Balqis Humairah,seorang gadis manis yang mencintai kehidupannya yang penuh ketenangan tiba-tiba terseret dalam kehidupan bermasalah seorang jejaka yang misteri dan juga merangkap pensyarahnya
Adam Danial,jejaka yang lari dari perkahwinan aturan kel...
Suasana di perpustakaan universiti Edinburgh agak lengang.Peperiksaan belum bermula menyebabkan banyak meja yang kosong.Di sudut hujung,dalam keadaan yang sedikit terlindung,kelihatan seorang gadis bertudung merah lembut sedang terkial-kial membawa buku yang penuh ditangannya untuk diletakkan di meja sudut perpustakaan.Sesekali mulutnya berdecit geram kerana buku-buku tersebut menutup penglihatannya.Tiba-tiba datang seorang lelaki mengambil separuh dari buku yang dibawanya dan bertanya "nak letak dekat mana?".Balqis Humairah yang tadi terkejut terus membalas "dekat meja sudut tu ".Mereka berdua berjalan menuju ke meja yang berada di sudut perpustakaan." Terima kasih .Nasib baik awak sudi tolong,kalau tak memang payah jugak saya nak berjalan sambil pandangan tertutup"Balqis bersuara setelah mereka meletakkan buku diatas meja."sama-sama,kalau macamtu saya pergi dulu ya"balas lelaki itu dengan senyum yang terukir di bibir lalu melangkah pergi.Setelah lelaki yang menolongnya tadi pergi,Balqis mengambil tempat dikerusi yang bersebelahan tingkap lalu membaca buku yang dibawanya tadi.
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.