Bab 2 part 3

382 46 6
                                    

"Andika? Ilia?" Xoranta yang ketika masih kecil berjalan di koridor rumahnya, keadaan di dalam rumah huru-hara. Dinding-dinding ad ayang sudah meruntuh, orang-orang gaji milik keluarga mereka terbaring di sana sini. Ada yang terhempap bumbung yang jatuh.

Xoranta di dalam keadaan kesakitan, memegang sebelah lengannya tercedera.

suu...

Xoranta mendengar bunyi aneh. Di taman rumahnya kelihatan satu susuk tubuh yang besar dan tegap. Pakaiannya, rupanya sama seperti watak yang dilukisnya.

Entiti bertubuh tegap itu bercekak pinggang.

"Kapten Dorororo?" Xoranta memanggil di balik tiang kayu.

Entiti tersebut memusingkan tubuhnya. Tersenyum luas. "Dororororo~."

kemudian lelaki tersebut terus melompat terbang hilang di balik awan.

Apabila Xoranta berjalan keluar daripada kawasan rumahnya, alangkah terkejutnya dia bahawa seluruh kawasan perkampungan telah pun musnah. Mayat-mayat bergelimpangan sana-sini.

Melihat keadaan itu, bergetar lah tubuh budak kecil itu lalu dia menjerit sekuat hatinya sehingga pandangannya mula menggelap.

***

Kapten Dorororo, Melodi dan Atnis berada di sebuah perkampungan hantu. Yang telah lama ditinggalkan. Rumah-rumah usang, yang musnah, kayu kayan bertaburan sana sini. Seluruh kawasan putih saja bersalut salji yang semakin menebal.

Atnis berpelukan tubuh, masih terasa sejuk walaupun mengenakan jubah berbulu. Melodi dan Kapten Dororo pula tidak merasai apa-apa.

"Aku dengar kau yang hancurkan kawasan ni" tanya Melodi, sambil itu dia memerhati sebuah tugu pahlawan yang besar diperbuat daripada tembaga. Tugu tembaga ini di letakkan di tengah-tengah perkampungan. Ia merupakan tugu seorang lelaki yang mengenakan pakaian perang dan memegang sebuah lembing besar.

"Betul ke? Kenapa awak buat begitu?" tanya Atnis.

Kapten Dorororo tidak menjawab sebaliknya terus berjalan. Kakinya terbenam dek salji yang dipijaknya.

"Kau sebenarnya apa?" tanya Melodi lagi.

Sampai di satu rumah, Kapten Dorororo berhenti. Sebuah rumah yang lebih besar berbanding rumah-rumah yang lain. Sepertinya ia adalah rumah milik pemimpin di kampung ini.

Kapten Dorororo masuk ruang dalam rumah tersebut. Terdapat salji-salji yang sudah menjajah masuk di bahagian tertentu. Tengkorak di bawah runtuhan bumbung.

Kapten Dorororo membongkokkan dirinya. Lalu mengangkat sekeping lukisan. Lukisan yang dilukis oleh Xoranta. Lukisan dirinya tidak lama dulu.

Lama dia termenung. Melodi garu kepalanya.

"Aku nak jumpa dia." Kapten Dorororo bersuara.

"? Kenapa?" tanya Melodi.

"Untuk bagitau dia segalanya."

Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now