Wake up, welcome back Seoul 💕

Start from the beginning
                                    

Kemudian Seorang Wanita yang amat aku kenali, datang menghampiriku.

"Soo, soo okey tak ni?"satu soalan yang muncul sejak aku tersedar. Kepalaku terasa sakit. Soalan itu aku biarkan. Aku menggelengkan kepalaku untuk menghilangkan rasa sakit itu. Kemudian wanita itu mula menekan butang yang berada dihujung kepala katil ini. Dia kelihatan agak cemas.

Kemudian datanglah sekumpulan manusia yang berpakaian kemas. Salah seorang daripada mereka mula meneliti diriku. Namun aku tidak menghiraukannya. Kemudian dia bercakap kepada wanita yang mula-mula aku lihat sebaik sahaja aku tersedar daripada lenaku. Kemudian sekumpulan manusia itu pun keluar dari bilik yang alu diami sekarang. Wanita itu mendekati aku. Tanganku dipegang.

"Puan ni..siapa? Saya dekat mana ?"soalku kerana aku begitu kenal dengan wajahnya namun aku lupa akan namanya. Soalanku itu mengejutkan dia. Aku dapat melihat tubir matanya hampir pecah namun ditahan sebaik mungkin. Tanganku digenggam erat. Dia memandang kearah empat orang gadis yang duduk disebelah kiri katilku. Kemudian dia memulakan bicaranya.

"Soo, ni ibu, kamu dekat hospital sekarang" jawabnya lembut.

"Ouh" aku menjawab dingin. Kemudian aku melihat kepada empat orang gadis itu. Soalan yang sama dilontarkan.

"Saya beya"

"Saya Nooyen"

"Saya Oniziha"

"Saya Betty"

"Kitaorang kawan kau.."

Kata mereka berempat. Aku mengerutkan dahiku kemudian aku mengangguk tanda faham.

°○°○°○°Flashback 2023°○°○°○
.
.
.
Seok Jin sedang termenung sambil dudk diatas katil empuknya. Telefonnya diletak ditepi katil. Kemudian, Namjoon memasuki biliknya. Lelaki itu tersenyum manis melihat Seok Jin. Seokjin hanya membalas senyuman lelaki itu dan menggulingkan badannya.

"Hyung..tak tido lagi? Dah lewat ni.." soal Namjoon dengan nada yang risau. Dia mula duduk dibahu katil tempat Seokjin berbaring.

"Tak, hyung tak boleh tido.. hyung masih tak boleh lupakan Nasoo" kata Seokjin sambil merenung kearah siling.

"Hyung kena tido, dah pukul dua belas setengah dah ni.. esok kita nak kena uruskan jenazah Nasoo lagi..banyak hal lagi.." kata Namjoon sambil mengusap kepala Seokjin.

"Hurmm.. okey laa.."kata Seokjin malas-malas. Namun matanya masih tercantap disiling biliknya itu. Kemudian matanya mula beralih kearah Namjoon.

"Joon," panggil Seokjin sambil badannya dipusing agar berada didalam posisi meniarap. Kening Namjoon dijungkitkan.

"Kenapa kau masuk bilik hyung ni?"soal Seokjin. Riak wajah Namjoon mula bertukar. Dia tersenyum malu.

"Hehe..sebenarnya, joon ingat nak curi-curi tido dekat bilik hyung, tapi tak sangka pulak hyung tak tido lagi" kata Namjoon sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

"Hahahhaha"Seokjin ketawa lalu bangkit dan menepuk paha Namjoon. Kemudian Seokjin menyandar dikepala katil. Katil empuknya ditepuk-tepuk. Namjoon membulatkan matanya. Hairan.

7 days with Idol 》Fanfiction》BTS 》TXT》ARMYWhere stories live. Discover now