Berjuta bintang di langit,
Walaupun jauh ia masih bersinar,
Jika kau berasa sakit,
Jangan lupa untuk bersabar.
Beberapa patah perkataan sudah siap ditulis dalam buku nota kecilnya.
Apa yang terlintas di fikirannya pasti dia akan berkongsi dengan rakan kecilnya itu. Tangannya juga pasti akan menconteng apa-apa sahaja bentuk diakhir coretannya.
"Sarah,jom makan" ajak Jia.
"Tadi dah makan kan? Cepatnya lapar."
"Em em teman laaa tadi makan jajan je" pujuk Jia sambil muka seposennya dipamerkan.
"Ok. Belanja aku."
"Cun"
Sarah dan Jia berjalan ke cafe. Mereka memesan makanan dan duduk di tempat yang paling strategik iaitu meja yang paling hampir dengan kipas.
"Kau memang nak makan aiskrim je ke? Nasi tak nak?" Soal Jia.
"Tak nak. Takde selera."
"Ok. Aku makan dulu."
"Weh tadi kan, ada lah sorang laki ni. Tah sape-sape, tiba-tiba je senyum kat aku. Aku macam pelik lah kan, end up dia hanya tengok aku kerut je. Dalam kepala otak aku ni dok search mana lah laki ni, penah ke jumpe, kenal ke. Hahahahaha."
"Kacak tak?"
"Not bad la."
"Rugi lah kau."
"Cis, tak rugi pun. Hari- hari aku boleh tgk orang senyum kat aku."
"Sape?"
"Aku lah. Hari-hari aku senyum kat diri aku"
"Halah halah"
Telefon Jia berdering dan terpapar bentuk hati serta gamba kekasih hatinya itu.
"Alah baby call"
"Lempang kang. Geli gila"
"Hehehehe jap eh" Jia menghabiskan kunyahannya dan menjawab panggilan tersebut.
Sarah mengalihkan perhatiannya kepada cafe tersebut. Hanya beberapa orang sahaja yang berada di situ. Matanya tertancap pada lelaki yang sedang merenungnya dengan segaris senyuman di bibir.
"Eh ni laki tadi ni yang senyum kat aku tu." Bisik hati Sarah.
"Dia ikut aku ke? Eh takdenya. Saja lah tu lepak sini. Tapi kenapa dia pandang aku? Alah kebetulan lah tu" Bisik hati Sarah lagi.
"Sarah, kau pandang apa? Kenapa macam nampak hantu" tegur Jia.
"Tu lah laki yang aku cakap tu"
"Mana?"
"Pusing belakang"
"Tak penah pon nampak budak tu dalam kelas kita. Kelas lain kot"
"Eee masalahnya kenapa dia senyum dari tadi" Sarah mula tak senang duduk seperti cacing kepanasan.
"Dia pemurahlah tu orangnya"
"Ish cepatlah habiskan makanan kau. Lain macam aku tengok laki ni"
*****
"Jia sape ni. Cuba tengok" Sarah menunjukkan mesej yang dihantar oleh nombor yang tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp.
"Assalammualaikum Sarah."
"Dia nak kenal lah tu" ujar Jia.
"Mana dia dapat nombor aku?"
"Daripada kawan dia kot"
"Eh tapi aku tak bagi nombor kat sesiapa. Alamak aku lupa, aku kasi nombor kat Faris."
"Cuba mesej Faris" cadang Jia.
Beberapa minit kemudian.
"Faris tak kasi pon nombor aku kat sesiapa"
"Kau jawab je dulu mesej yang orang tu kasi" balas Jia.
"Waalaikumussalam. Siapa ni?"
"Saya yang kat cafe tadi"
"Yang mana ek?"
"Yang duduk menghadap awak tadi"
"Oh. Mana dapat nombor ni?"
"Saya ambil dekat group club"
Sarah menepuk dahi dia sendiri.
"Ha kenapa kau?"
"Budak club aku lah."
"Pastu acane kau takleh perasan" soal Jia.
"Aku tak de pulak tengok elok-elok. Hahahaha"
"Hish. Gelabah sokmo"
"Hehehehehe"
Lelaki tersebut menghantar lagi pesanan.
"Boleh kita kawan?"
"Lain macam lah soklan. Aku memang kawan dengan semua orang pon" bisik hati Sarah.
"Eh kawan je lah saya memang kawan dengan semua orang pon" balas Sarah.
"Oh ok. Esok jom keluar?"
"Huyo apak awalnya ajak kuar. Kah. Memang tak ar." Ngomel Sarah seorang diri.
Pesanan itu dibiarkan sepi. Sarah tutup telefon dan terus melelapkan matanya. Memandangkan esok tiada class, dia sudah bercadang dengan Jia untuk keluar berjalan.
