Satu

26 1 1
                                        

"Wey, aku gerak dulu eh ?" kataku sambal memakai minyak wangi di pergelangan tanganku. Berbunyi loceng digelangku ketika tanganku bergerak-gerak menyatukan minyak wangi di kedua-dua pergelangan tangan untuk disapukan di kedua-dua bahagian tudungku. "okay", hanya itu yang aku dengar sebagai jawapan. 

Aku keluar dari bilik lalu memakai kasut sneakers berwarna biru muda bertali putih. Berbaju kurung berkasut sneakers ? No hal lah ! Berjalan ke kelas di pagi hari, hari yang aku harapkan akan ada sinar dapat memberiku semangat untuk terus ke hadapan, hari yang aku harapkan akan ada perubahan yang baik untuk diriku. Menyapa dan menjawab sapaan rakan-rakan di pagi hari dengan senyuman dibibir. Senyuman yang menutup 1001 ceritaku.

Seusai kelasku pada pada pagi itu, aku berjalan ke kafe untuk membeli secawan air bagi membasahkan tekakku yang kering. Biasa la bila buat presentation, peluh pun naik sejat. Aku beli secawan air milo kurang ais kurang manis di kedai Kak Ati lalu duduk di meja biasa. Meja A23. Kafe di sini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A lebih selesa dan senyap berbanding bahagian B. Aku duduk lalu minum air dengan tenang sambil berkhayal.

Khayalan aku terganggu tatkala mendengar suara makcik ropeah a.k.a Mika. "Wey, presentation kau macam mana duh ? Okay tak ? Awal kau datang kafe harini " lalu duduk dihadapanku bersama secawan air kopi ais. Aku memandangnya sekilas. "Okay je. Kau tak payah nak acah guna duh sangat. Dengar dek mak kau, aku yang kena ceramah 4 hari 4 malam" jawabku. Mika tersengih menunjukkan sebaris giginya yang cantik memakai braces. Aku melihat wajahnya. Mika atau nama penuhnya Mika Nasuha, seorang gadis yang cantik dan baik. Anak bongsu kepada sepasang suami isteri yang bekerja sebagai peguam. Hebat keluarga ni. Anak sulungnya juga bekerja sebagai peguam. Keluarga peguam ni. Hanya Mika sahaja yang tidak mahu mewarisi pekerjaan keluarganya dan memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan. Oh, mesti tertanya mengapa panggilnya Makcik ropeah kan ? Makcik Ropeah ialah seorang penjual kuih di tamanku. Mulutnya bising, tak berhenti menjaja kuihnya, sama macam Mika. Bising dan banyak mulut !

"takpe, jangan risau cik Laili. Aku dah terang dekat mak aku apa tu duh. Dia okay je" jawabnya. Aku memandang wajahnya dengan muka tertanya. "Kau bagi tahu apa ?", tanyaku. Dia mengambil tanganku lalu mengusapnya lembut. "Aku jawab duh tu singkatan untuk huduh. Aku cakap aku guna duh dekat kau je, sebab kau je huduh" lalu tersengih seperti kerang busuk. Aku terus menarik tanganku "Kurang ajar kau ! Wey samdol, ejaan hodoh tu H.O.D.O.H. Mana datang jadi duh. Macam mana mak kau percaya ?". Dia menjawab pertanyaanku dengan mengangkat kedua-dua bahunya sebagai tanda tidak tahu. Nasib kau la Mika, dapat mak tak boleh dengar anak dia sebut perkataan pelik sikit.

Aku menghabiskan sisa air milo di cawanku. Aku memandang Mika, leka melayan telefonnya. "Wey, aku nak pergi kedai RM2. Nak ikut ?" tanyaku kepada Mika. Mika menggangguk lalu memasukkan barangnya ke dalam begnya. Aku turut melakukan perkara yang sama. Tanganku berhenti ketika namaku dipanggil. Aku melihat orang yang memanggilku. Riak wajahku terus berubah. Perkara hitam dalam hidupku terus terlayar difikiran.

"Laili, aku nak minta maaf. Aku sumpah menyesal. Tolonglah Laili", lalu cuba mencapai tanganku. Dengan pantas aku berdiri dan menjauhkan diriku darinya. Perkara yang berlaku 2 tahun lepas masih segar diingatan. Dia punca aku macam ni. Dia punca aku jadi macam ni. Takkan semudah tu aku lupakan.  Awalnya, aku seorang gadis biasa yang ceria dan periang.  Asyra Laili yang dahulu berbeza dengan yang sekarang dan puncanya adalah dia !

Mika terus berdiri dan menarik tanganku untuk membawaku pergi jauh darinya. Aku tersedar dari tenggelam dengan perkara hitam silam. Aku terus mencapai beg dan mengikuti tarikan tangan Mika. "Asyra Laili, aku sayangkan kau. Masih sehingga sekarang. Aku menyesal, sungguh menyesal. Berilah aku peluang" dia merayu. Cuba membeli jiwaku. Aku berhenti ketika mendengar nama penuhku disebut. Mika memandangku "Li, jom. Aku ada. Jangan takut", Mika cuba memujukku agar aku teruskan langkahku meninggalkannya. Aku lebih termakan dengan pujukan Mika lalu meneruskan langkahku meninggalkan kafe. Meninggalkannya bersendiri. Aku kenal dia. Aku tahu dia takkan berhenti di situ. Berhenti dan berputus asa itu bukan sikapnya, bukan sikap Amzar Rafiq...

Diari GilaStories to obsess over. Discover now