4 ; I Just Want To Stay

Start from the beginning
                                    

Geram? Sudah semestinya dia geram. Ibu Wooyoung yang berada di hadapannya ini seperti tidak kisah dengan kesihatan anaknya.

" Aku tak kira. Panggil anak aku keluar sekarang. AKU NAK DIA DISCHARGE DARI HOSPITAL NI SEKARANG JUGA! Biasalah tu. Dia diet sebab dia nak dapat badan ideal. Dia tu trainee. Bakal jadi idol satu hari nanti. Jadi dia kenalah jaga badan. Kau apa tahu?! " Jerkah wanita itu lagi.

" Awak sudahlah tu. Jangan bising-bising di hospital ni. Malu kita. Kita selesaikan dengan cara baik, nae? " Pujuk suaminya yang berada di sebelah.

" Cara baik apanya?! Awak tak nampak ke? Doktor ni cuba merampas anak kita! Dia tak perlukan rawatan mengarut ni! Dia sihat! " Bidas Puan Jung.

Suaminya iaitu Tuan Jung mengeluh kecil. Sudah begitu masak dengan perangai isterinya yang begitu keras kepala.

" Kau tunggu apa lagi tercagat dekat sini?! Pergilah panggil anak aku, aku nak dia balik hari ni! " Suara Puan Jung naik lagi seoktaf.

Hyewon menekup telinganya dengan telapak tangan. Risau pula gegendang telinganya akan pecah jika terus terdedah dengan suara nyaring Puan Jung.

Dia ni telan mikrofon masa kecil ke apa? Suara tengkingannya itu bukan main kuat sampai tingkap hospital pun boleh pecah rasanya.

Hyewon mengeluh kecil. Dengan langkah longlai dia menuju ke arah bilik yang menempatkan Wooyoung.

Apa yang dia boleh buat? Walaupun dia doktor, dia perlu patuh arahan penjaga. Tidak boleh sesekali melawan mereka. Jika melawan, berkemungkinan gajinya akan dipotong atau yang paling teruk...

Dibuang kerja.

Namun fikirannya masih berdebat. Antara kesihatan pesakit dan pekerjaan...

Yang manakah yang akan menjadi priority-nya?

Pintu bilik wad itu dibuka perlahan. Wooyoung yang sedar akan kehadiran doktor wanita itu mempamerkan senyuman tipis buatnya.

" Macam mana, noona? Apa parents saya cakap? Saya akan terima rawatan di sini kan? " Soal Wooyoung dengan nada keterujaan.

Hyewon yang mendengarnya berasa bersalah. Wooyoung berusaha kuat untuk menyembuhkan dirinya. Dia tidak mahu menghampakan remaja lelaki itu.

Apa agaknya reaksi Wooyoung jika dia memberitahu bahawa ibunya tidak membenarkan dia menjalani rawatan di sini?

" Wooyoung... Jeongmal mianhae. "

Dengan serta merta senyuman di wajah remaja lelaki itu pudar.

" What do you mean, noona? "

" Wooyoung-ah, parents awak tak bagi awak terima rawatan di sini. Mereka nak awak balik sekarang. Tak apa. Mungkin awak akan terima rawatan di– "

" Andwae! Saya nak dengan noona juga! I don't care! Saya tak nak terima rawatan di tempat lain. " Bidas Wooyoung sebelum sempat Hyewon menghabiskan kata-katanya.

Hyewon menghela nafasnya perlahan. Dia sudah agak begini jadinya. Kalau boleh, dia juga tidak mahu melepaskan Wooyoung kerana dia sudah mula menyayanginya sebagai adik.

Tapi apa yang dia boleh buat? Dia tak ada hak untuk menghalang ibu bapa Wooyoung.

" Awak, tak bolehlah macam tu. Mak awak nak awak balik ke pangkuan dia. Dia risau sangat dengan awak. " Hyewon memujuknya lembut.

Dia melabuhkan punggungnya di atas katil. Bersebelahan dengan Wooyoung.

Tangan Wooyoung dipegangnya lembut.

Wooyoung tertawa. Sinis bunyinya.

" Risau? No, she never worried about me. Apa yang dia kisah cuma pekerjaannya. Takkan noona tak boleh buat sesuatu? Noona kan doctor. Tolonglah pujuk mak saya. "

Hyewon menggelengkan kepalanya perlahan.

" Noona tak boleh nak buat apa-apa. Noona kena ikut cakap penjaga. It's okay, Wooyoung. Everything will be fine. Walaupun kita tak boleh berjumpa, awak boleh call noona. Noona akan cuba bantu selagi noona boleh– "

" Tak samalah, noona. Call dengan berjumpa merupakan suatu perkara yang berbeza. "

Wooyoung menggelengkan kepalanya dengan hampa. Dia memusingkan badannya menghadap ke arah lain. Tidak mahu memandang ke arah doktor itu.

" Noona, please get out. Leave me alone. " Arahnya penuh emosi.

" Tapi, Wooyoung– "

" Please, noona! Saya nak berseorangan buat masa sekarang! "

Terhinjut bahunya tatkala suara kuat Wooyoung bergema di seluruh ceruk bilik.

Hyewon mengetap bibirnya. Perlahan-lahan dia bangun daripada katil yang didudukinya. Kakinya melangkah keluar dari wad itu.

Dia hanya akur dengan apa yang Wooyoung suruh. Dia mahu lelaki itu bertenang terlebih dahulu.

Overthinking dikhuatiri akan menyebabkan depression lelaki itu semakin teruk.









《C》ENDING SCENE : OUR ENCOUNTER | 정우영Where stories live. Discover now