Dilihat wajah gadis itu dengan mata yang berkaca.

'What i already done to you sayang.. I'm sorry.. '

Kata-kata itu hanya mampu terluah di dalam hati. Kini hanya mata mereka yang berbicara antara satu sama lain.

"Please let me go.. " Bella Najwa bersuara lemah. Ditahan tangannya pada dada lelaki itu agar tidak terjatuh.

"No, you're mine.. I will take care of you until my last breath. I'm promise."

Bella Najwa hanya diam. Langsung tiada tenaga untuk melawan.

"Bella look at me.. " ditarik perlahan dagu itu supaya mendongak melihat matanya.

"I never play with my word sayang.. Please trust me. "

Bella Najwa tetap begitu. Diam tanpa bersuara. Namun matanya meluahkan segala rasa. Hatinya telah hancur, jadi jangan bicara soal kepercayaan dengan dia sekarang ini.

Dua insan yang dia percaya kini pergi meninggalkan diri. Janji yang mereka taburi hanya menjadi debu yang dibawa angin.

"Okay i know you can't trust me. But give me a chance. Bagi aku peluang untuk buat kau bahagia. "

Gadis itu memejamkan mata. Dia benci bila memori lama datang menjengah.

Memori dimana setiap kali dia dalam kesusahan, pasti ada lelaki ini untuk berikan pelukan hangat, kata-kata semangat dan itu sedikit sebanyak menggoyahkan hati dia.

Tetapi hati itu sudah serik. Sudah penat ditipu dan disuap harapan palsu.

"Kalau kau tak kesiankan diri kau sekalipun, atleast kesiankan dekat baby ni. Dia tak tahu apa-apa sayang.. Bagi dia peluang untuk tengok dunia."

Kata-kata lelaki itu kali ini berjaya menyentak kan hati Bella Najwa. Dilihat perutnya sayu. Ada satu nyawa di dalam situ. Nyawa yang lansung tidak berdosa.

"Aku tak kuat.. " setelah lama berdiam diri, akhirnya Bella Najwa membuka mulut.

"Kau tak perlu jadi kuat untuk hidup. Kau cuma perlu bagi peluang. Peluang untuk diri kau merasa bahagia."

"There's no way for me to be happy Edmund. Dunia memang tak suka aku. Dari kecil aku diuji dengan pemergian orang yang aku sayang. Daddy. Lelaki pertama yang aku percaya pon dah hancurkan hidup aku. Jadi kau fikir aku boleh percayakan kau? " Bella Najwa menghamburkan kesedihannya. Membuka cerita dahulu yang paling dia tak nak ingat.

Wajah daddy nya yang bermain di fikiran segera ditepis jauh-jauh. Dia sudah tak ingin ingat akan wajah lelaki itu. Lelaki yang pernah menjanjikan seluruh dunia buatnya, namun hanya neraka buatan yang disediakan buat dia dan arwah mummy.

"Sebab itu aku kata bagi aku peluang. Dalam masa tiga bulan ni, kalau aku tak mampu nak bahagiakan kau, aku janji akan lepaskan kau. " Edmund Carl bersuara tekad. Walau bagaimanapun, dia tetap akan buat Bella Najwa menyayanginya.

Namun jika gagal, dia telah sumpah dengan diri sendiri untuk ceraikan gadis itu. Edmund Carl menyesal. Dia baru sedar yang perasaan sakit itu bukan saat cintanya ditolak. Namun saat melihat orang yang dia cinta itu menderita.

Itu adalah sakit yang sebenar. Dan kini dia menyesal kerana telah memiliki gadis itu dengan cara yang salah.

****

Aku menapak masuk ke dalam rumah Edmund Carl. Luas dan cantik. Namun semua itu langsung tak menarik perhatian aku.

Apa yang bermain difikiran hanyalah cadangan yang diberikan oleh Edmund Carl. Ceraikan aku selepas tiga bulan. Aku akan pastikan perkara itu terjadi. Dan lelaki itu akan berputus asa sebelum masanya tiba.

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now