One Side Love 💔

688 65 3
                                    

Song Jihyo Kim Mingyu

❝ I have no confidence in our relationship anymore... ❞

💔💔💔

0800hrs,

Jihyo terjaga apabila jam penggeranya menjerit kuat. Dia berkalih ke sisi katil yang kosong.
Nampaknya, Mingyu tak pulang lagi semalam. Rasanya, dah hampir dua minggu kekasihnya itu seakan menjauh darinya. Atas alasan apa, itu dia tak tahu.

Malas nak melayan perasaan sedih, Jihyo melangkah ke bilik air. Selesai membersihkan diri, gadis itu bergegas turun ke dapur. Perutnya dari tadi berbunyi minta diisi.

Jihyo rasa sunyi.
Dia rindukan Mingyu yang dulu.
Segalanya berubah selepas lelaki itu berjaya naik pangkat di syarikat dia bekerja sekarang. Tiada lagi kata-kata manis buatnya.

Kesedihannya terbantut apabila pintu rumah dibuka dari luar. Mingyu dengan rambut berserabai masuk dalam keadaan separuh mabuk.

Jihyo cepat-cepat memimpin kekasihnya yang hampir tumbang. Dengan kudrat kecil, dia membaringkan lelaki tinggi lampai itu di sofa.

❝Gyu, awak pergi mana semalam? Lama saya tunggu.❞

Mingyu senyum sinis.
Dia bangun dari pembaringan, menarik Jihyo ke dalam pelukan.
Bau arak yang kuat membuatkan gadis itu ingin muntah, namun cuba ditahan.

❝Alololo sayang saya ni, saya kerjalah-nak bagi kemewahan dekat awak.❞

❝Tapi-dah dua minggu awak tak balik malam. Betul awak kerja?❞

Dengar saja pertanyaan dari Jihyo, entah mengapa Mingyu berang. Pelukan dileraikan. Bahu gadis itu dicengkam kuat.

❝Kau curiga dengan aku ke sayang? Kalau macam ni, baik kita putus je!❞

Luluh hati Jihyo dengan bait-bait kata dari Mingyu yang senang saja mengucap kata putus. Hatinya yang semakin terluka dipujuk sendiri. Bukan sekali dua kekasihnya itu minta putus setiap kali mereka bergaduh, dah berkali-kali.

❝Saya minta maaf okay Gyu? Saya bukan tuduh, saya risaukan awak je. Awak nak makan apa-apa tak? Saya boleh masakkan.❞

Mingyu menatap tajam ke arah Jihyo. Kehadiran gadis ini dirasakan sangat jengkel ketika ini.
❝Tak payah! Aku tak lapar, aku nak tidur!❞

Jihyo hanya melihat Mingyu yang menghempas pintu bilik tidur kuat. Dia tersentak. Kebelakangan ini, sikap lelaki itu bertukar seratus peratus.

Apakah lelaki itu tiada perasaan cinta untuknya lagi? Mungkinkah lelaki itu dah jemu dengan hubungan mereka yang bakal masuk lima tahun minggu depan?

Persoalan dibiar sepi. Jihyo mengeluh sambil mengelap air mata yang perlahan-lahan jatuh ke pipinya yang mulus.

💔💔💔

Mingyu yang leka bermain game di komputer tersentak apabila pintu bilik dibuka dari luar. Riak wajahnya bertukar masam melihat Jihyo yang senyum ke arahnya.

❝Awak-jom makan? Bukan selalu awak dapat cuti kan?❞

❝Awak pergilah makan dulu. Saya sibuk ni!❞ Mingyu mengujar kasar sambil matanya lekat ke arah skrin komputer.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 03, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

 Oneshot Stories 🌻Where stories live. Discover now