GRAP!

Kirito tarik kepala Kotaro supaya lekat di dada bidangnya. Di usap-usap lagi kepala itu. Makin lama makin buatkan Kotaro tak senang duduk saja . Walaupun hakikatnya dia terkejut dengan perbuatan Kirito itu.

"Alalalah, sini meh. Kau terlampau cute untuk aku berhenti." Ujar Kirito.

"Lepaslah!"

"Taknak. Aku tak puas lagi. Lembut betul rambut kau ni."

"Gay!"

"Cakaplah apa saja. Tak terkesan,"

"Eyy, berhenti! Geli bodoh!"

Hancur habis tembok wajah beku yang selama ini Kotaro simpan.

"Jujur jelah dengan aku. Kau sukakan sebenarnya?"

"Yukss, mana ada. Berhenti!" Ditolak lengan Kirito yang masih memeluknya.

"Kau perlukan sedikit kasih sayang dari aku, barulah kurang sikit apa yang kau pendamkan dalam ni." Akhirnya Kirito mengalah. Dilepaskan pelukan pada Kotaro. Namun jari telunjuk dia mengarah pada dada lelaki itu pula.

"Apa sentuh-sentuh! Kau memang ada nafsu songsang kan?" Tuduh Kotaro yang semakin menjauh dari kedudukan asal.

Kirito ukir senyuman nipis sebelum tawanya terlepas. Habis dia tertawa, sebuah senyuman misteri terukir di bibir. Mata merahnya meruncing.

"Kau nak aku peluk lagi sebenarnya kan? Ujar dia yang siap mendepakan tangan.

"Duduk dekat sana je. Jangan bergerak. Aku tak mahu pun pelukan kau tu." Kelang kabut Kotaro menjauhkan diri. Naik meremang bulu roma melihat perilaku Kirito itu.

Akhirnya, Kirito akur. Helaan nafas lelah kedengaran meniti di bibirnya.

"Kalau abang kau hidup lagi, tapi dalam versi lain. Agaknya kau masih terima dia?" Tubuh Kirito sengaja di rebahkan ke atas rumput. Tangan pula bersilang di kepala.

"Apa maksud kau?" Soal Kotaro yang berlunjur.

"Aku abang kau." Tiga patah perkataan buatkan Kotaro terkaku seperti tunggul kayu.

"Kau bergurau ke? Tak kelakar langsung." Sengaja Kotaro keluarkan ayat penyedap hati.

"Aku serius. Aku abang kau. Aku tak mati dalam serangan kau dulu, aku terselamat." Kejujuran Kirito dianggap hanya lelucon semata. Mana boleh orang yang dia sendiri bunuh depan mata boleh hidup balik?

"Err, aku nak tidur dulu. Dah ngantuk. Bye!" Cepat-cepat Kotaro beredar. Malas mahu memanjangkan keadaan.

Melihat pemergian Kotaro, bibir Kirito lantas mengukir sebuah senyuman nipis.

.
.
.
.
.

Matahari yang menggantikan bulan memancarkan sinar kepanasannya.

"Betul kau nak ikut kita orang ni?" Soal Yosuke meminta kepastian. Asmodeus yang sedari tadi tak henti di soal mengangguk buat ke sekian kalinya. Dia, Ken dan Wisteria dianggap menumpang Yosuke untuk ke negara Asteria.

"Ya, aku ikut korang." Putus Asmodeus. Dia nak ke mana lagi kalau tak ikut Raja dia?

Yosuke hela nafas berat.

"Kau dari puak Syaitan. Macam mana nak tutup daya kuasa kau?" Soal Noaki pula. Kalau nak ikutkan hati, memang dia nak tangkap Asmodeus hidup-hidup untuk dibawa ke Esfahan.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now