sengketa yang tercetus dan yang paling penting dia tidak mahu membuang masa untuk melayan karenah manusia sombong di hadapannya itu.

" Terima Kasih...Datang lagi.."

Dia memaniskan wajah dalam keadaan terpaksa. Pemuda itu mengambil buku yang berada dalam tanggannya dengan kasar. Tanpa menjawab apa-apa, pemuda itu terus melangkah pergi dan tidak menoleh lagi.

Dia mengurut perlahan dadanya. Ya Allah, berikan aku kesabaran....

...........................................................................

" Tini, ini gaji bulan ni..."

Maisara menghulurkan sampul berwarna biru kepadanya. Dia menyambut dengan rasa kesyukuran. Tidak sabar rasanya mahu memberikan sedikit duit daripada gajinya itu kepada kedua adiknya iaitu Hardina dan Haryani. Dia tidak mahu adik-adiknya merasakan kesusahan yang telah dia rasa sedikit waktu dulu. Dia pernah merasa peritnya mahu membayar yuran peperiksaan setiap tahun dan sukarnya menahan rasa apabila baju sekolah yang dipakai jarang berganti. Dia masih ingat, pernah dia menahan perut pada waktu rehat kerana mahu menyimpan duit sekolah sebanyak seringgit sehari yang ayah berikan. Ah! Kenangan waktu persekolahan memang sukar untuk dilupakan!

" Tini..." Terasa ada tangan menyentuh bahunya. Dia tersedar. Jauh benar dia mengalamun rupanya!

" Tini, mari kita duduk-duduk sekejap. Akak ada perkara nak tanya Tini..."

Dia mengerutkan dahi tanda tidak mengerti namun kakinya digagah jua mengikut gerak langkah Maisara. Dia dan Maisara duduk di atas sofa pada ruangan yang agak kecil, memang dikhaskan oleh Maisara untuk pelangan yang ingin berurusan dengannya dalam hal jual beli buku.

Tidak sampai seminit duduk dengannya, Maisara bangun dan menghampiri pintu utama kedai. Tanda 'open' digantikan dengan 'closed'.

" Ada apa Kak?"

Dia bertanya. Bimbang kalau-kalau ada tingkahnya yang tidak menyenangkan Maisara.

" Tini ada masalah?" Maisara memulakan bicara.

Hartini hanya tersenyum. Sejak daripada dulu lagi, dia amat mengkagumi keperibadian majikannya itu. Sudahlah cantik, berbudi bahasa pula...

" Tak ada apa kak...Kenapa?"

" Akak nampak muka Tini macam orang yang ada masalah. Ceritalah kat akak, mungkin akak boleh tolong..."

" Akak...Saya tak ada masalah. Terima kasih sebab ambil berat pasal saya. Akak jangan bimbang ye, kalau saya ada masalah...Saya pasti akan cerita kat akak..."

Dia mengemgam erat tangan Maisara yang telah dia anggap lebih daripada seorang majikannya. Maisara tersenyum manis.

" Lega hati akak bila dengar Tini cakap macam tu. Akak bukan apa, cuma risau kalau-kalau Tini dirundung masalah...Sebab akak tahu, Tini dah banyak diuji..." Seperti ada nada pilu di situ.

" Akak...Bukan ke semua orang yang lahir kat muka bumi ni akan diuji? Apa la sangat ujian yang saya dapat jika nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih teruk...Sekurangnya saya bersyukur kak, Allah mahu menguji saya...Itu tandanya Allah sayangkan saya...Kan kak?"

Dia bersuara tenang. Maisara hanya mengangguk.

" Akak kagum ngan Tini..Tini gadis istimewa..."

" Jangan memuji saya kak..Saya masih banyak kekurangan yang akak tak nampak"

Dia sudah tertunduk malu walaupun dia sedar Maisara sudah banyak kali memujinya.

" Emm...Sebelum akak terlupa, tadi akak ada belikan banyak lauk untuk makan malam. Akak dah asingkan untuk Tini separuh. Balik nanti, makan dengan ayah dan adik-adik Tini..."

Maisara seperti mahu bangun daripada tempat duduknya.

" Tak payah lah akak..." Dia sudah terasa serba salah. Maisara terlalu baik!

" Tini...Akak beli banyak,mana habis kalau akak makan dengan abang Norman. Tini ambil ye..Akak tahu Tini letih, hari ni pelanggan kita ramai...So,malam ni Tini tak payah la masak"

Hartini membalas senyuman Maisara. Tuhan, terima kasih! Dia mengucap syukur...

Tuhan, Izinkan Aku MenyintainyaUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum