"Fatima!!!! Jangan dekat situ....panas" Sumaiyyah tarik tangan anak perempuannya dari bara api.
Mereka sekeluarga sedang membakar lemang dilaman rumah keluarga suaminya . Esok merupakan raya pertama Sumaiyyah bersama suami.
"Panas tu sakit ke mama?" Sumaiyyah angguk.
"Sakit tu benda yang buruk ke mama?" Soal anak kecil itu lagi.
"Kalau Fatima sakit...mama sedih, ayah sedih, Papa sedih..nenek ngan atuk pun sedih."Sumaiyyah memeluk Fatima.
Suaminya Amir, memerhatikan anak dan isterinya dari jauh. Tangannya mengangkat lemang yang sudah masak kemeja yang diletakkan berdekatan pintu dapur.
Selepas urusannya selesai, Amir mendekati dua beranak itu.
" Fatima kena jaga diri elok-elok. Mama sayang Fatima." Sumaiyyah mengukir senyum buat anaknya.
"Sayang tu macammana?" Sumaiyyah senyum hambar.
"Sayang tu perasaan seseorang terhadapnya orang lain. Sayang tu kita buat diorang gembira, Kita ada untuk orang tu kalau dia susah..." Amir mengusap kepala Sumaiyyah. Fatima didukung.
"Timah, jom makan lemang. Sedap! Timah tahu sedap tu apa?" Rambut Fatima yang menutupi dahi diselitkan ketelinga.
"Tahu" anak kecil itu menjawab tanpa emosi.
"Timah tahu senyum tu apa?" Fatima diam dalam dukungan lelaki itu.
" Senyum tu macam ni" Amir senyum seluas-luasnya.
"Kalau sayang Papa cepat senyum macam papa" pipi anaknya dicium.
"Cepatlah senyum!!!" Kekok kanak-kanak itu mengoyak senyum. Cepat-cepat Amir tunjukkan senyuman Fatima pada Sumaiyyah.
"Mai, her first smile!!!" Bicara Amir teruja. Mata Sumaiyyah berkaca-kaca. Tubuh Sumaiyyah ditarik dia memeluk bahu isterinya.
***********
Dilahirkan tanpa emosi, tanpa perasaan sakit
Fatima Nurun Qaisy.
Gadis yang menghidap penyakit yang berkaitan psychology iaitu Alexithymia dan penyakit CIPA (ketidakupayaan untuk merasai kesakitan dan suhu) serentak. Penyakit ini merupakan penyakit genetik. Ayah kandungnya meninggal dunia disebabkan CIPA.
Untuk terus hidup Fatima perlu melakukan pemeriksaan kesihatan setiap hari kerana badannya tidak boleh merasai kesakitan. Setiap hujung minggu pula dia akan melakukan imbasan CT dan MRI untuk memastikan kesihatan tubuhnya.
Setakat ini dia sudah berjaya hidup selama 15 tahun.
Nafas dihembus perlahan. Air kopi panas itu dihembus sehingga suam. Setelah merasakan air itu sudah suam baru dia meneguk air berwarna coklat gelap itu.
"Kenapa diorang gelak?" Matanya tidak lepas dari memerhati sekumpulan pelajar yang berada selang satu meja dari tempat duduknya.
Soalan itu tidak bersambut kerana dia duduk berseorangan sahaja disitu.
"Kenapa aku tak gelak?"
YOU ARE READING
Emotionless
RandomApa yang akan berlaku sekiranya kau tiada emosi? Tak dapat merasai kesakitan? Setengah orang akan bersimpati. Tetapi kebanyakan orang akan memanggil kau raksaksa. Alexithymia. No words describe emotions. CIPA. Conginential insensitivity to pain and...
