⚡16⚡

143 33 11
                                    

Selepas penat membuntutinya, kami berhenti di sebuah taman. Takut-takut aku menoleh wajahnya. Betapa terkejutnya aku apabila terlihat lebam di bawah sisi bibir Minkyu.

"Hyah..kenapa dengan awak punya bibir?"

"Angkara kau."

"M-maaf. Tapi kenapa saya? Saya tak tahu apa-apa pun?"

Dia kemudian duduk di salah satu buaian kanak-kanak.

"Kau patut jauhi Seungyoun."

"Tapi kenapa?" tanyaku.

Soalanku hanya dibiarkan sepi. Kulihat dia menunduk menguis tanah.

Sukar untuk bercakap dengan Minkyu. Dia lebih memilih untuk mendiamkan diri tanpa memberitahu perkara sebenar kepadaku. Aku menghulur plaster bercorak kepadanya. Dia menerimanya.

"Maaf fasal tadi. Aku terlalu emosi." katanya tiba-tiba.

"Takpe. Saya faham."

"Kau nak apa cari aku pagi tadi?"

"Hah!! Saya nak mintak tolong awak lukiskan gambar kawan saya.."

"Kawan kau? Seungyoun?"  pandangnya pelik.

"Aniyo..orang lain.."

"Kau ada kawan lain ke?"

"Ish dia ni..adalah..tapi dia tak de kat sini, awak lukis berdasarkan penerangan saya je nanti. Boleh tak?"

"Er.." melihatnya yang ragu-ragu, aku cuba meyakinkannya.

"Ala bolehlah please.." rayuku lagi.

Dia senyap sambil menatap mataku dalam.

"Minkyu?" aku cuba menyedarkannya. Dia ni termenung pula.

"Ye, so bila dan di mana?"

"Awak setuju lah ni? Okay esok boleh dekat rumah saya?"

"Rumah kau?"

"Haah, plus saya masakkan awak sedap-sedap sebab awak sudi tolong saya. So awak tak perlu balik rumah awak dulu, terus je ikut saya balik. Boleh?"

"Hm.. Okay." akhirnya dia bersetuju.

"Thanks Minkyu!! Jumpa esok tau!!"

---

"Kau silap percaya orang Seol."

𝙃𝙖𝙪𝙣𝙩𝙚𝙙 𝙎𝙤𝙪𝙡 ノ 𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘶𝘯𝘨𝘸𝘰𝘰Where stories live. Discover now