"Sekali baru. Tapi... " Qaseh sengaja meleretkan suara.

Raid mengangkat kening menunggu ayat yang bakal terpancul di bibir merah Qaseh.

"Tapi?" soal Raid pula apabila Qaseh masih tidak menyambung.

"Tapi aku rasa tak puas la minum sekali. Arak tu kena minum banyak kali baru rasa feel." Qaseh tersenyum sinis.

Raid menggeleng. Bahu Qaseh dipegang lantas dia menarik Qaseh agar berhadapan dengannya. Matanya ralit merenung mata hitam sang isteri.

Raid mengorek senyuman kecil. Kalau boleh, dia tidak mahu berbalah pada waktu malam begini. "Saya tanya sekali lagi. Kenapa awak minum air tu, Qaseh?" ujarnya sambil mengelus lembut bahu Qaseh yang berlapik baju.

Qaseh menepis kasar tangan yang mengelus. Fikir dia suka ke?

"Aku stress kau tahu tak!" wajahnya diraup kasar.

Raid memandang simpati. "Stress about?"

Qaseh tersenyum sinis seraya mengangkat pandangan memandang Raid.

"Aku marah. Aku marah sebab company tu reject aku. Dia kata baju aku tak cantik. Dia kata baju yang aku reka tak boleh pamer dekat hotel dia. Apa salah aku, Raid? Penat aku usahakan baju tu. Kalau tak ada hotel tu, macam mana aku nak majukan butik aku? Kau pun tahu kan yang butik aku tu baru? Kenapa nasib aku malang, Raid?" matanya berkaca.

Raid mengeluh. Belakang badan Qaseh ditarik ke dalam pelukan. Wajah Qaseh disembamkan ke dada bidang miliknya. Rambut Qaseh diusap menghilangkan kesedihan yang berlenggu. Ubun-ubun Qaseh dicium. Nafas ditarik menyusun ayat.

Qaseh teresak di dada Raid. "Kau tak kenal aku, Raid. Kau tak kenal." tangan kecilnya memukul lembut dada Raid.

"Saya kenal awak. Saya kenal awak sejak kecil, Qaseh." Rambut Qaseh diusap lagi.

Qaseh menangis lagi mendengar ayat yang sememangnya ikhlas terpancul dari bibir sang suami yang tidak dicintai. "Tak! Tak ada siapa kenal aku!" raungnya.

Raid menggeleng. "Allah lebih kenal diri kita berbanding kita kenal diri kita . Bila kita emosi, marah, kita akan tertanya-tanya , kenapa dengan diri sendiri? Tak faham apa yang sebenarnya kita nak. Sampai sanggup membuat perkara yang dimurkai. Tapi Allah, Maha Tahu segala isi hati kita. Jadi bila kita sakit, perit, derita, sedih, bahagianya diri kita , carilah Allah. Ceritakanlah kepadaNya . Kerana hanya Dia sahaja yang kenal diri kita."

Qaseh menolak kasar tangan Raid. Wajahnya merah menahan amarah.

"Oh sekarang kau nak kata aku ni tak solat la ye? Kau nak kata aku cepat marah? Emosi? Buat benda yang dilarang, ha!" Jeritan Qaseh bergema di rumah banglo setingkat hadiah dari Walid Qaseh kepada mereka.

Raid menggeleng seraya turut bangun melihat Qaseh yang mencerlungnya tajam.

"Bukan tu maksud saya, Qaseh." Tangan Qaseh mahu dicapai tapi lantas ditepis sebelum menolak kasar tubuh Raid ke katil.

Qaseh tersenyum puas apabila tolakannya kali ini berjaya membuatkan Raid terbaring ke katil.

"Kau nak tengok macam mana aku kawal marah aku? Aku buat macam ni, Raid!" Buku Raid di atas meja ditolak kasar.

Penyesalan Tanpa Noktah Where stories live. Discover now