"Aku tak tipu. Sungguh!" Tangan kanan Kirito naik sebagai tanda sumpah.

"Jujur je dengan aku. Aku tak marah."

Kirito hela nafas berat. Berat mulut berbicara, berat lagi hati ingin melepaskan. Gituw, perumpamaan baharu.

"Aku risaukan mereka." Ujar Kirito perlahan. Mata merahnya di lirikan kepada Yosuke, Kotaro dan Noaki yang sedang membantu orang di sekeliling mereka. Miyako, Ken dan Wisteria pula sedang bertungkus lumus merawat penduduk kampung yang tercedera. Asmodeus pula, berkat kuasanya. Dia mampu membantu untuk mengangkat barang-barang seperti kayu untuk membuat rumah.

"Risau?" Shiki menoleh ke belakang.

"Pertarungan sebelum ni, melawan seorang syaitan dibawa pemerintahan Raja Onxy, betul-betul buat nyawa aku hampir terputus. Sekali serangan, dorang dah cedera teruk. So, aku tak naklah pisang berbuah dua kali. Aku nak, kau tolong tengok-tengokkan mereka masa seludup masuk istana Asteria nanti. Takut-takut ada musuh yang menyerang. Buat masa ni mereka belum sekuat yang diceritakan lagi, jadi aku nak ambil langkah pencegahan awallah kiranya." Jujur Kirito bersama helaan nafas lemah.

"Ceritakan aku pasal pertarungan tu." Perintah Shiki.

"Haih, aku agak syaitan yang aku lawan hari tu salah satu general perang. Aku akui dia kuat. Dia cari Ken, mujur Asmodeus sempat halang. Tapi sayang, Asmodeus kalah teruk. Badan dia luka parah. Dari situ, satu per satu ahli kumpulan aku tumbang." Ringkasan cerita Kirito.

Shiki terangguk angguk, mendengar kisah perjalanan Kirito dan kawan kawannya ke Asteria.

"Sayang juga kau dengan dorang,ya? " Sinis Shiki.

"Dorang seperti bayangan 'mereka'. Aku tak sanggup nak biarkan sesiapa tercedera." Kirito tersengih. Mereka yang dimaksudkan adalah Raja Edgar dan seluruh sahabat-sahabatnya yang pernah Kirito kenali.

"Kan senang, macam ni. Kau jujur, kau senang. Syaitan tua macam kau dah tak layak nak menipu, tunggu ajal jelah datang menjemput. " Puji Shiki disertakan sedikit sindiran.

Kirito tersentak. Ada urat merah di kepala mendengar sindiran pedas dari sang naga.

"Kau ingat lagi tak pasal permata yang kau nak bagi Asteria dulu?" Soal Kirito yang menahan geram.

"Haah, ingat. Kenapa? Sampai sekarang aku tak jumpa. Mahal kut aku beli hari tu." Rungut Shiki.

"Sebenarnya, permata tu dah pecah. Aku baling dari tingkat 10 istana. Kiranya nak try ori ke tak ori. Maaf hari tu aku cakap, Ichiro yang buang. Teheee! " Jawab Kirito selamba sebelum beredar dari situ.

"Kau!"

"Aku syaitan tak reti menipu. Ciss, jangan tertipu duh."

Ketika malam menjelmakan diri. Ketika itulah sebuah rancangan di susun rapi. Dirangka terus dari Kirito dan digabungkan sekali dengan Yosuke.

"Jadi, faham?" Soal Yosuke.

Anak mata pelbagai warna yang tadinya fokus pada peta istana, beralih. Masing-masing mengangguk kepala.

"Ini bukan perang. Tapi penyeludupan. Jangan sesuka hati keluar dari tempat korang sebelum masanya. Kita tak tahu musuh sekuat mana." Ujar Kirito pula.

"Tapi, apa function Shiki dalam kumpulan ni?" Ken angkat tangan. Hairan dengan posisi naga tua itu.

Kirito melirikan matanya ke arah Shiki sebelum menghela nafas berat.

"Dia hanya memantau korang." Ujar Kirito.

"Pantau? Kenapa pantau? Aku dapat rasakan kekuatan yang kuat dalam diri dia! Kenapa sia-siakan kekuatan tu?" Bentak Oki yang mengambil alih tubuh Yosuke.

Shiki menoleh pantas ke arah Yosuke. Terkejut juga apabila suara lelaki itu berubah kasar dan dalam.

"Ada masa, kekuatan bukan segalanya dalam perang. Kumpulan penyeludupan ni pun dah ramai yang kuat kuat. Macam Lucas, dia ada kemahiran menghidu." Ujar Shiki tenang.

Lucas yang dikaitkan tersentak. Apa main panggil-panggil nama ni?

"Ken juga ada kemampuan yang sama!? Ke kau takut rahsia kau terbongkar." Provok Oki. Keinginan dia, mahu buktikan yang Shiki ada sesuatu. Namun jelas lagikan nyata. Shiki tahu muslihat itu.

Ken tatap Lucas. Dia tak tahu kemampuan lelaki itu. Apa lagi kuasanya.

"Oi, budak. Kau patut faham situasi. Bukan bandingkan kekuatan. Aku rasa kau dah tengok Kirito hari tu. Tak cukup lagi?" Kolar baju Yosuke dicengkam. Dalam renungan mata Shiki pada anak mata runcing milik Oki.

"Tsk," Decit Oki sebelum bertukar tempat dengan Yosuke.

Manakala yang lain hanya memerhati dengan diam pertengkaran kecil itu. Pelik.

"Better kita sudahkan perbincangan ni. Lagi pun tak lama lagi pukul 12 malam. Masa untuk gerakkan penyeludupan." Celah Kirito. Dia yang nak leraikan pertengkaran itu pun seram. Jarang Shiki marah.

Tiada bantahan diterima. Kesemua bersurai. Ken dan Wisteria bawa haluan masing-masing. Begitu juga dengan Miyako dan Kirito. Manakala Lucas pergi mencari si isteri yang tidak kelihatan sedari tadi. Asmodeus pergi keluar untuk mencari udara segar.

Shiki mendengus. Dia lantas beredar. Meninggalkan Yosuke yang baru tersedar.

"Halena." Panggil Lucas. Risau tak dapat terbendung dari riak wajahnya.

Seorang wanita berambut merah menoleh. Perut yang sedikit membukit terlihat dibalik kerudung yang dipakai. Halena tersenyum. Dia baru saja habis berbual dengan anak-anak kecil kelahiran Asteria.

"Sini." Sahut Halena.

"Jangan banyak bergerak tau. Risau aku dibuatnya. Sehari suntuk tak nampak kau." Tubuh genit Halena didakap.

"Saya tak pergi mana. Sini je dengan budak-budak." Sengih wanita bunting lembut.

"Bagus." Di kucup dahi Halena. Sayang betul dekat bini!

Halena kucup pipi suaminya. Manja.

"Saya dengar Kirito ada dekat sini. Mana dia?" Halena menoleh ke belakang Lucas. Mana tau ada Kirito.

"Ada sini. Kenapa, kau rindu aku?" Tegur Kirito. Di samping dia ada Miyako berdiri.

Halena menoleh ke belakang. Lelaki berambut separuh merah dan hitam ditatap.

"Kirito! Bila awak kahwin? Ni isteri awak ke?" Halena belek tubuh Miyako. Not bad! Cantik.

Kirito dan Miyako saling berpandangan. Terlihat rona merah di wajah gadis musang itu. Semakin lama semakin terang.

"Korang masih ingat perempuan yang cedera masa aku bawa masuk rumah hari tu?" Soal Kirito. Buat malu dia je kalau macam ni. Walhal suka!

Halena mengangguk perlahan.

"Dialah tu. Sekarang tinggal dengan aku." Sengih Kirito.

"Ouh... Hmmm.. Bukan isteri?" Soal Halena lagi.

"Bakal isteri." Seloroh Kirito.

"Kau biar betul bro?!" Sampuk Lucas pula.

"Hahaha... Tengoklah nanti." Kirito tertawa janggal.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें