11

137 30 6
                                    

Aku memandang sekeliling bilik mencari Snoo. Sejak semalam dia tidak munculkan diri. Dia dah lari ke?

"Snoo-ah..mana kau? Kau marah aku ke?"

"Haah." muncul satu suara.

Aku berpusing mencari arah suara tadi.

"Aku di sini, atas almari." mendongak leher aku memandangnya.

"Kau pergi mana? Kau marah aku? Sebab apa?"

"Lelaki semalam.. Dia boyfriend kau ye?" Aku lihat sudah duduk di atas katil milikku. Memandangkan aku mempunyai masa sebelum ke sekolah, ada eloknya aku berbual dengan Snoo sekejap. Aku meletakkan punggung di sebelahnya.

"Aniyo..dia kawan aku je.."

"Tapi kenapa dia kiss kau semalam." aku berfikir sejenak tentang pertanyaan Snoo. Iya jugak eh? Kenapa dia kiss aku semalam?

"Entahla..nak suruh aku jangan sedih kot."

"Tch, kau ni lurus sangat la..."

"Hm..aku tahulah body aku lurus je..tak bengkang-bengkok, janganlah buat aku sedih.."

Snoo menepuk dahinya. Aku memandangnya pelik.

"Bukan body kau yang aku maksudkanla...aku cakap kau ni innocent tahu? Kalau lelaki cakap dia sakit bila kau sakit,itu maksudnya dia suka kau.." dia menguis-nguis kakinya di karpet. Mukanya kelihatan kecewa.

"Eh, yeke? Seu-Seungyoun suka aku?"

"Hm..dah lah..pergi la sekolah sana. Nanti lambat pulak.."

Aku hanya tersenyum.

"Okayy, bye bye Snoo!!"

Dia menghantar pemergianku dengan senyuman sahaja. Dalam perjalanan ke sekolah, aku terfikir, Seungyoun suka aku? Mustahil sungguh kan?

𝙃𝙖𝙪𝙣𝙩𝙚𝙙 𝙎𝙤𝙪𝙡 ノ 𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘶𝘯𝘨𝘸𝘰𝘰Where stories live. Discover now