Special Chapter II

Start from the beginning
                                    

"Dahlah tu honey oi. Nak tercabut telinga Far tu." Julian cuba menenangkan Medina.

"Biarkan tercabut." Medina merentap telinga Farhan sebelum melepaskan pialan ditelinga Farhan. Tercebik bibir Farhan sambil menggosok cuping telinganya yang memerah. "Nasib ada Abang Ian kau. Kalau tak, sampai esok aku tak habis pial telinga kau."

"Dahlah tu, Dina. Esokkan raya. Kosong-kosonglah kita." Hanif datang dari luar rumah menyampuk pertelingkahan adik-beradik itu. Kepalanya tergeleng melihat Farhan menuju kearahnya lalu mengadu gaya budak kecil. "Apa mengadu-ngadu ni Far. Malulah anak buah tengok."

Farhan buat muka selamba. Lengan bapanya dipeluk. Hanif tayang muka simpati kearah Eira. "Biarlah! Orang lain dah ada suami dan isteri, Far je yang takda. Bagilah Far bermanja dengan abi."

"Ehh, umi je boleh bermanja dengan abi. Far ketepi eh?" Eira menolak badan sasa anaknya ketepi sehingga lelaki itu terjatuh dari sofa. Eira pula memeluk manja lengan suaminya. Hanif tersenyum menang manakala yang lain sudah mengetawakan Farhan.

"Tulah. Single lagi," ejek Louis.

"Diamlah. Aku tak maafkan kau esok baru tahu." Farhan sudah mula mengugut. Louis menjelirkan lidahnya kearah Farhan tanda dia tidak kisah.

"Dahlah tu. Baik korang siap-siapkan baju raya apa yang patut. Gosok siap-siap. Nanti esok senang, pakai aje. Esokkan kita nak beraya rumah atok dengan nenek. Maklong Hannah dengan Pakcik Haikal dah ada dah kat sana." Hanif meredakan pergaduhan manja anak-menantunya itu.

Medina mengajak anak kembar tiganya naik kebilik diikuti dengan Julian. Louis pun mendukung Lufthi dan Fatin mendukung Luqman meniti anak tangga. Tinggal Farhan dan ibubapanya sahaja diruang tamu itu.

"Ha Farhan? Kamu taknak naik atas ke?"

Farhan menoleh kearah ibubapanya. Dia menjeling manja. Tangan disilang kedada seraya itu dia melangkah mengikuti langkah yang lain. Hanif dan Eira menggeleng kepala melihat anaknya merajuk.

"Dah tua bangka pun nak merajuk. Lembik," gumam Hanif.

"Ai, abang cakap orang."

"Eh, abang pun kuat merajuk ke?"

"Yelah. Ini lagi baby tua bangka!"

Hanif tergelak. "Yelah sayang oi. Anak-anak dah masuk bilik, kita bila lagi?" Kedua kening Hanif terangkat-angkat. Eira tergelak malu.

"Jomlah."

MEDINA dari tadi memerhatikan Julian mengemas barangan anak-anaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MEDINA dari tadi memerhatikan Julian mengemas barangan anak-anaknya. Dia menunduk diam tidak bersuara membuatkan Julian pelik melihat isterinya. Julian mendekati isterinya yang tertunduk dibirai katil.

Bahu isterinya dipaut. "Honey... kenapa ni? Suram aje. Harini kan hari raya. Happylah sikit, honey," pujuk Julian lembut. Rambut Medina diselit ketelinga. Medina mendongak memandang Julian. Matanya sudah mula berair. Bibirnya tercemik.

Tangan kekar Julian dicapai. Berkerut dahi Julian apabila Medina mengucup tangannya lama.

"Maafkan honey tau bie. Honey banyak buat salah dengan bie sepanjang perkahwinan kita ni. Honey selalu leter dekat bie tapi bie tak pernah nak marah honey. Honey minta maaf sangat-sangat dekat bie. Honey tak--tak.." Belum sempat Medina hendak menghabiskan ayatnya, Julian terlebih dahulu menahan.

"Honey... bie sentiasa maafkan honey. I love you so much, Medina Haura." Dahi Medina dikucup Julian. Air mata Medina yang berjuraian itu dikesat Julian penuh kasih sayang.

"I love you too, bie." Medina senyum.

Baru sahaja mereka berdua hendak menyambung berasmara, pintu bilik mereka dibuka dari luar. Masuk ketiga-tiga anak Medina dan Julian dan mereka terus melompat diatas katil. Kacau daun betullah.

Tergelak Julian melihat wajah cemberut Medina kerana cemburu dengan anak-anaknya. Haih, dah jadi mak budak pun macam budak-budak lagi.

"Mummy, daddy! Tok daddy suruh panggil mummy dan daddy turun! Makan, lepastu boleh pergi rumah nekyang!" Tashfeen memberitahu Medina dan Julian.

"Ha, jom-jom. Nanti lambat pula. Bie jangan lupa tutup suis semua ya?" Medina menarik tangan ketiga-tiga anaknya keluar dari bilik meninggalkan Julian didalam bilik mengemas apa yang patut. Julian pula hanya menurut.

Usai makan juadah raya seperti lemang, ketupat dan rendang, mereka sekeluarga berkumpul diruang tamu. Farhan kelihatan melebih-lebih makan. Katanya, sebulan puasa manalah dia dapat makan banyak begini.

"Farhan! Salam kakak sini!" Medina memanggil adiknya. Farhan buat muka merajuk. Masih merajuk dengan hal semalam.

"Taknak!"

"Taknak takpa. Selamat duit raya aku." Medina menyimpan semula sampul duit raya kedalam beg duitnya. Tak sampai sesaat, Farhan sudah berdesup kearah Medina. Wajah comel ditayangkan. "Apa?" Farhan mencapai kedua tangan kakaknya.

"Selamat hari raya, kakak kesayanganku yang cantik lagikan gojes. Maafkan segala kesalahan adikmu ini."

"Alah kau. Duit cepat aje."

"Biasalah, Far kan masih bujang."

"Apa kena mengena?"

"Alah, bagi jelah."

"Kalau aku taknak?"

"Alah, Medina!"

"Hahahaha, bluek."

"Medina Haura..." Julian bersuara tegas. Medina pula tergelak besar.

 Medina pula tergelak besar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cukuplah ni. Last special chapter okay tak? Diorang dah bahagia dah pun. Huhuhu. Saya sudah kematian idea nak tulis apa dah. Jap, family Eira & Hanif nak cakap something.

"Assalamualaikum, kami ingin mengucapkan selamat hari raya kepada saudara serta saudari yang sedang membaca bahagian ini. Maaf jika lakonan kami ada terkasar ataupun tidak mengikut citarasa anda semua. Kosong-kosong ya?
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!"
- Eira & Hanif Family.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now