"Hello.. " tegur aku lagi. Kali ini tangan mula mengetuk perlahan meja miliknya.

"Oh yaa sorry, apa tadi ?" lelaki itu menyoal sambil tersengih.

"I ada appoinment dengan pengarah pukul 10." kata-kata tadi aku ulang. Haih fokus betul Mamat ni buat kerja sampai tak dengar apa orang cakap.

"Ooo okok, kejap eh. " dia mula mengambil ipad miliknya dan memeriksa sesuatu.

"Doktor Bella Najwa? " lelaki itu menyoal. Aku hanya mengangguk kepala tanda ya.

"Alright sila masuk. " pintu pengarah dibukakan untuk aku. Ucapan terima kasih diucapkan perlahan pada lelaki itu.

"Assalamu'alaikum" aku menyapa perlahan lelaki tua yang sedang duduk di kerusi miliknya. Dia melihat aku tanpa sebarang senyuman. Shet, aku kecut perut dah nii.

"Walaikumsalam. Duduk. "

Amboi nak suruh duduk pon serious benor mukanya. Aku melabuhkan punggung terpaksa. Ya Allah bantu lah hamba Mu ini. Aminnn.

"I'm sorry about my past mistake. Yes I admit it is my fault. Tapi saya nak mintak budi bicara tuan untuk beri balik pekerjaan saya. Saya janji benda ni tak akan berulang lagi. " aku menarik nafas panjang sebelum memulakan kata. Wajah tua itu tetap serious memandang ke arah aku.

"Bukan senang pihak kami nak bagi balik jawatan kamu. Sebab nama kamu dah disenarai hitamkan oleh pihak hospital. " kata-katanya membuatkan harapan aku hancur. Hati terasa luluh mendegar apa yang diperkatakan.

"Tapi ada satu cara kalau kamu nak dapatkan balik pekerjaan ni. " lelaki tua itu menyambungkan lagi percakapannya. Mata aku terus bersinar mendengarkan itu. Haaa kan senang cakap terus. Ni dok buat suspen. Okok wawa jangan kutuk dia.

"Apa tuan? Saya sanggup buat apa sahaja. Cakap je. " aku berbicara penuh yakin. Jangan dia suruh aku jadi baby sugar dia sudah.

"Kami tidak boleh bagi jawatan yang dulu lagi kepada kamu. Jadi kamu tidak kisah ke jadi MO sahaja? "

Aku mengangguk laju. Tak kisah laa jawatan apa pon, janji aku boleh bekerja lagi.

"Dan kamu tidak dibenarkan untuk bertugas di hospital ini. " kalini mulut aku ternganga. Eiii pakcik ni suka berlakon sinetron ke apa dok buat orang berdebar-debar dari tadi.

Sabar waa sabar, orang tua tu.

"You have to be transfer to hospital Abdul Halim Kedah. But don't worry, hanya satu tahun sahaja dan selepas itu kamu boleh bekerja balik di hospital sini. Saya harap kamu faham prosedurnya sebab nama kamu dah di senarai hitam dari hospital ni. Jadi itu hanya satu-satunya cara untuk kamu bersihkan nama kamu balik. " Pengarah itu menerangkan panjang lebar kepada aku.

Sebenarnya aku hanya tangkap perkataan Kedah tu je. Ayat itu saja dah cukup buat aku jadi mong.

"Okay saya setuju. Jadi bila saya akan di transfer kan ?" okay wawa, setuju je dulu. Pasal duit nanti boleh fikir.

"Inshaallah next week. "

Aku hanya angguk tanda setuju. Surat agreement dihulurkan pada aku.

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now