CHAPTER 14

1.1K 64 4
                                    

Cuti sekolah telah pun habis. Kelihatan pelajar-pelajar agak tidak bersemangat. Biasalah hari pertama persekolahan selepas bercuti. Tiba-tiba terdengar teriakan dari loud speaker.

"Perhatian kepada pelajar yang bernama Rafiq Naufal, Faris Haiqal, Adam Rayyan, Dhiya Airis Eryna, Eiyad Ammar, Dhiya Aisy Khayra, Raisya Maisara, Alya Safira, Dhiya Aimy Aqeela, Wafiy Hilman, Eijaz Nafis, Dhiya Aaira Ameera, Aariz Mukhriz, Tengku Zara dan Tengku Nadira, sila pergi ke bilik pengetua dalam kadar yang segera!"

"Aku tak salah dengar kan?" Soal Aqi.

"Tak, nama kau lah tu. Tapi asal Abah panggil??" jawab Aaira bingung.

"Aku pun tak tahu. Jomlah kita pergi sekarang." Kata Aisy.

Dalam perjalanan ke bilik pengetua sempat lagi Aaira mengusik sepupunya.

"Weh, Aaira yang kau ni dah macam monyet duk terkinja-kinja kacau orang ni dah kenapa ?" Marah Erin.

"Alaa, rilekslah. Aku tahu korang nervous, sebab tu aku usik korang. Hekhekhek." Jawab Aaira sambil ketawa jahat.

"Banyaklah kau punya nervous." Perli Aqi.

Aaira hanya tertawa.

******

"Kenapa pengetua panggil kita?" Soal Nafis.

"Yang aku pelik pelajar F5 pun ada. Masalahnya bukan pelajar biasa-biasa. Tapi headboy Dan headboy's assistant." Sampuk Ammar.

"Aku rasa macam something fishy." Kata Naufal.

"Dahlah, jomlah kita masuk. Dari tadi duk tercegat depan pintu ni. Takde maknanya pintu ni nak terbukak sendiri. Korang ingat korang ni anak raja ke apa." Sindir Wafiy.

"Ye la.. Nak masuklah ni. Tu pun nak angin satu badan kau ni." Balas Naufal.

"Assalamualaikum." Ucap Ammar.

"Waalaikummussalam." Jawab pengetua.

"Jemputlah duduk." Pelawanya lagi.

Pengetua memandang mereka seorang demi seorang dan tersenyum.

"Apasal Abah aku ni. Tersengih-sengih sorang." Kata Aisy dalam hati.

"Korang tahu tak kenapa saya panggil awak semua datang kat sini? Soal Tuan Nazhan.

"Tak tahu." Jawab Aqi ringkas.

"Semua yang saya panggil tadi kecuali Faris dan Raisya saya akan lantik jadi Majlis Kepimpinan Pelajar. Kamu semua akan berada di bawah tunjuk ajar Faris dan Raisya. Saya harap awak bagi tunjuk ajar pada mereka semua Faris." Balas Tuan Nazhan.

"Baik Tuan." Jawab Faris dan Raisya serentak.

Dia amat mengenali anak dan anak saudaranya itu. Mereka tidak suka memimpin tetapi mereka mempunyai kewibawaan sebagai pemimpin. Niatnya hanya ingin menguji mereka berempat. Tidak lebih daripada itu.

"Tapi Tuan, kita orang pelajar baru. Rasanya Tuan belum kenal kami lagi. Kami rasa kami tak layak nak sandang jawatan ni." Kata Aisy kepada Tuan Nazhan. Dia berharap supaya abahnya mengubah fikiran supaya tidak melantik mereka.

Star HighschoolTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon