⚡32⚡

130 28 15
                                    

Kakiku melangkah masuk ke minimart, hajat aku kemari ingin mencari makanan dalam tin, maklumlah, omma balik kampung so aku terpaksa masak sendiri.

Sedangku mencari makanan tadi, aku ternampak seorang gadis, memakai uniform yang sama denganku sedang menjengket ingin mengambil makanan juga.

Aku tersenyum memandangnya, walaupun aku hanya melihatnya dari jauh, tapi dia nampak comel kan?

Tanpa silu, aku berlalu ke belakangnya, syukur omma memberiku makanan yang berkhasiat barulah aku boleh setinggi ini, dan tentu saja senang untuk aku mencapai cereal untuk gadis comel ini.

"Gomawo.." katanya selepas terkejut dengan tindakanku yang tiba-tiba menolongnya.

Oh, rupanya gadis comel ini ialah perempuan yang aku langgar pagi tadi. Entah kenapa jantungku laju berdegup.

Seketika, mata kami bertentang antara satu sama lain. Matanya seperti penuh harapan, atau permintaan daripada aku. Aku...semakin tertarik dengan dia ni.

"A- ehem.." dia berdehem. A..keadaan menjadi semakin kekok pula.

"Seungwoo, Seungwoo imnida.. Awak yang saya terlanggar pagi tadi kan? Salam perkenalan, saya masuk lambat kerana ada perkara tak diingini berlaku." tanganku dihulur kepadanya. Tapi nampaknya dia takkan menyambutnya.

Dengan tiba-tiba dia berlari keluar minimart, cereal tadi turut diletakkan semula.

Aku pelik. Aku salah ke? Atau aku pernah ada salah dengan dia dulu?

𝙃𝙖𝙪𝙣𝙩𝙚𝙙 𝙎𝙤𝙪𝙡 ノ 𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘶𝘯𝘨𝘸𝘰𝘰Where stories live. Discover now