"Jadi kamu semua utusan Esfahan, ya?" Soal Raja Takabuki yang gempal orangnya.

"Ya, Tuanku." Sahut Yosuke.

"Ada urusan apa datang jauh-jauh berjumpa aku?" Raja Takabuki menjeling saja.

"Untuk menghantar utusan Raja Daichi Ryuu kepada Tuanku." Segulung kertas yang dibawa oleh Yosuke diserahkan.

"Ambilkan beta surat itu!" Kerana malas bergerak, Raja Takabuki arahkan penasihatnya untuk mengambil gulungan kertas yang dibawa.

"Baik Tuanku." Ujar Penasihatnya yang ada disebelah.

"Tuanku, surat ini mengenai kemasukan pedagang dari Esfahan. Mereka mahu kita buka kerajaan untuk berdagang dengan mereka. Surat perjanjian juga di sertakan sekali." Ujar penasihat diraja setelah mengambil surat berkenaan.

Raja Takabuki menghempas pemegang singgahsananya. Tak suka sungguh hasil negara mereka di ambil orang lain.

"Koyakkan saja perjanjian itu. Budak-budak ni pula bawak masuk ke dalam penjara. Jadikan mereka tahanan," Arahan murka dikeluarkan.

Kirito ketap bibir melihat senyuman sinis Raja di hadapan. Ingin saja dia lenyek-lenyek Raja Takabuki itu.

"Begini layanan Asteria terhadap Esfahan? Apa kalian tidak takut bangkitkan perangan, hah!" Tengking Kotaro. Semakin membara api kemarahan membakar hati, apabila melihat senyuman sinis Raja Takabuki.

Mendengar kata-kata kurang ajar dari Kotaro, buatkan Raja Takabuki bangkit dari singgahsana lalu menghampiri lelaki bermata biru itu.

"Kau ini siapa pula? Kurang ajar sungguh!" Sinis Raja bertubuh gempal itu. Dia bersilang tangan.

"Beta Putera dari Kerajaan Esfahan. Kotaro Ryuu." Ujar Kotaro tak gentar walau sedikit pun.

"Menarik." Meniti senyuman penuh muslihat di bibir Raja Takabuki. Tangannya cuba menggenggam bahu anak muda yang mengaku sebagai Putera raja dari kerajaan Esfahan itu.

ZUPP!

"Jangan sentuh adik aku!" Tiba-tiba tidak sampai sejengkal jarak antara jemari Raja Takabuki dan bahu Kotaro. Kirito muncul dengan kelajuan pantas menggenggam jemari itu.

KRAKK!

Bunyi tulang patah jelas kedengaran. Masing-masing sudah cuak melihat perlakuan berani mati Kirito.

"Argh!" Adu Raja Takabuki.

"Kau raja palsu. Mana Raja Asteria yang sebenar?" Soal Kirito. Semakin galak dia mematahkan pergelangan tangan Raja Takabuki.

"Pengawal! Bawa mereka ke penjara bawah tanah!" Tidak mahu menjawab hal yang sebenar, Raja Takabuki arahkan tenteranya untuk menyerang.

Bunyi zirah besi kedengaran mendekat. Miyako dan Yosuke sudah ambil langkah berjaga-jaga, dengan mendekati Kotaro dan Kirito yang masih berhadapan dengan Raja Asteria. Tidak ketinggalan Noaki juga.

"Ini ke yang sepatutnya di panggil Raja? Dia bukan raja kamu semua. Kenapa patuh pada arahannya?" Mata merah Kirito bersinar garang. Marah dia naik mencanak apabila takhta kerajaan Asteria di kotori dengan sampah seperti Raja Takabuki.

"Tiada raja selain Tuanku Takabuki!" Ujar Penasihat DiRaja dan pengawal yang semakin mengepung mereka. Kesemua mereka seakan dipukau sesuatu.

"Kirito, mereka dah makin dekat ni." Sampuk Yosuke. Dia tak nak berlawan tapi jika itu pilihan terakhir. Nampaknya tiada siapa yang dapat menghalang.

"Kisah Sang Permaisuri Asteria tak terhenti ketika dia dibunuh. Setelah mendengar perkhabaran yang mendukacitakan dari orang kepercayaan Raja Razvan. Raja kegelapan itu marah besar, dia sendiri yang turut padang melancarkan perang besar ketika sekitar 3 ribu tahun lepas. Raja Razvan tak boleh terima pemergian sahabat baiknya dengan cara yang teraniaya. Bukan dia saja yang marah, tapi semua sahabat rapat Sang Permaisuri. Kelima-lima mereka melancarkan perang besar demi menuntut bela kematian Asteria. "

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now