W🐺: 18

478 59 5
                                    

Pulang sahaja dari sekolah, rumahku kelihatan sangat sunyi.

Tiada sesiapa di rumah.

Kalau appa aku tu, aku tahulah dia selalu keluar.

Tapi, Hyunjae....

Mana dia pergi?

•••

🌙🌙🌙

Jam telah menunjukkan pukul 11 malam. Hyunjae masih tidak pulang ke rumah.

"Hana, bukan ke esok Hana sekolah? Kenapa tak tidur lagi?" Soal Appaku yang sudah ingin masuk tidur.

"Hana nak habiskan drama ni. Nanti Hana tidur" kataku dengan senyuman kecil.

"Tak habis-habis dengan drama dia tu. Nanti jangan lupa tutup lampu sebelum masuk tidur" pesan appaku.

"Nae arraseo. Selamat malam appa"

"Selamat malam"

Selepas Appa memasuki biliknya, aku pergi ke arah tingkap.

Aku menyelik langsir dan melihat jikalau Hyunjae sudah balik atau belum.

Sunyi.

Kawasan di luar rumahku sangat sunyi.

Tiada tanda-tanda Hyunjae akan balik.

Aku kembali duduk di sofa dan terus menunggu kepulangan Hyunjae.

•••

Aku mencelitkan mataku apabila terdengar bunyi pintu rumahku dibuka.

Hyunjae.

Orang yang aku harapkan dia ada di depan mata aku sekarang ini.

Aku menoleh ke arah pintu rumahku.

Wajah Hyunjae menjadi tatapan aku.

Aku terus berlari ke arahnya dengan perasaan risau.

Hyunjae menurunkan kepala hoddie yang tersarung di kepalanya.

"Awak tak tidur lagi?" Soalnya terkejut.

"Awak pergi mana?" Soalannya aku hindarkan.

"Saya..jumpa kawan saya" beritahunya teragak-agak.

Aku mengangguk kecil kepalaku tanda faham.

"Awak lapar? Awak nak saya masak sesuatu?" Soalku.

"Tak pe saya tak lapar." Ujar Hyunjae.

"Kalau awak cakap macam tu tak apalah. Awak pergilah berehat" kataku dengan senyuman.

Lega aku melihatnya kini berada di depan mata aku. Aku rasa sangat risau melihatnya tidak pulang ke rumah dari aku balik sekolah sampai sekarang.

Sekejap, aku nak tahu juga kenapa the boyz tergesa-gesa keluar dari sekolah.

"Hyunjae" panggilku sambil memegang lengannya bagi menghalangnya masuk ke dalam biliknya.

"Argh!" Teriak Hyunjae tiba-tiba apabila aku memegang lengannya.

Aku terkejut dengan teriakannya.

"Kenapa ni Hyunjae? Awak cedera ke?" Soalku risau.

Hyunjae memandang aku dengan pandangan serba salah.

"Sebenarnya..."

•••

Aku membersihkan luka yang ada di lengan Hyunjae.

Katanya kerana dia terjatuh masa perjalanan pulang ke rumah tadi.

Aku macam tak percaya je dia cakap dia jatuh sebab lukanya seperti dihiris dengan pisau.

Entahlah. Biarlah dia tak nak bagitahu aku. Aku bukan sesiapa nak tahu semua pasal dia melainkan aku ni keluarga dia atau...

Yeochin?

"Hana-ah. Awak tak tidur sebab tunggu saya balik ke?" Soal Hyunjae pada aku yang sedang khusyuk menyapu ubat di luka itu.

Aku memandangnya sekilas.

"Nae" jawabku jujur.

"Awak...risaukan saya?" Soal Hyunjae sambil merenung anak mata aku.

Aku memandangnya untuk beberapa saat.

Bercakap jujur atau tidak?

"Nae" jawabku jujur.

Aku kembali fokus meletakkan ubat di lukanya.

Hyunjae tersenyum kecil.

"Kenapa awak risaukan saya?" Soal Hyunjae lagi. Kali ini Hyunjae pandang aku dengan senyuman penuh makna.

Melihat senyuman dia membuatkan aku tidak keruan. Begitu juga dengan jantung aku.

Jantung aku berdegup dengan laju.

"Sebab...awak...kawan saya" jawabku teragak-agak.

"Kawan? Awak anggap saya kawan?"

"Nae. Kenapa?"

"Bukan lebih daripada kawan?"

Aku jadi beku seketika.

"Ma-Mana ada." Bantahku.

"Okey. Apa boleh saya buat kalau awak cakap macam tu." Kata Hyunjae sambil memandang ke arah lain.

Aku cuba ketepikan apa yang dikatakan oleh Hyunjae itu.

Aku tamatkan rawatan itu dengan membalut kan kain di lengannya dimana luka itu berada.

"Dah siap" kataku sambil mengemaskan kotak kecemasan.

"Gomawo" ucap Hyunjae sambil menurunkan lengan bajunya.

"Awak betul-betul tak nak makan?" Soalku untuk kali terakhir.

Hyunjae bangun lalu melemparkan senyuman pada aku.

Aku mendongakkan kepalaku memandang Hyunjae yang sedang berdiri.

"Nae. Saya dah makan tadi dengan THE BOYZ. Saya masuk tidur dulu. Selamat malam."

Aku balas dengan anggukan.

Baru sahaja aku ingin meletakkan Kotak kecemasan di tempat asal, Hyunjae memanggil aku.

"Hana"

Aku memandangnya yang kini berada di depan biliknya.

"Kalau awak nak tahu, Saya anggap awak lebih daripada kawan" beritahu Hyunjae dan berlalu masuk ke dalam biliknya.

"N-Nae?"








TBC

WEREWOLF BOY || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now