"Nak saya tarik balik ke peluang tu? " aku menyoal geram bila dia tak henti mengoncang tubuhku.

Kepala di geleng laju sambil tangan diangkat seperti berikrar. "Saya Edmund Carl, berjanji akan menjaga Bella Najwa dan Ayish Carl dengan sebaik mungkin!"

"Siapa Ayish?" aku menyoal pelik.

"Ni." Edmund menundingkan jarinya ke arah baby bump yang belum kelihatan. Dibelai lembut disitu sambil tersengih lebar.

Ayish? Sedap nama tu. Tapi Carl aku tak berapa nak setuju. Takut perangai jadi macam bapak dia. Uhuk uhuk, sempat lagi kutuk suami sendiri.

"Sedapkan Ayish Carl?" dia menyoal dengan tangan yang masih mengusap lembut di perutku.

"Ayish sedap tapi Carl tak." aku bersuara jujur. Padahal dalam hati dah ketawa tengok muka selebet dia.

"Ouh sayang tak suka ke? Takpe nama last nanti sayang je yang bagi ok?"

Aku ketawa perlahan. Niat nak menyakat je, tak sangka pulak dia ambik serius.

"Saya melawak jelah."

Dia mencubit pipiku perlahan sebelum tubuh aku dibawa kedalam pelukan hangatnya.

"Terima kasih sayang. And i'm sorry for everything. Tomorrow you will see a new version of Edmund Carl. I'm promise." Dia bersuara sambil mengusap rambutku lembut.

"Saya ada satu permintaan."

"Apa sayang?"

"Jadi imam solat saya."

Aku teringin semua tu. Aku teringin nak dia pimpin tangan aku ke syurga.

"In'shaa Allah." Edmund mengangguk perlahan.

"Kalau macam tu, abang pon ada satu permintaan."

"What's it?"

"Be mine for tonight."

Aku menelan air liur. Mata aku pejam rapat apabila dia mendekatkan wajahnya dengan wajah aku.

"Izinkan abang?"

Aku mengangguk perlahan. Jantung berdegup laju dek terlalu gementar.

Dapat dirasai bibirnya mengurut lembut di bibirku, dan buat pertama kalinya aku membalas ciuman itu. Aku mula ikut rentaknya dan menggerakkan bibirku juga.

Dan pada malam itu, Bella Najwa secara mutlaknya menjadi milik sah Edmund Carl. Seorang Bad Mafia yang kini tunduk kerana cinta.

****

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


****

9 month later.

"Ya Allah mak buyung. Jangan jalan banyak-banyak, nanti terberanak kat sini pulak." Edmund Carl yang sedang memasak itu menegur isterinya. Tubuh wanita itu dipeluk erat sambil sebelah tangan lagi pada belanga masak.

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now