"Kirito," Gumam Miyako. Kesembilan ekor musang miliknya meliuk perlahan.

Di hadapan dia, terdapat empat bulatan magic berwarna hijau sedang mengubati Ken, Kotaro, Naoki dan Asmodeus. Dalam kekalutan yang terjadi, sempat Miyako merisaukan keadaan Kirito.

"Aku dah sembuh. Tumpukan perhatian kau dekat mereka saja." Ujar Asmodeus yang sudah dapat berdiri tegak.

"Baik!"

"Arghhhhhhh!" Pekik Osward dari kejauhan. Sebatang pokok yang telah patah dibaling pada Kirito yang menunggunya.

Kirito ukir senyuman psiko.

Pokok yang di baling Osward bergerak pantas ke arahnya. Namun tidak sampai setengah jalan, pokok tersebut berkecai seperti ada yang menempuh kasar sehingga tidak kelihatan rupanya.

Osward ketap bibir. Lelehan liurnya juga kelihatan kerana terlampau marah. Segala serangan yang diberikan, tiada sedikit pun menyentuh kulit Kirito.

Lalu dia ambil pilihan terakhir. Serang Kirito bertubi-tubi dengan kekuatan yang ada. Sejurus selepas itu muncul cahaya merah berbentuk pepejal yang tajam di sekeliling Osward.

Telunjuk di tunding ke arah Kirito.

SLASHH!

Tangan kanan Kirito terputus dari badannya. Darah hitam pula selamba mengalir keluar dari luka yang terbentuk.

Di dalam magic pelindung yang terbentuk, Yokuse secara perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Namun lantas mata itu terbuntang luas. Kejadian di hadapan matanya bukan suatu panorama yang indah.

"Kirito!" Jerit lelaki itu mengejutkan Asmodeus yang memerhati perlawanan.

Yosuke mendecit. Dengan segala kudrat yang ada di melepasi magic yang melindungi dirinya.

"Awak nak pergi mana tu?" Soal Miyako risau.

SLASHH!

Tangan kiri Kirito pula terputus dari badan. Buatkan kolam darah berwarna hitam terbentuk di bawahnya.

"Jangan nak tunjuk herolah!" Yosuke berlari anak menghampiri Kirito yang langsung tidak memaparkan sebarang reaksi itu. Lantas di tolak tubuh Kirito untuk melindungi dia dari terkena serangan seterusnya dari Osward.

"Huh?" Seakan tersedar dari lamunan. Kirito terpinga-pinga apabila tubuhnya jatuh ke tanah.

Mata merah itu naik merenung Yosuke yang menjadi penghadang. Terlihat berkali-kali tubuhnya ditusuk dengan serangan Osward. Semakin galak pula syaitan itu menghancurkan tubuh lemah Yosuke.

"Kau lindungi aku?" Perlahan Kirito bangkit. Yosuke yang berlumuran darah di tolak ke tepi.

"Tsk, jangan nak perasan." Gumam Yokuse. Bibir diketap apabila darah tidak henti-henti keluar dari badanya.

"Aduh, kau merosakkan diri sendiri." Titisan darah hitam milik Kirito berubah menjadi molekul. Lalu tangan yang tadinya terputus, perlahan-lahan terbentuk semula.

Dia tersengih.

"Perlu beribu tahun untuk kalahkan aku." Tangan baru yang terbentuk di renggang. Manakala tangan yang terputus tadi sudah lenyap dibaham api hitam.

Asmodeus yang sudah terbang di langit tersentak dengan kuasa milik Kirito itu. Amat jarang dijumpai.

"Budak tu, kenapa darah dia warna hitam?" Gumam Asmodeus.

"Tsk, mati kau! Mati!" Osward mara bersama pukulan demi pukul.

"Maaf. Aku sengaja bagi kau peluang untuk sentuh aku tadi. Tapi sekarang jangan harap!" Api hitam lantas menyerang syaitan di hadapan. Membaham habis-habisan.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now