05 :: stronger™

60 22 0
                                    

Iris mata milik ryuha masih merenung tangan lelaki yang telah memegang lengannya tiba-tiba  , kenapa tiba-tiba saja lelaki itu memegangnya  ? Ryuha tidak mampu untuk bersuara malahan tak mampu nak merenung lelaki dihadapan dia tu 

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

Iris mata milik ryuha masih merenung tangan lelaki yang telah memegang lengannya tiba-tiba  , kenapa tiba-tiba saja lelaki itu memegangnya  ?
Ryuha tidak mampu untuk bersuara malahan tak mampu nak merenung lelaki dihadapan dia tu  .

" k—kau  , boleh tak jangan buat kerja lambat  .. Aku nak pulang cepat ni sebelum hari hujan  .. " kata jongho lalu menjauhkan tangannya daripada memegang tangan ryuha .  Ryuha mengetap bibirnya , entahlah kenapa dengan masalah dirinya ni  .

" ahhh maafkan aku .. " ryuha mencapai beg plastik lalu dia meletakkan buah epal masuk ke dalam beg plastik berjenama itu  . Lalu beg tersebut lurus sahaja dihulurkan ke arah jongho  .

" 3,000 won—" kata ryuha dalam nada separuh perlahan  , nasib ia masih dapat didengari oleh gegendang telinga milik jongho. Beg plastik bertukar tangan  , duit 3,000 won dihulurkan ke arah ryuha sebelum dia membawa diri beredar daripada situ. 

" huh—apa masalah dengan aku ni  .. " ryuha melepaskan keluhan lega  , hairan pula dia dengan masalah diri dia ni  . Dan paling mneghairankan  , jantung dia sudah tidak normal lagi  .

" d—dia pegang tangan aku kan tadi "kini ryuha memandang tangan belah kanannya  , tangan yang telah disentuh oleh lelaki bernama choi jongho  . Tak sangka  , lelaki itu tiba-tiba pegang tangan dia  . Nasib tak terkena heart attack tau masa tu  .

Ryuha tersenyum nipis bila dia tetiba je terbayang wajah lelaki tu  , ahhh terasa bertuah pula bila seseorang tu pegang tangan kita  .  Yang injun tu lain ceritalah  , tapi yang jongho ni agak pelik sikit pula  . Entah kenapa jantungnya berdegup laju bila jongho dekat dengan dia  . Hesy  , jangan kata kau sudah jatuh cinta terhadap budak baru tu  . Lantas kepala digeleng laju disaat emosi ni terlalu melebih-lebih pula  .

Baru ryuha nak menanggalkan jaket kerjanya yang disarung pada tubuh disebabkan syif dia sudah tamat , tiba-tiba anak matanya tertangkap pada dompet berwarna hitam yang berada di atas meja kaunter  .

" huh—dompet siapa pula ni? Ke ni dompet budak lelaki tu"ryuha memegang dompet berwarna hitam  , dan dibelek-belek semua belah bahagian sisi  . Benar  , lelaki tu tertinggal dompet lah pula  .

" ahhh  .. Buat apa aku tengok-tengok lagi  , lebih baik aku pulangkan kepadanya semula tapi—"

" malangnya aku tak tahu dimana dia berada sekarang  , ah bodohnya kenapa aku baru perasan  .. " ryuha mengeluh berat  , dia perlu pulangkan semula dekat pemilik asal tapi dia tak tahu dimana jongho tinggal  . Hurmm  , patutkah dia pulang dekat lelaki itu  esok dekat sekolah . 

" esok jelah  , aku jumpa dia juga"kata ryuha sendirian  , dompet tadi disimpan ke dalam beg sekolah sandangnya  , esok dia akan pulang dekat lelaki itu  . Mesti lelaki tu tengah cari kan  ..

                       •🌷•

" omo macam mana aku boleh terlewat ! Padahal aku sudah set jam untuk bangun pagi  ! Alahai  , mesti lupa nak tukar bateri baru ni  .. Haishh  " merungut ryuha yang sudah dalam keadaan tergesa-gesa menyarung stoking dan kasut sekolahnya  . Habis jadi serabut dia dibuatnya dengan keadaan rambut yang sudah tidak terurus kemas  , blazer sekolah pun tidak dipakai betul hanya digantung pada bahu sahaja  .

" ryuha nak appa yang tolong hantarkan ke  ? " tanya tuan lee yang kebetulan berada dihalaman rumah  , sibuk memanaskan enjin kereta sebelum bergerak ke tempat kerja  .

" tak mengapalah appa  , lain kali sajalah , ryuha dah lebih lewat nak masuk sekolah  , kang tak pasal-pasal kena denda kemas bilik stor  " ryuha menolak tawaran appa nya dengan ramah  . Kalau dia naik kereta mesti mengambil masa yang lama  , lagi-lagi nak tunggu enjin panas  . Memang boleh mengambil masa yang agak lama  . Jadi  , lebih baik dia jalan kaki saja  . Bukan jauh pun sekolahnya . Kalau jalan cepat mesti akan sampai awal sebelum pintu pagar tutup  .

" RYUHA GERAK DULU  !"teriak ryuha yang sudah mengorak langkah laju menapak keluar daripada kawasan perumahannya  , dia berlari sekuat tenaga untuk sampai ke sekolah sebelum pintu pagar tertutup  , sekarang dia hanya ada 15 minit sahaja  . Hesy  , ryuha agak hairan kenapa tiba-tiba loceng nya tak berbunyi pula pagi ni  , memang serabut betul  .

Tidak lama kemudiannya  ,
Ryuha tiba dihadapan pintu pagar sekolah yang tidak seberapa jauh daripada nya , dia menghentikan langkah tatkala terasa seperti nafasnya sudah tercungap-cungap  , perut berasa senak kerana dia masih belum sarapan pagi  . Disebabkan lambatlah dia terpaksa tangguhkan semua tu  , terpaksalah menahan diri daripada lapar  .

Treakk  ..

Ryuha menongkat dagunya memandang ke arah pintu pagar sekolah yang mahu hendak tutup . OH TIDAK  !

" JANGAN  ! " laung ryuha sekuat hati , dia menyambung langkahnya seperti berlari menghampiri ke arah pintu pagar yang makin lama makin tertutup  .

" huh—legaaaa " akhirnya dia berjaya juga masuk ke dalam perkarangan sekolah  , huh nasib tak ketinggalan tadi  . Kalau tidak  , mungkin dia terpaksa panjat pagar sekolah  . Ryuha membetulkan nafasnya semula  .

" nama  ? Kelas  ? " dia menongkat dagu memandang seorang pengawas lelaki dihadapannya  , huh kacak tapi malangnya muka acah garang  . Ryuha berdiri tegak semula  , dia menelan air liur sebelum membuka mulut  .

" faster  " katanya sambil mencekak pinggang  . Pen dan buku bersaiz kecil sudah dipegang erat oleh pengawas lelaki tu  .

" lee ryuha  , gred 6-3 " kata ryuha  . Dengan itu  , laju sahaja pengawas lelaki itu menulis dalam buku catatan tersebut  .

" omo kacaknyaa dia  "

" eotteokhae  , heart attack "

Anak mata milik lelaki itu tajam sahaja melirikkan ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang daripada tadi asyik mengintip dia saja  . Biasalah lelaki kacak siapa je tak suka  , boleh buat orang jadi cair bila melihatnya .  Ryuha diam dan merenung saja gerak geri lelaki dihadapan dia tu .  Rasanya, dia macam tak pernah nampak lelaki ni  . Tak kenal  .

" lebih baik masuk kelas sebelum aku tulis nama korang semua  " ugutnya dalam nada tegas kepada sekumpulan pelajar perempuan yang berkumpul dibawah pokok  . Dengar sahaja ugutan begitu  , terus berlari lintang pukang mereka sebab takut nanti bertemu dengan cikgu disiplin  .

" kau boleh masuk kelas  " katanya tenang  , ryuha mengangguk kepala dan beredar daripada situ  . Ke ni dikira bertuah sebab dia tak kena denda  . Ryuha menarik senyuman lebar sebab tak kena denda  .

Tengah dia tersenyum sendiri di sepanjang koridor  , anak mata ryuha kini tertangkap pada susuk tubuh yang agak dia kenali  . Choi jongho . Lelaki itu tengah berjalan bertentangan dengannya  .

Kotak ingatan ryuha mula teringat akan kejadian semalam  , terus wajahnya bertukar merona kemerahan  .
Jantungnya berdegup laju tatkala terserempak dengan jongho  .

Jongho menghentikan langkahnya dihadapan ryuha tatkala mereka sudah dekat  . Lagilah membuatkan jantung ryuha berdegup laju bahkan seperti ingin tercabut  . Betulkah lelaki itu berdiri dihadapan dia sekarang  .

" kau  "

                   •••▶tbc





























【C】 Stronger :: Found You |I 최종호Kde žijí příběhy. Začni objevovat