SATU

140 20 8
                                    

Author POV

"Jungkook ah, saya suka awak"

Bunga mawar putih yang tadi nya berada di pegangan gadis berkaca mata itu kini bertukar tangan.

Jeon Jungkook sekadar memandang sekuntum bunga mawar di tangannya dengan tatapan kosong. Wajah gadis di hadapannya kembali ditatap.

Satu keluhan dilepaskan dengan berat sebelum bunga yang dipegangnya tadi dicampak ke tanah.

"Mian, tapi aku tak suka kau"

Begitu sahaja, Jungkook bertindak meninggalkan kawasan yang mula dipenuhi pelajar-pelajar di sekolah tersebut.

Memang menyerabutkan! Jungkook terpaksa membatalkan niatnya untuk memonteng kelas kerana diganggu dengan sesi luahan hati.

Pintu kelas 5A-4 ditolak dengan kasar sebelum menjejak ke dalam. Tanpa menghiraukan sapaan rakan kelasnya, tempat kosong bersebelahan seorang gadis cantik di belakang kelas terus diduduki.

Baru sahaja mahu melelapkan mata, Jungkook ditegur oleh teman semejanya.

"You shouldn't be that mean, Jeon Jungkook..kesian dekat yeoja yang confess dekat awak tadi tu."

Satu senyuman sinis terbit di hujung bibirnya. Dengan mata yang masih terpejam, Jungkook menjawab

"Awak nampak? Biarkan lah dia.."

"Tch"

Ya, benar. Jeon Jungkook memang dikenali sebagai seorang lelaki yang berhati batu dengan perangainya yang sangat sesuai dilabel sebagai fakboi.

Namun, sikap lembut hati dan suka mengambil berat hanya ditunjukkan pada gadis yang kini berada di sampingnya.

Park Chorong. Gadis cantik yang disukai ramai para jejaka tetapi dibenci kaum wanita.

Dengki barangkali.

Sudah lama dirinya bersahabat dengan Chorong. Dirinya juga telah bersumpah untuk menjaga Chorong seperti adik sendiri.

Dengan posisi yang masih merehatkan kepala dan lengan kanannya di atas meja, Jungkook tanpa segan menggunakan tangan kirinya untuk menyelit rambut Chorong ke belakang telinga.

"Gomawo.." ucap Chorong dengan lembut sebelum menyambung kerjanya.

Tiba-tiba sahaja Jungkook berdengus dan ia berjaya membuatkan Chorong menumpu perhatian sepenuhnya pada Jungkook.

Pandangan yang diberi oleh Jungkook tidak lagi sehangat tadi. Kini wajahnya lebih kepada muram, seperti mana yang dia biasa papar pada orang lain.

"Seriously, Park Chorong? Still working on that thing?"

Chorong hanya mampu tersenyum kelat untuk membalas soalan Jungkook.

Walaupun dirinya sedang marah sekarang ni, namun Jungkook tak mampu untuk meninggikan suara pada Chorong.

Pandangan dilontarkan ke luar kelas bagi mengelakkan eye contact antaranya dengan Chorong terjalin.

"Jangan kejar orang yang langsung tak ambil tahu pasal kita. Dah banyak mana love letter yang awak dah bagi dekat dia? Ada dia balas? Even dia tahu yang awak suka dia, dia hanya buat bodoh. Saya taknak awak terluka nanti. You don't deserve it."

Nafas diambil sebelum menyambung kata-kata nya.

"And disebabkan benda ni lah ramai yeoja bencikan awak. Saya penat lah dengar kutukan mereka semua tentang awak. It's annoying! Come on, Chorong ah..you're 18 but still tak ada kawan? Saya nak awak happy.."

Chorong terdiam mendengar ujaran Jungkook.

Disebabkan tiada balasan daripada Chorong, Jungkook terus menarik Chorong ke dalam pelukannya tanpa mengambil kesah akan keadaan sekeliling. Seakan-akan dia tahu yang ayatnya tadi mungkin mengguris hati tisu milik Chorong.

Mendengar esakan kecil dari Chorong, perasaan bersalah mula menguasai diri Jungkook.

"Mian..I'm being too mean, aren't I?"

Chorong menggeleng. Tubuh tegap Jungkook ditolak pelan setelah dirinya perasan yang banyak mata memandang. Air mata diseka dengan lengan baju uniform nya.

"Don't worry..saya sendiri akan undur diri bila Taehyung sunbae dah berpunya nanti. But for this mean time, let me try my best. Awak sedia ada untuk sokong saya kan?"

Jungkook hanya mengangguk.

Chorong tersenyum manis sebelum menyambung kerjanya. Jungkook sekadar memerhati.

'Kalau kau sakitkan Chorong, aku sendiri yang akan belasah kau, Kim Taehyung. Walaupun kau senior aku.'

TBC

Sunbae I Like You! Where stories live. Discover now