BAB 4

151 10 0
                                    

[Dari kecewa, aku belajar untuk bangkit. Dari luka, aku belajar untuk lebih berwaspada. Dari ujian, aku belajar erti kekuatan.]

DIA melajukan derapan kaki ke wad yang ditempatkan oleh Hajah Farrah.

Qaseh berjalan tenang dibelakang Raid yang sedang tergopoh-gapah berlari mencari katil yang diduduki oleh Hajah Farrah. Entah apa yang mahu dirisaukan sedangkan Hajah Farrah sudah keluar dari zon merah.

Raid berlari laju mendapatkan Rania yang sedang melayan adik bongsunya, Yaya.

"Abah." sapa Raid kepada ayah tirinya.

Haji Sani berpaling seraya tersenyum. Tangan yang dihulurkan oleh anak tirinya disambut elok.

"Umi macam mana, Abah? Ok tak? Macam mana boleh jadi macam ni?" soal Raid, cemas.

Haji Sani tersenyum puas. Bangga dengan sikap prihatin dan tanggungjawab yang tersemai di dalam jiwa muda Raid. Harap sikap itu dapat disimpan hingga tua.

Bahu Raid ditepuk lembut. "Umi ok je. Cuma kaki dia patah. Ambil masa jugalah dalam dua tiga bulan?"

Raid mengangguk lesu. Risau akan keselamatan Hajah Farrah masih belum surut sampai tidak sempat menjamah makanan. Tadi, selepas dia habis menunaikan solat, terus dia memanggil Qaseh untuk bergerak ke hospital yang ditempatkan oleh Hajah Farrah.

"Eh, Qaseh ada juga?" tegur Haji Sani tegas, tapi lembut.

Qaseh tersenyum kekok. Jarang dia berjumpa dengan keluarga mentuanya ini.

"Err ada." ujar Qaseh sebelum bergerak ke sebelah Raid yang sedang melihat kaki Hajah Farrah.

"Macam mana boleh jadi macam ni, Umi?"

Hajah Farrah tersenyum. Wajah Raid dipandang sayang. Sungguh, dia sayang dengan anak sulungnya ini. Biarpun Raid datang dengan cara yang salah, itu semua bukan dosa anak sulungnya ini. Itu semua datang dari diri dia sendiri.

Rambut lebat Raid diusap.

"Tadi Umi nak beli ikan je dekat pasar. Tak tahu pula penyakit Umi datang serang waktu Umi tengah bawa motor." ujar Hajah Farrah.

Raid mengangguk sebelum dia mengerutkan dahi. "Kenapa tak suruh Rania pergi beli?"

Rania yang mendengar tersentak apabila namanya disebut.

"Eh, Rania mengajar eh waktu tu." cantas Rania cepat.

"Bukan salah Rania. Memang Umi nak pergi beli sendiri pun. Lagipun waktu tu kan zohor, nak suruh Abah kamu memang tidaklah. Dia kan imam." terang Hajah Farrah lagi.

"Macam mana penyakit Umi boleh serang balik? Bukan Umi ok dah ke?" soal Raid lagi. Masih tidak puas hati.

"Umi pun ta..." belum sempat Hajah Farrah ingin bercakap, Qaseh memintas.

"Umi sakit apa?" pintas Qaseh. Hairan dia apabila sedari tadi menjadi penonton tidak berbayar anak beranak itu.

Raid memandang wajah isterinya sebelum kembali memandang wajah ibu kandungnya.Hajah Farrah menggeleng sedikit kepada Raid. Harap dengan gelengan yang sedikit itu, membuatkan Raid faham.

Penyesalan Tanpa Noktah Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ