"Ahmad Edmund Carl bin Muhammad Abdullah Hans Carl. Aku nikah akan dikau dengan Bella Najwa binti Rashid dengan mas kahwin sebanyak 2000 ringgit dibayar tunai. "

Mimi memandang Bella Najwa pelik. Bella Najwa tak payah cakap laa, muka dia dah naik pucat.

"Aku terima nikahnya Bella Najwa binti Rashid dengan mas kahwin yang disebut dibayar tunai."

"Sah semua? "

"Sah"

"Alhamdulillah.."

****

"Sah semua? "

Wait. Apa semua ni?

"Sah"

No, aku nak jerit tak sah! Tapi anak tekak aku taknak keluarkan suara.

"Alhamdulillah "

No! This not right..

Mimi memandang aku. Meminta jawapan untuk semua ini. Aku hanya mampu menggelengkan kepala kerana aku juga tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi.

Mana Dr Zafrael? Kenapa bukan dia yang melafazkan ijab dan kabul?

Edmund Carl datang menghampiri aku. Senyumannya buat aku rasa nak bunuh dia sekarang ini. Apa yang dia dah buat dekat Dr Zafrael!

"Bagi tangan kau. Aku nak sarung cincin. "

"Apa semua ni? " aku menyoal perlahan.

Lelaki itu hanya diam dan mengambil tangan kiri aku. Cincin berbentuk permata kecil disarungkan di jari manis aku.

"Salam laaa tangan suami kamu tu. " beberapa orang makcik menegur membuatkan aku terpaksa menurut demi menjaga air muka.

Tangan kasarnya aku salam. Hanya letak pada dahi, bukan cium.

Baru kepala di angkat, dia sudah mendaratkan bibirnya pada dahiku. Lama kucupan lembutnya di situ.

"Stop it.. " aku berbisik perlahan. Kepala aku jauhkan sedikit darinya.

"Alhamdulillah.. Lepas ni dah jadi suami isteri kena laaa jaga rumah tangga baik-baik ye.. Kamu sebagai suami, kena bimbing isteri kamu dengan betul. Dan kamu sebagai isteri, kena sentiasa taat dengan suami kamu. Baru laa rumahtangga bahagia. "

Kata-kata makcik itu hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Aku menghadiahkan senyuman palsu kepadanya, taknak dia kecil hati.

Setelah selesai semua urusan di dalam masjid, aku menarik tangan Edmund Carl kasar.

"Apa semua ni?! " aku menyoal dengan nada yang tidak puas hati.

Rasa sakit hati makin bertambah bila dia hanya diam sambil menyilangkan tangannya di dada.

"Aku tanya kau apa semua ni! Mana Zafrael? " kali ini suara aku sudah naik seoktaf. Lantak laaa orang nak tengok pon. Aku dah tak kisah.

"Jaga percakapan kau. I'm your husband now.." dia bersuara memberi amaran sambil mencerlung mata aku tajam.

"Husband? Kau buat lawak apa ni? Tak, sekarang ni mana Zafrael. Kau dah buat apa dekat dia hahh?!" tubuh lelaki itu aku tumbuk bertalu-talu, melepaskan kegeraman yang terbuku dari tadi.

Edmund Carl memegang kedua tanganku erat. Dikunci dengan genggamannya yang dua kali besar dari tanganku.

"Listen! I already save your life from that fuckin man! Mudah betul kau percayakan orang kan? " kali ini giliran Edmund Carl yang meninggikan suaranya. Genggaman tangannya juga semakin erat seperti melepaskan geram.

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now