Suasana pagi yang dingin membuatkan para pelajar yang ingin menuju ke sekolah terpaksa memakai pakaian yang agak tebal untuk memerangkap haba supaya tidak kedinginan.
"Tae, kau ingat tak pelajar perempuan yang meninggal semalam?" tanya Nayoung sambil memegang tangan kawan baiknya.
"Hmm Shin Hannie, kenapa?" tanya Taehyung pula apabila kawan baiknya itu menggigil ketakutan.
"Roh dia masih ada disekitar sini." kata Nayoung sambil menunjukkan jarinya kearah roh Shin Hannie yang sedang menangis.
Kim Nayoung merupakan seorang pelajar perempuan yang mempunyai kelebihan istimewa seperti melihat roh orang yang telah meninggal dunia dan juga dapat meramal masa hadapan. Namun, kemampuan meramal masa hadapannya agak terhad.
Nayoung merupakan adik tiri kepada seekor Gotoku neko yang bernama Kim Namjoon, walaupun mereka adik-beradik tiri namun mereka saling menjaga antara satu sama lain.
Hubungan Taehyung dan Nayoung sangat rapat sehingga ramai yang tersalah anggap akan hubungan mesra mereka padahal mereka cuma kawan baik.
"Awal pagi lagi dah cakap bukan-bukan, nampak sangat kau ada penyakit mental." kutuk Haneul lalu menolak bahu Nayoung dengan kasar.
"Dah tahu penakut tapi acah berani nak tengok cerita hantu. Tak pasal-pasal sekarang, kau berhalusinasi." sindir Saetbyul pula.
Kedua-dua orang pembuli tersebut terus membuat handshake setelah berjaya mengenakan mangsa buli mereka iaitu Nayoung dengan kata-kata sindiran.
"Nay, kau okey? Aku tak faham kenapa diorang selalu cari gaduh dengan kau, padahal kau tak buat apa-apa." ujar Taehyung apabila dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk menolong kawan baiknya.
"Aku okey, jangan risaukan aku." ucap Nayoung sambil tersenyum manis.
Setiap hari perkara yang sama berlaku, Haneul dan Saetbyul sentiasa membuli Nayoung sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Namun, Nayoung seorang yang kuat kerana mampu bertahan dengan setiap ejekan yang dilontarkan.
Tanpa melengahkan masa, Taehyung dan Nayoung segera berjalan menuju ke sekolah sambil berbual mengenai makhluk misteri yang sering dilihat oleh Nayoung.
"Annyeong, good morning class!" ucap Mrs Choi setelah masuk ke dalam kelas.
"Good morning, Mrs Choi." jawab para pelajar dengan sopan lalu menumpukan perhatian di dalam kelas.
"Okay class, today what we going to do is storytelling. You can share your opinion, your experience and anything else."
"Can we share our story using our language because it's hard to use the English language." keluh Baekhyun sambil membuat puppy eyes.
"Okay, but your story must be amazing." ujar Mrs Choi lalu menyuruh Saetbyul menceritakan sebuah kisah dihadapan kawan-kawannya yang lain.
"Annyeong, hari ini saya akan menceritakan kisah seekor Permaisuri Kitsune puak Tenko yang jatuh cinta pada seorang Raja."
⋆˚☆˖°⋆。° ✮˖ ࣪ ⊹⋆.˚
Pada zaman dahulu, terdapat seorang Raja yang kejam bernama Jeon Jung telah memerintahkan rakyatnya untuk menebang semua pokok di hutan di bukit khas yang dinamakan, Bukit Kitsune.
Namun tiada seorang rakyatnya yang berani untuk menebang pokok di kawasan Bukit Kitsune kerana mereka telah membuat perjanjian perdamaian dengan puak Tenko.
Akibatnya, Sang Raja itu mula menunjukkan kekuasaannya dengan menindas semua rakyat yang melanggar perintahnya.
Baginda membakar sebahagian rumah rakyatnya yang murka akan arahannya sehingga membuatkan ramai rakyatnya yang kehilangan ahli keluarga.
Sebahagian rakyatnya yang telah kehilangan tempat tinggal mula berpindah ke Bukit Kitsune untuk meminta perlindungan puak Tenko daripada kemurkaan Sang Raja yang kejam itu.
Permaisuri Kitsune iaitu Kim Byul mula berasa marah kerana tempat tinggalnya bakal dimusnahkan oleh Sang Raja tersebut.
Jadi, Permaisuri Kitsune itu mengarahkan seorang manusia untuk menjemput Sang Raja tersebut supaya datang berunding dengannya.
Tanpa membuang masa, Raja Jeon Jung yang sombong itu segera ke Bukit Kitsune untuk berunding dengan Permaisuri Kim Byul.
Tapi timbul suatu perasaan yang sukar diertikan di dalam diri Raja Jeon Jung setelah melihat wajah cantik Permaisuri Kim Byul.
Ianya perasaan cinta, seolah-olah Raja Jeon Jung ingin memiliki Permaisuri Kim Byul untuk dirinya seorang sahaja malahan sikapnya yang kejam mula berubah lembut setelah perundingan tersebut.
Disebabkan Sang Raja telah berlembut hati, kini para pembesar mula mencuba nasib untuk merampas takhta Raja Jung.
Setelah mengetahui satu-satunya kelemahan Raja Jeon Jung adalah Permaisuri Kim Byul, para pembesar mula menangkap Permaisuri Kitsune yang tidak bersalah itu.
Demi menyelamatkan Permaisuri Kim Byul, Raja Jeon Jung sanggup melepaskan takhtanya sebagai Raja.
Namun Raja Jeon Jung kurang bernasib baik, apabila salah seorang pembesar cuba untuk menikam Permaisuri Kim Byul tapi sempat dihalang olehnya.
Malah Raja Jeon Jung pula yang terkena tikaman pembesar itu sehingga membuatkan darahnya tidak henti-henti keluar daripada badan sehinggalah raja tersebut meninggal dunia.
Disebabkan amarah yang melampau, Permaisuri Kim Byul membunuh kesemua pembesar yang telah membelot Raja Jeon Jung lalu cuba untuk membangkitkan kembali Sang Raja.
Permaisuri Kim Byul sanggup mengorbankan salah satu ekornya untuk menyelamatkan Raja Jeon Jung supaya terus hidup.
Nasib Permaisuri Kim Byul baik, apabila Raja Jeon Jung mula bernafas kembali namun keadaan fizikal Raja Jeon Jung mula berubah.
Tubuhnya menjadi lebih tegap berbanding sebelumnya malahan kekuatannya sendiri melebihi Permaisuri Kim Byul.
Pada malam hari, Permaisuri Kim Byul dapat melihat bahawa Raja Jeon Jung yang dicintainya telah berubah menjadi sebahagian daripada Kitsune, namun bukan puaknya sendiri tetapi puak Kūko.
⋆˚☆˖°⋆。° ✮˖ ࣪ ⊹⋆.˚
"Tamat." ujar Saetbyul lalu kembali duduk di tempat asalnya.
"Apa yang jadi dengan Raja Jung dan Permaisuri Byul? Adakah mereka hidup bahagia selamanya?" soal Mrs Choi yang mendalami kisah yang diceritakan oleh salah seorang pelajarnya.
"Mereka hidup bahagia bersama anak kembar mereka." jawab Saetbyul dengan malas lalu anak matanya melirik kearah Jungkook.
"Mereka sangat-sangat bahagia." jawab Jungkook pula sambil menggenggam tangan Saetbyul lalu tersenyum manis.
⋆˚☆˖°⋆。° ✮˖ ࣪ ⊹⋆.˚
Info:
Gotoku neko: Seekor hantu kucing yang mempunyai kelebihan untuk menukar bentuk serta rupa mengikut benda atau makhluk yang diinginkan. Spesies ini juga mempunyai ekor yang berbelah, yang kelihatan seperti memiliki dua ekor pada badan yang sama. Ia juga sering memakai trivet besi yang berbentuk mahkota untuk meniup api.
Kitsune: Seekor rubah berekor sembilan.
Tenko: Salah satu puak rubah berekor sembilan. Ia merupakan rubah cakerawala kerana kedudukannya yang paling tinggi diantara rubah berekor sembilan yang lain.
Kūko: Salah satu puak Kitsune juga, takhtanya sedikit rendah daripada puak Tenko. Ia juga dikenali sebagai rubah langit. Kekuatannya melebihi puak Tenko namun puak Tenko dijadikan takhta tertinggi di hierarki kerana kebijaksanaan mereka.
YOU ARE READING
LOST|김태형
FantasyIris matanya berwarna hijau emerald, Rambut ikalnya berwarna hitam arang, Kecantikkannya melebihi Snow White, Namun dia bukanlah seorang manusia, Dia adalah seekor nekomata. ❝Trust me, believe me and love me because you're my destiny❞ ❀❁❀ Start : 10...
