S E M B I L A N

8K 100 10
                                    

"No, no that is not true!" 
"I'm sorry sayang - tu yang the police cakap. Tapi takpe, let me just go to the police station first. Anything, I will let you know okay? I love you." 

Shawn mengucup kemas dahi aku. Terus panas kepala aku bila dengar perkhabaran tadi. Sampai hati Malis buat macam ni. Aku perlukan penjelasan dari dia. Aku menghubungi telefon bimbit Malis - ditutup. Malis selamba je tinggalkan anak dia dekat sini, kemudian dia lari. 

Selang beberapa jam...

"Sayang, they got Malis already. Diorang tangkap dia masa dia cuba lari dari rumah." 
"Okay. Now what?" 
"They will interrogate her first, ask for statement lah kot. Sayang okay je kan? Tengok kan Andhi ya." 

Aku tahu Shawn terlalu sayangkan Andhi seperti anak sendiri. 

"Okay baby. Let me know tau. I love you, baby." 
"I love you even more, sayang."

Shawn mematikan talian. 

Balai Polis @ Bukit Aman

"Encik Shawn, duduk dulu ya. Saya akan dapatkan pegawai yang tengah siasat kes encik." 
"Baik - baik, terima kasih ya." 

Shawn bermonolog sendirian. 

"Macam mana la aku nak terus terang dengan Jules cerita sebenar? Pasal Malis. Pasal Teng. And how about Andhi? Who's gonna take care of that kid? How's Jules going to take all this? Kesian Jules. She has been taking too much toll in her life, to the point dia mungkin taktahu apa yang dia patut rasa sekarang." 

"Encik Shawn?"

Monolong Shawn terhenti sejenak. 

"S-ssaya? Ye saya, maaf. Mengelamun pulak." 
"Ha tu lah, jauh menung. Saya Azlan, pegawai yang bertugas untuk kes ini. Saya ambil alih dari pegawai yang lepas sebab dia kena assign tu another task. Saya harap Encik Shawn tak keberatan ya." 
"Eh takpe, takda masalah tuan. Saya okay je." 
"Takpe Encik Shawn, takyah panggil saya Tuan. Panggil nama je. Saya selesa kita casual je. Boleh ya?" 
"Oh boleh boleh. Kalau macam tu, Azlan boleh panggil saya Shawn."

Pegawai tersebut mengangguk tanda faham. 

"Baik, mari ke bilik saya. Kita bincang."

Shawn membuntuti Tuan Azlan melalui laluan umum di balai tersebut, terus ke ruang pejabat Tuan Azlan. Shawn melabuhkan punggungnya di kerusi dihadapan meja Tuan Azlan sambil meletakkan telefon bimbit beliau di atas meja. 

"Kalau Shawn nak record perbualan ni, then nak tunjuk dengan Cik Julia, awak boleh buat ya. Saya takda masalah tapi make sure the conversation stays within us three je. Boleh ya?" 
"Terima kasih. I pun baru nak tanya benda yang sama sebab Jules dekat rumah risau. Lagipun sekarang dia tengah jaga Andhi. Kalau tak tadi saya dah bawa dia so dia boleh tahu progress case ni sekali. 
"Saya faham. Takpe, saya tolong mana yang boleh. Andhi tu anak Malis dengan Khairul betul?" 
"Ye betul." 
"Ada berhubung dengan Khairul baru baru ni?"
"Maaf saya bahasakan Khairul sebagai Teng. Baru baru ni takda, cuma yang terakhir tu la yang kami suspect dia yang tikam saya." 
"Okay faham. So macam mana Cik Julia handle ni semua? Dia okay ke? Yela orang orang ni semua orang penting dalam hidup dia kan?" 
"Ye betul. Saya rasa dia okay. Jules perempuan yang sangat kuat dan matang."
"I see. Baguslah kalau macam tu. Okay baik, hasil siasatan dari beberapa bahan bukti yang kami dapat memang banyak menjurus terus kepada Amalis. And baru baru ni team saya ada dapatkan CCTV recording dari mall yang berlaku kejadian tikam tu. Kami jumpa recording Amalis, dia ada keluar dari kereta dekat parking CP3. Pergi ke bonet dan salin baju lain. Timeline, 1 jam lebih sebelum insiden. Lepastu, beberapa jam selepas insiden - dia datang semula ke kereta dan tukar baju dia kemudian drive keluar dari mall."
"Jadi memang dia?"
"Kalau kita crosscheck dengan semua rakaman CCTV, memang Amalis pelakunya. Kami jumpa jugak baju yang digunakan semasa insiden berlaku. Dah hantar dekat lab untuk buat semakan. Masa insiden, ada bergelut kan?"
"Ye betul tu. Ada. Sikit je la before the crowd went crazy. Then dia lari."
"I see. Tu lah sebab tanda kesan darah awak dekat baju dia. And DNA kulit awak juga. Mungkin semasa bergelut, berlaku geseran antara kulit dan kain baju. Tu yang kita dapat detect."
"Senjata yang digunakan?"
"So far kita tak jumpa lagi senjata. Kita dah keluarkan waran untuk geledah rumah Amalis. Mungkin dalam hari ini, saya akan hantar team saya untuk geledah. Kalau awak nak ikut, boleh je. Kalau taknak, saya update from time to time je la." 
"Okay takpe. Awak boleh buat je siasatan, apa apa update je saya ya." 
"Baik boleh takda masalah."
"Okay baik. Saya gerak dulu. Apa apa nanti awak call saya. Terima kasih ya Azlan."
"Sama - sama." 

Shawn berjalan meninggalkan ruang pejabat Tuan Azlan dan berlalu terus ke kereta. Dilihat kereta beliau meninggalkan perkarangan balai polis. Keretanya dipandu laju, menembusi lebuh raya yang sibuk dan terus menuju ke rumah. 

Tiba tiba, telefon bimbit Shawn berdering. Nombor tak dikenali. 

"Siapa ni? Aduh aku dah la jenis tak angkat nombor tak kenal. Kejap lagi la aku call balik."

Shawn singgah di Starbucks berdekatan rumahnya, menuju ke drive thru. 

"Hi! Welcome to Starbucks. What can I get for you today?"
"Hi. Umm, can I get a Venti size iced caramel machiatto with 4 shots espresso please? And a Venti size of iced chai latte with vanilla cold foam please. 
"Sure. I repeat ya, iced caramel machiatto with 4 shots espresso, iced chai latte with vanilla cold foam. Both venti. Anything else, perhaps something to eat today Sir Shawn?"
"Umm.....can I --- wait, Sir Shawn? Kejap ni siapa?"
"Peeeeeh barista sendiri tak kenal woi."
"Daniel ke? Oh haah lah, you kena duty dekat sini. Hahahaahaha sorry la Dan. Lupa."
"Cilaka, dia yang buat jadual hantar kita duty dekat sini. Dia lupa."
"Hahahaha ye maaf maaf."
"Sir nak tambah pape tak?"
"Macam biasa Dan, for Jules."
"Mud muffin? Okay sure. 1 ke 2?"
"Dua la."
"Alright. Total macam dekat screen, takyah cakap sebab sir banyak duit. Bayar depan. Thanks sir!"
"Thanks Dan." 

Shawn berlalu pergi meninggalkan Starbucks tersebut dan terus menuju dekat rumah. Bingkas keluar dari kereta sambil membawa minuman dah dessert kegemaran Jules, dia membolosi perut lift dan menekan tingkat 12. 

Sesampai di pintu rumah, semasa mahu memasukkan kata kunci di pintu rumah -- dilihat dedaun pintu tidak rapat. Shawn menolak perlahan daun pintu dan masuk ke dalam. 

"Sayang. You left the door open. Keluar ke tadi?" 

Senyap, sunyi. 

"Sayang?"

Shawn meletakkan barang diatas meja dan mencari Jules seisi rumah. Ternampak Andhi sedang tidur diatas katil biliknya. 

"Dekat toilet ke dia ni? Tinggal anak macam ni. Pintu tak tutup."

Shawn masuk ke dalam tandas. Terlihat di cermin tandas nya bertulis:

"Stop everything or Jules die."

Nafas Shawn terhenti. 



Ruang Kita II - ShawnXJules (COMPLETED)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora