DEAR ZAARA (Bab 2)

Start from the beginning
                                    

Zaara di sebelah pun diam aje. Nak juga tanya masakan dia sedap ke tak. Ini pertama kali Ian merasa air tangannya, nak tunggu markah dari Ian mak aiii... punyalah sengsara.

"Anak Haji Leman baru bersalin dua hari lalu, dapat baby boy. Kamu berdua bila lagi?"

Hampir tersembur petai sambal yang dikunyah. Cepat-cepat Zaara meneguk air di dalam gelas. Aunty Alia kalau bab nak buat orang mati tercekik memang hebat. Dah macam tak ada soalan dekat dalam dunia ni yang boleh ditanya.

"Pelan-pelan."

Ian di sebelah turut terkejut namun dia berlagak biasa. Belakang Zaara diusap perlahan. Habis air di dalam gelas Zaara, dia suakan pula gelasnya yang masih penuh berisi. Dia setakat jeling muka selamba Aunty Alia yang tersenyum sinis memandang dia dan Zaara.

"Laaaa, dorang baru kahwin berapa bulan. Bulan madu pun belum. Tak payah nak bandingkan sangat dengan anak Haji Leman." Umar mencelah. Dia sangat tak suka kalau adik ipar sibuk tentang hal mereka anak beranak. Kecoh nak tanya itu ini, hal sendiri pun tak terurus.

Merah wajah Zaara. Kalau jenis yang tak beradab, sedap aje dia sembur balik spesis mulut longkang macam Aunty Alia. Tapi atas rasa hormat dia diam saja. Bila Ian masih mengusap belakangnya, dia tahu Ian cuba menenangkan perasaanya.

"Makcik bawang awak ni pernah kena libas dengan selipar tak? I feel like hitting her so badly." Zaara berbisik perlahan. Haji Leman pun dia tak kenal, buat apa bising nak heboh tentang anak orang? Dasar penyibuk!

"Tak pernah lagi rasanya. Nak try? I can help you."

Membuntang mata Zaara. Ian siap kenyit mata lagi dan selamba memeluk bahunya.

"Aunty Alia, kekasih Shikin dah jumpa belum? Baik settle cepat sebelum perut Shikin makin besar. Kalau heboh nanti malu satu family." Ian balas balik dengan riak selamba. Tak pernah pun dia kurang ajar, tapi hari ini ringan mulut nak kenakan Aunty Alia.

"Ian." Umar berdehem. Tengok muka Alia yang sudah bertukar merah padam pun dia dah tahu Alia marah dengan ayat puaka Ian. Pedas sangat kot ayat Ian, membuatkan Alia betul-betul terdiam.

"Aunty tak payah sibuk hal rumahtangga saya dengan Zaara. We are happy in our own way. Kalau setakat Ian yang terasa tak apa, tapi Ian tak suka kalau Zaara pun terasa sekali," Ian menyambung ayat.

Shikin, anak Aunty Alia yang bunting dekat Singapura tu siapa yang nak bertanggungjawab? Dia tahu hidup Shikin yang terlampau bersosial, bawa balik lelaki untuk 'one night stand' bukan perkara yang baru bagi Shikin. Nasiblah kalau tak dapat cari pak sanggup untuk menutup malu.

"Ian, watch your mouth son." Aida terpaksa campur tangan. Mulut Ian macam daddynya juga. Kalau dah memang tak suka, ikut hati nak sembur macam mana. Bila dia jeling suami di sebelah, Umar jungkit bahu isyarat tak nak masuk campur. Sokong sangatlah perangai Ian tu. Padanlah sangat like father, like son.

"Errr....hal anak aunty tak payah sibuk. I can handle her." Setakat tu aje jawapan yang Alia mampu berikan. Membahang rasa wajah yang malu bercampur marah.

"And I can handle our life too. Jangan kepochi sangat sudahlah." Ian senyum. Dia malas sebenarnya nak melayan sangat tapi jenis komuniti mulut longkang macam Aunty Alia patut diajar sekali-sekala. Sempat dia menyuap hirisan mangga ke dalam mulut Zaara di sebelah.

"Kalau dia masih sakitkan hati awak, let me know." Perlahan saja suaranya berbisik. Ian cakap apa yang betul, bukan sekadar menyedapkan hati Zaara di hadapan orang lain.

Dear ZaaraWhere stories live. Discover now