fourty-four

496 42 18
                                    

Seungkwan dari tadi asyik gelisah, tidak tentu arah. Baru sahaja selang sesaat,  mukanya ditilik pada kaca telefonnya. Bajunya pula dikemaskan sambil menunggu seseorang di ruang cafe itu. Siapa lagi yang ditunggu kalau bukan teman wanitanya—atau lebih tepat bakal teman wanita.

Bukan mahu banggakan si Seungcheol namun disebabkan Seungcheol-lah, dia akhirnya dapat berjumpa dengan Jiu walaupun ia dirancang di saat-saat akhir. Entah jadi atau tidak. Sudah hampir 15 minit dia tunggu, masih tidak ada kelibatnya.

Namun, Seungkwan masih sanggup menunggu. Tidak kisah berapa lama perlu dia menunggu, asalkan makanan yang ditempahnya tadi dihidang segera. Kalau tidak, melenting satu kedai.

“ Asal lambat sangat si Jiu ni ”, getus hatinya si Seungkwan. Mungkin dia lupa si Jiu ini perempuan, mahu bersiap bukannya 10 minit. Boleh jadi 10 hari di ambil untuk bersiap.

Jam dipergelangan tangannya ditilik. Dia hanya mampu bersabar.

“ Seungkwan... ? ”, dia mula berpaling.

Bibirnya yang muram tadi, terus mengukirkan satu senyuman. Dia segera berdiri pabila melihat figura yang ditunggu-tunggu olehnya tadi. Siapa lagi kalau bukan Jiu. Matanya bersinar melihat Jiu, barangkali rindu yang teramat.

“ Maaf lambat—”,

“ Ah takpe. Kwan baru je sampai tadi eum duduk lah ”, dia mempelawa Jiu ke meja. Kerusi berhadapan tempat duduknya, di tarik kebelakang sedikit untuk si Jiu melabuhkan punggungnya. Nak acah gentle lah tu.

Dia kembali duduk bertentangan si Jiu.

Keadaan menjadi tegang dan kekok sebentar. Entah apa yang bermain di dalam fikiran masing-masing, sehinggakan tiada satu pun perkataan yang berani diucap. Mungkin kedua-duanya gemuruh. Iyalah, macam dating gitu siapa tak gemuruh. Bergetar rusuk kiri.

“ Ni makanan—”, Seungkwan menunding dengan ibu jarinya ke arah makanan yang terhidang di atas meja itu.

“ Iya tahu ni makanan ”, balas Jiu.

Jelas semuanya makanan yang terhidang di dalam pinggan dan mangkuk. Lainlah kalau terdesak, terhidang hantaran 10 dulang di atas meja itu.

“ Maksud kwan... jom makan ”, dia menunjukkan barisan giginya ke arah Jiu. Jiu hanya mampu tersenyum melihat gelagat lucu si Seungkwan. Comel.

Dia mengangguk dan terus menyuap beberapa sudu kek dihadapannya itu. Manis, cair di dalam mulut. Namun, lagi manis Seungkwan di hadapan.

“ Jiu ”, panggilan si Seungkwan membuatkan si Jiu segera mengangkat muka.

“ Kwan nak tanya ”, Jiu hanya mengangkat kening, bertanya kenapa.

“ Betulke Jiu dah ada boyfriend—”,

“ Jiu ! ”, tiba-tiba kedengaran satu panggilan dari arah belakang si Jiu. Seungkwan terus berpaling. Potong line lah.

Seungkwan terus berkerut dahi. Siapa dia ? Kenapa dia menyahut, memanggil si Jiu yang sudah terang sedang sibuk makan bersamanya. Dia kembali memandang si Jiu namun mata si Jiu masih tertumpu pada figura yang memanggilnya itu.

“ Juyeon... ”, air muka Seungkwan terus berubah sebaik sahaja Jiu bangun dari duduknya dan menghampiri lelaki itu.

Betullah kata orang. Jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang mustahil untuk kita dapatkan. Malah, walaupun kita cuba untuk menghampirinya, ia makin menjauh. Daripada terus terseksa, lebih baik tinggalkan sahaja.

Jap macam lirik lagu pulak.

Namun, senyuman Seungkwan tadi kini sudah hilang. Kecewa dan patah hati mula menguasainya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 15, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

love mission + svt'ffWhere stories live. Discover now