"Assalamualaikum..mak?" ucapan salam itu mengejutkan Datin Mariyam yang sedang menghiris bawang di dapur. Penat dia berperang dengan gas sulfoxide yang meresap ke dalam matanya.
"Waalaikumussalam, ya?" sambil Datin Mariyam menggosok matanya yang pedih, lalu dia menoleh ke belakang untuk mencari pemilik suara yang amat dikenalinya itu.
"Ya Allah, Aini!! Kau dah balik? Ya Allah..asal tak telefon mak dulu? Mana tahu mak boleh suruh Pak Mat tu ambil kau kat airport ke?" kata Datin Mariyam.
Aini? Siapakah dia? Ya, Nur Aini Maisarah, anak ketiga daripada lima adik beradik, hasil perkahwinan daripada Datin Mariyam dan Dato' Afnan.
Mungkin terlalu janggal untuk memanggil 'mak' memandangkan dengan gelaran 'Datin' yang diberikan, namun Datin Mariyam tidak peduli dan ambil kisah tentang hal itu. Iyalah, biasanya orang-orang kaya akan memanggil ibu mereka, 'Mama' 'Mummy' , tapi Datin Mariyam tidak mahu membiasakan anak-anak mereka dengan drama TV yang karut belaka itu.
Baginya gelaran 'mak' itu lagi mengeratkan dia dengan anak-anaknya.
"Hehe, Aini saja nak buat surprise kat mak. Yelah, bosanlah kalau mak dah tau rahsia Aini,kan? Inipun Aini tengah cuti sem, bolehlah Aini melepak dengan mak..hahahaha" jelas Aini.
Aini merupakan pelajar tahun terakhir di University of Cambridge. Dalam perjalanan menuju ke PhD in Medical Science. Lepasni, kena panggil dia dengan gelaran 'Doktor' lah. Untung jadi anak kaya.
"Mak tengah masak apa tu? Macam sedap je" soal Aini. Yelah, tengah masuk rumah, ternampak pula Datin Mariyam sedang memotong bawang.
"Pernah ke mak kau ni masak tak sedap? Haa, ini disebabkan naluri ibu yang tersedia ada dalam mak ni, tergeraklah nak masak rendang kerang, gulai ikan patin dengan terung goreng. Ha, gemuklah kau dengan abah kau nanti, hahahaha" gurau Datin Mariyam.
"Amboi, dah serupa pontianak la mak gelak, lepasni tunggu nak terbang je kan? Boleh ke tu???" perli Aini.
Nak dikatakan Datin Mariyam ini gemuk, dia tidaklah terlalu gemuk sehingga digelar obes. Cuma dia agak tembam sedikit.
"Eh kau..dah pergi mandi, lepastu panggil adik-adik kau sekali. Suruh diorang tu mandi. Bangun-bangun, cari henset ,orang cari pahala, ini tak, terus bangun, terus la dicapainya telefon tu. Tak ke mau tolongnya aku kat dapur ni," bebel Datin Mariyam. Dia kalau dah start membebel, pergh..sampai ke lusa la baru dihabisnya. Belum dia ungkit lagi nanti-nanti. Haru betul lah.
*****
Sebaik sahaja Aini berada di tingkat atas, dia terus menerjah ke bilik adiknya yang keempat dalam adik beradik. Dari jauh dah dengan lagu k-pop yang kuat. Nak bagi runtuh la kot rumah ni.
"Adeline!" sergah Aini kepada adik perempuannya itu.
"Apa kau ni kak..aduh..kacaulah, aku tengah tengok 'boyfriend' aku ni," Adeline meluahkan ketidakpuasannya terhadap kakaknya yang menerjah biliknya. Tengah sedap layan mamat Korea ni.
"Amboi..dah la single, ada hati nak ada boypren orang Korea..entah-entah, tengok kau pun diorang taknak," perli Aini. Dia bukannya tidak kenal dengan perangai adik perempuannya yang meminati orang Korea itu. Entah apa yang istimewa sangatnya dengan diorang.
"Alah kau, kau pun sama, dah la single, kena reject dengan crush pulak tu..hahahahaha," balas Adeline yang lancangnya. Adeline dengan mulutnya yang puaka tu, kalau disumbat cili, terdiam seribu bahasa nanti.
"Kau apesal bodo..sini kau! Meh aku tarik rambut kau yang panjang mcm hantu tu!" geram si Aini. Fuh, dah lama bersabar weh. Nak kena ajar budak ni.
"Eh, janganlah..kakkk-" belum sempat Adeline memohon dan melutut maaf, dia sudah terbaring di atas lantai akibat smack down oleh Aini.
Jangan main-main, Aini merupakan 'top student' dalam akademik taekwondo tahap 'Black Belt'.
****
Seusai menyelesaikan adiknya yang puaka itu, Aini keluar daripada bilik Adeline untuk menuju ke bilik adik bongsunya.
'senyap je ni..dah kenapa?' hati Aini mula berbisik.
"1
2
3, ha! Kau buat apa tu!" sergah Aini.
"Opocot moyang tok kau!" terkejut si Aizam.
"Maaf baby, I stop dulu, ada setan mengamuk masuk dalam bilik I..bye!" jelas si Aizam kepada kekasihnya.
"Amboi..kau ni, dah la kata aku setan mengamuk, ada girlfriend pulak tu! Ceh..maju la kau daripada aku, kan?" soal Aini sebenarnya berbaur perli. Dia pelik, kenapa budak-budak zaman sekarang sering bercinta? Bercinta itu kan haram, lagi-lagi pada masa yang muda ini.
"Alah kak, aku ni dah 16 tahun kak..dah besar dah pun..lagi 7,8 tahun, kahwinlah aku," jelas Aizam.
Ya, Aizam baru berumur 16 tahun. Senang cerita, adik beradik Aini ada 5 orang. Sulung, Azman yang berumur 30 tahun. Kedua, Adelia yang berumur 28 tahun. Ketiga pula, Aini, 24 tahun. Manakala, yang keempat, Adeline yang umurnya layak mengambil SPM iaitu 17 tahun. Dan yang bongsu, Aizam..
Memang bahagia sangat ada adik beradik yang ramai, tapi itulah, adalah beberapa perkara yang terpaksa dikorbankan. Sedih,kan?
"Yelah, memang kau akan kahwin suatu hari nanti..tapi taklah kau nak ber-couple dengan umur yang mentah macam kau ni..aduhai," nasihat Aini. Dia bukan apa, cuma risau yang adiknya bakal terjebak dalam kegiatan maksiat. Kan dah berdosa besar.
"Hmm yelah..nantilah aku try bercakap dengan girlfriend aku tu..ha kau tu, bila nak kahwin?" ZASS! Soalan Aizam itu membuatkan Aini tersentak.
'hmm betul juga tu, kenapa aku tak ada jodoh lagi? hmm belum masanya lagi kot..tapi tak naklah jadi andartu,kan?' bisik hati Aini ketika itu.
"Err..aku mintak dia datang lambat haa! K-kau apa tahu!" jelas Aini, lalu dia meninggalkan bilik Aizam dengan perasaan yang..malu? terkedu?
'apa pula mintak jodoh lambat-lambat..kau nak kahwin dengan pakcik-pakcik tua ke Aini oi..sedarlah!' jelas hati Aini membangkang perasaannya yang sedang bercelaru ketika itu.
Matahari yang kian memacak di paksi bumi, menghangatkan negara Malaysia. Tanpa membuang masa, Aini segera menuju ke biliknya yang paling dirinduinya ketika itu. Memori dan nostalgia kian menusuk hatinya.
"Dah hampir 3 tahun aku kat luar Malaysia. Pernah jugak balik Malaysia tapi tak adalah se-sentimental ini..
Apa yang aku dapat kat luar sana berbanding kat sini? Aku rindu suasana kat sini.." monolog si Aini. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir dengan deras. Cairan hangat yang membawa tanda rindu dan bahagia.
"Ya Allah, kau berkatilah perjalanan ku dalam mencari ilmu-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang"
YOU ARE READING
Terbenamnya Hati
RomanceNur Aini Maisarah, seorang gadis 'urban' yang menjadi kegilaan para lelaki di luar sana. Meskipun, dia dihiasi dengan kecantikannya, namun tidak ramai yang tidak tahu isi dalaman dan sifatnya. Ganas! Brutal! Ya! Itulah Nur Aini Maisarah. Namun, sek...
