Gwangja mencabut pisau yang tercucuk di bahunya lalu berjalan mendekati Hyunjae.

"Berani kau buat dia macam tu!!" Marah Hyunjae.

Tidak sempat Gwangja ingin datang dekat, Hyunjae terlebih dahulu menembak Gwangja dengan kuasa Apinya.

Gwangja tidak tercampak begitu jauh seperti dia lakukan pada Hana kerana kuasa Hyunjae agak lemah.

Hyunjae memaksakan dirinya untuk bangun.

Darah mula mengalir keluar dari mulutnya.

Keadaan Hyunjae dan Gwangja sama-sama dalam keadaan lemah.

Mereka sedaya upaya untuk mengalahkan antara satu sama lain.

Hyunjae cuba untuk menembak Gwangja dengan kuasa bebola apinya, tetapi gagal.

Dia terlalu lemah untuk mengunakan kuasanya berulang kali.

Gwangja mengambil kesempatan itu untuk menyerang Hyunjae.

Belum sempat Gwangja ingin menyerang Hyunjae, seseorang sempat menghalang Gwangja.

Gwangja memandang ke arah orang yang berani menghalangnya.

Ianya, Juyeon.

Juyeon sempat mengambil botol kaca pada Gwangja sebelum dia di campak jauh.

"Kau okey tak?" Soal Younghoon yang berada berdekatan dengan tempat dimana Juyeon dicampak.

"Aku okey" jawab Juyeon.

Mereka berdua memandang Gwangja yang sedang berjalan ke arah mereka untuk mengambil balik botol kaca itu.

"Younghoon, bagi botol ni pada Hyunjae" arah Juyeon sambil memberi botol itu pada Younghoon.

Younghoon terus berlari ke arah Hyunjae setelah mengambil botol itu.

Baru sahaja Younghoon berlari beberapa langkah, beberapa orang askar Gwangja menyerang Younghoon.

Younghoon cuba sedaya upaya melindungi botol itu dari dirampas oleh askar Gwangja.

Gwangja yang semakin lemah terus ke arah Hyunjae semula.

Dia sudah tidak bermaya untuk bermain rampas-rampas botol itu lagi.

Gwangja melilitkan talinya di leher Hyunjae lalu diseret ke tepi gaung.

Hyunjae bergelut untuk dilepaskan.

Semua ahli THE BOYZ terkejut melihat Hyunjae diseret begitu.

Mereka tidak dapat mendekati Hyunjae kerana askar Gwangja tidak habis-habis menyerang mereka.

Gwangja meletakkan Hyunjae betul-betul di tepi gaung.

"Bagi botol tu atau aku jatuhkan dia ke gaung" ugut Gwangja.

Semua ahli THE Boyz jadi buntu dan rasa bersalah.

"Aku kira sampai 3! Kalau korang tak bagi botol tu, aku tolak dia masuk ke dalam gaung! 1! 2!"

Ahli THE Boyz pandang antara satu sama lain lalu memandang Hyunjae yang terbaring.

Hyunjae menghantar isyarat kepada Younghoon yang sedang pegang botol itu.

Younghoon mengangguk perlahan kepalanya.

"Korang masih tak nak bagi botol tu?! Okey kalau itu yang korang nak!"

Gwangja menolak Hyunjae masuk ke dalam gaung.

Pada masa yang sama, Younghoon mencampakkan botol itu ke dalam gaung.

WEREWOLF BOY || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now