PART 1 - 'Topeng Kuning'

2.2K 30 4
                                    

Wednesday, 3/3 Summer

hari yang agak memenatkan.. dari pukul 9 pagi tadi sehinggalah pukul 1 petang aku perlu menghadiri kuliah dan kemudianya pada pukul 2 petang pula disambung dengan aktiviti di studio.. sebagai pelajar dalam jurusan seni bina, tidak banyak masa yang terluang untuk bergembira, bersantai dengan kawan-kawan yang lain.. hari-hari dipenuhi dengan tugasan baru yang diberikan oleh pensyarah walaupun pengajian untuk Tahun kedua baru bermula tapi assignment dah mula berlambak.

mungkin pada orang lain belajar seni bina agak sibuk, no life, tidak cukup tidur dan seumpamanya.. mungkin benar, namun pada pengalaman aku kebanyakkan orang terasa diri mereka sibuk adalah disebabkan mereka selalu menangguh tugasan yang diberikan.. bila hampir tiba masa untuk dihantar semua tugasan, baru lah mereka nak berebut-rebut untuk menyiapkannya.. dan kerana itu, mereka merasakan jurusan ini sangat sibuk, tidak cukup tidur, perlu berjaga malam untuk menyiapkan semua tugasan. tapi, aku tidak begitu. aku akan pastikan yang aku tidak akan menangguhkan tugasan baru.. pagi ini diberikan kertas kerja, pada malamnya juga aku akan mula memulakan tugasan itu..

sekarang pukul 10 malam.. aku duduk berseorangan di bilik aku di kolej kediaman universiti.. aku ada roommate namanya Shahir. Dia masih tidak masuk bilik lagi.. barangkali dia tengah melepak di bilik kawan-kawan lain.. atau mungkin dia masih lagi berada di studio cuba untuk menyiapkan kerja-kerja designnya..

aku sudah menyiapkan kerja design aku di studio petang tadi. jadi pada malam ini aku agak bebas.. hmm.. malam ni aku nak buat apa ye? nak pergi melepak kat bilik kawan-kawan lain? hmm.. rasa malas pula.. lagi bagus aku kat dalam bilik je.. letih.. nak merehatkan badan.. nak tidur ke? tak kan lah tidur awal sangat.. masih pukul 10..

sambil berbaring di atas katil dengan memakai singlet dan seluar pendek aku mengamati putaran kipas yang berpusing laju. aku memang betul-betul tidak ada idea untuk melakukan apa pada malam ini. nak pergi keluar melepak di bilik kawan-kawan terasa malas pula.. kalau nak tidur rasa terlalu awal.. fikir dan terus berfikir.. nak buat apa ye?? hmm... better aku online je kot, buka facebook.. tengok-tengok perkembangan kawan-kawan yang lain di Facebook.

aku bangun lalu menuju ke meja belajar aku.. pada laptop, aku menekan papan kekunci cuba untuk mendaftar masuk akaun Facebook aku.. hmm... cuma ada lima notification.. dan semuanya tidak lah begitu penting.. pada Facebook, aku melihat perkembangan kawan-kawan aku melalui status mereka.. aku memberikan komen pada status mereka dan menekan butang 'like' pada gambar yang dipamerkan di Facebook.

tapi, aku tetap terasa bosan. tidak ada benda yang begitu menarik di Facebook. jam sekarang menunjukkan waktu 10.30 malam. fikir dan berfikir. aku perlu melakukan sesuatu untuk mengisi masa yang terluang ini. lagipun bukan selalu aku agak bebas seperti malam ini. biasanya busy buat assignment tapi tugasan yang baru ni aku dah siapkan awal dah. kalau aku tangguh assignment dan masih belum siap, mungkin pada malam ini aku tengah berada di studio universiti menyiapkan segala tugasan itu.

tiba-tiba aku teringat satu laman sosial kat satu apps yang aku dah lama tak kunjungi.. rasa-rasanya dah dua bulan last sekali buka apps tu. sebelum ni aku dah uninstall apps tu kat phone aku. entah kenapa aku tiba-tiba rasa nak install balik apps tersebut. aku macam ni lah, sekejap install then lepas tu uninstall pula. 

Buka Play Store, aku bula install semula apps 'Topeng Kuning' tersebut. Orang kata apps ni tempat banyak maksiat.. kalau nak nafikan tu tak boleh juga lah kan.. ada kebenarannya kat situ.. Bukan sebab apps tersebut dibuat untuk buat maksiat, tapi kebanyakkan orang dalam tu cuma nak cari 'keseronokkan' je.. hakikat dunia 'orang macam kita' ni banyak yang nak cari benda 'seronok' tu.. 

tapi...

seperti hari ni..

entah kenapa aku still main app 'topeng kuning' tu.. maybe sebab dalam diri aku ada terasa lonely.. jadi bila aku main apps tu, terasa yang orang 'jenis' macam aku ni actually banyak je kat luar sana.. aku tak rasa keseorangan.

Yayımlanan bölümlerin sonuna geldiniz.

⏰ Son güncelleme: May 11, 2020 ⏰

Yeni bölümlerden haberdar olmak için bu hikayeyi Kütüphanenize ekleyin!

Unspeakable LoveHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin