J

379 95 16
                                    

Akhirnya tiba juga waktu latihan vokal ni! Memang mereput aku tunggu tadi.

Seperti biasa aku duduk bersama Seonghwa hyung dan San hyung untuk berlatih menyanyi bersama.

"Jongho, mungkin part ni tinggi sikit. Tak apa ke?" soal Seonghwa hyung padaku.

"Aku okey jer." Jawabku ringkas.

"Okeylah kalau macam tu."

Aku berlatih part aku seperti biasa. Seonghwa hyung dan San hyung pula dengar dengan penuh teliti.

"Not bad. Kau pulak San."

Selesai aku menyanyi, barulah giliran San hyung pula.

Mataku meliar melihat keadaan di sekeliling. Semua tengah berlatih dengan tekun.

Dan mata aku terpaku pada tempat duduk yang berada di hadapanku.

Sepatutnya yang duduk di situ cuma Yunho hyung, Yeosang hyung dan Wooyoung hyung sahaja.

Tapi kenapa aku lihat Yeosang hyung tak ada kat situ?

Bukan dia sakit kaki jer ke? Takkanlah dia tak boleh menyanyi sekali?

[C] LONE  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now