"For hurting you with words," jawab Adam mewakili mereka semua.

"Why should I forgive y'all?" soal Avryn lagi sambil berpeluk tubuh.

AF, Afran dan Aayiz hanya memandang drama minta maaf ini dengan senyuman lucu.

"Err...So we can be friends again," kata Aayash teragak-agak sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Friends? Don't waste my time," kata Avryn dan cuba untuk berjalan melepasi mereka tetapi masih dihalang.

"What else?" soal Avryn dengan nada menyampah.

"Please forgive us. We didn't mean to," kata Adam sekali lagi meminta maaf dengan nada kesalnya.

Avryn menghela nafas berat. Secara jujur, dia masih tidak dapat melupakan perkataan yang Adam sebut tetapi salah dia juga sembunyikan identiti dirinya.

"Okay fine. I accept the apology," kata Avryn dengan senyuman kecilnya.

FP mengukirkan senyuman lega manakan tidak Afran sudah beri amaran awal-awal jika Avryn tidak memaafkan mereka, dia pun tidak akan memaafkan mereka juga.

"Now, move from my way," kata Avryn dengan tegas Avryn.

FP terus ke tepi untuk memberi laluan kepada Avryn.

Avryn dan AF masuk ke dalam kelas diikuti FP.

"Kau pergi mana semalam? Dari tengah hari kau menghilang," kata Luciana sambil mengangkat keningnya kepada Avryn yang duduk di sebelahnya.

"Coreal Residental," jawab Avryn ringkas sambil melihat nota dalam iPad miliknya.

Luciana hanya mengangguk kerana tidak mahu mengganggu Avryn yang seperti dalam mood yang tidak baik.

"Ryn, ajarkan aku yang ini boleh tak? Aku tak faham,"

Sofia tiba-tiba menerjah meja Avryn.

Avryn merampas pensel di tangan Sofia dan mengajar soalan Add Math yang Sofia tidak faham satu per satu.

"Kenapa kena tukar kepada perpuluhan?" soal Sofia lagi.

Avryn tanpa mengeluh menerangkan lebih lanjut sehingga Sofia faham.

"Faham?"

Avryn memberikan semula pensel kepada Sofia.

"Faham sangat Ryn. Lagi bagus kalau kau jadi cikgu," kata Sofia sambil tersengih sebelum beredar ke mejanya

"Pecah kepala aku kalau nak jadi cikgu. Sekarang pun dah macam nak pitam jaga semua," gumam Avryn perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Luciana dan Sarah disebelahnya.

"Selamat pagi cikgu,"

Semua murid bangun apabila Cikgu Noraini masuk ke dalam kelas.

Kelas Bahasa Melayu pada pagi itu berjalan secara aman tanpa gangguan tetapi untuk seketika sahaja.

"Tengku Avryn Adryssa diminta ke pejabat pengetua dengan kadar segera. Terima kasih"

Semua pelajar yang berada dalam kelas mengalihkan kepada Avryn yang sedang baca nota seperti tiada apa yang berlaku.

Sarah di sebelah Avryn mencuit lengannya menyebabkan Avryn mengangkat kepalanya dari skrin iPad miliknya.

Dia mencabut earplug dari telinga menyebabkan AF dan FP menepuk dahi serentak.

"Tengku Avryn Adryssa diminta ke pejabat pengetua dengan kadar segera. Terima kasih"

Avryn mengangkat sebelah keningnya apabila mendengar pengumuman itu.

'Apa hal?' bisik hati Avryn.

Avryn keluar dari kelas dan menuju ke pejabat pengetua selepas Cikgu Noraini mengangguk tanda mengizin.

Kelas bersambung semula selepas Avryn sudah keluar.

***

Avryn masuk ke dalam pejabat pengetua selepas mengimbas cap jarinya.

"Assalamualaikum," kata Avryn sambil melangkah menuju ke meja Tuan Seth.

"Waalaikummusalam," balas Tuan Seth sebaik sahaja melihat Avryn.

"Have a seat, Tengku Avryn." kata Tuan Seth dengan senyuman nipis.

"Just Ryn, sir." balas Avryn lalu duduk di kerusi yang disediakan.

"Saya panggil kamu sebab nak tanya tentang Hari Sukan yang akan berlansung dalam 2 minggu lagi," kata Tuan Seth sambil menghulurkan beberapa kertas kepada Avryn.

Avryn menyambut huluran kertas itu lalu baca sepintas lalu.

"Saya ada dengar dari Arzyn. Just proceed with the plans you have sketched," jawab Avryn kerana dia ada dimaklumkan oleh Arzyn semalam sebelum tidur tentang Hari Sukan.

"Okay Ryn. We've decided to invite a businessman as our chief guest for this Sports Day. Is that okay?"

Tuan Seth bertanya untuk kepastian.

"Tak ada masalah. Asalkan Hari Sukan berjalan dengan lancar sudah. Latihan mula bila?" soal Avryn kerana belum ada apa-apa maklumat tentang itu.

"Esok. Semua pelajar akan dimaklumkan dalam portal sekolah," jawab Tuan Seth kerana pagi tadi dia sudah memaklumkan kepada semua guru tentang itu.

"Okay then. Anything else sir?" tanya Avryn kerana dia sememangnya tidak mahu tinggal pelajarannya. Lagipun peperiksaan setengah tahun tidak lama lagi.

"Tak ada apa-apa dah, Ryn. Kamu boleh masuk ke dalam kelas. Maaf ganggu masa sebegini," ujar Tuan Seth sambil bermain pen di tangannya.

"Not a problem sir" Avryn jawab dengan senyuman nipis dan keluar dari pejabat pengetua

'She's just like you, Sam.'

Tuan Seth berbisik dalam hatinya.

Avryn menjadi perhatian semua pelajar dalam kelas apabila dia berjalan sepanjang koridor.

"Macam tak pernah tengok manusia," gumam Avryn perlahan sambil memasang earplug pada telinganya.

Dia memang akan pakai earplug untuk menghalang bunyi masuk. Sejak berumur 13, dia sudah memakai earplug. Itu pun dekat sekolah sahaja kerana dia lebih gemar berdiam diri dan tidak diganggu orang lain.

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

^^^

❤SELAMAT BERPUASA GUYS!❤

OG | Last Legacy: Princess CoronationOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz