❣: 12

833 116 35
                                    

Aku menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulutku.

Minji yang duduk di sebelah aku menyiku lengan aku.

Aku memandangnya tak puas hati. Nasib aku tak tersedak! Ish dia ni.

"Tuu.." kata Minji sambil memuncungkan bibirnya ke arah seseorang.

"Apa kau ni?!"

"Tuuuuu" wow panjang betul muncung dia.

Aku pun memandang orang ditunjuk oleh Minji.

Bomin.

Okey.

"Hai Younghee! Hai Minji!" Sapa Bomin sambil bawa dulang makananya.

"Hai~" balas Minji malu-malu.

Aku hanya mengelengkan kepala aku.

"Hai Bomin. Awak nak apa?" Soalku.

"Boleh saya duduk dekat sini?" Soal Bomin sambil menunjuk kerusi kosong di hadapan aku.

"Boleh"

"Gomawo"

Minji melanggar bahu aku dengan bahunya.

Aku memandangnya dengan pandangan 'kau nak apa lagi?'

Dia memuncungkan lagi bibirnya ke arah Bomin.

Haih...nasib kawan.

"Bomin" panggilku.

Dia memandangku dengan pipi yang kembong. Comel.

"Awak join program Survival tu?" Soalku.

"Emm..entahlah. Awak pergi ke?"

"Pergi."

"Kalau macam tu, saya pergilah"

"Yes!"

Aku dan Bomin memandang Minji pelik.

Minji memandang kami malu.

"Maksud aku...Yes aku dah habiskan nasi aku. Hahaha" kata Minji kekok. Wajahnya sudah kemerahan menahan malu.

Aku tergelak kecil melihatnya. Hahahaha kesian...😂

•••

🌘🏠

"Younghee! Keluarga Sunwoo dengan Sunwoo dah sampai ni! Cepat sikit turun!" Jerit Ommaku dari luar bilik aku.

"Nae Omma! Sekejap!" Balasku.

Aduhh... mana cincin aku ni?

Biasanya aku letak dekat laci meja belajar aku.

Habislah akuuuuuu😫

Aku percaya 100% cincin tu ada dalam bilik aku sebab aku tak pernah keluarkan cincin tu dari bilik aku kalau aku tak pakainya.

Dekat mana pun aku cari, aku tetap tak jumpa cincin tu.

Aku pernah cari barang aku yang hilang sebelum ni. Walaupun aku sudah cari seluruh kawasan rumah aku, aku tetap tak jumpa. Tapi selepas Omma aku tolong cari, cuma beberapa saat barang yang hilang tu jumpa.

Ajaibkan.

Korang pernah tak macam tu? Ke aku seorang je macam tu?

Tapi untuk situasi sekarang ni, takkan aku nak minta tolong dengan Omma aku?

Memang kena bebel lah dulu sebelum tolong tu. Tak nak aku!

Emmm.....🤔

💡

Aku keluar dari bilik aku lalu turun separuh dari anak tangga.

Aku mencari kelibat Sunwoo di ruang tamu.

"Sunwoo, Sunwoo" panggilku dengan nada yang perlahan.

Sunwoo yang terdengar terus memandang aku yang berada di atas tangga.

"Bwo?" Soalnya.

"Sini sekejap"

Sunwoo sempat membuat muka malas sebelum mendaki anak tangga dan mengikut aku masuk ke dalam bilik aku.

"Apa?" Soal Sunwoo.

"Cincin aku hilang. Tolong carikan" mintaku sambil memegang lengannya.

"Hilang?!"

"Nae.." aku menganggukan kepala aku.

Sunwoo mengeleng-gelengkan kepalanya.

"Tolong aku cari, pleaseeeee" rayuku.

Sunwoo mengeluh kecil lalu menganggukan kepalanya.

Aku tersenyum lebar.

"Kau cari dekat sebelah sana, aku cari dekat sebelah sini." Arahku.

•••

"Younghee-ah. Kau letak mana cincin tuuuu. Dah penat aku cari tapi tak jumpa-jumpa" soal Sunwoo yang sudah kepenatan.

"Biasanya aku letak dekat dalam laci meja belajar aku." Beritahuku resah.

Sunwoo mengeluh berat lalu sambung mencari.

Aktiviti mencari terbantut apabila Omma aku masuk ke dalam bilik aku.

Aku dan Sunwoo pandang Omma aku terkejut.

Begitu juga dengan Omma aku. Dia juga turut terkejut melihat Sunwoo ada sekali di dalam bilik aku.

"Oh? Sunwoo ada dekat sini?"

"Omma, nanti Younghee dengan Sunwoo turun bawah. Kitaorang nak bincang sesuatu sekejap" kataku sambil membawa Omma aku keluar dari bilik aku.

"Ouh. Okey. Jangan lama-lama sangat. Nanti sejuk pulak makanan dekat bawah tu"

"Nae, Omma"

Aku menutup pintu bilik aku lalu sambung cari.

Cincin tolonglah munculllll😣

Baru sahaja aku nak cari di atas almari, Sunwoo memegang tangan aku.

Aku menoleh memandangnya.

"Kau dah jumpa ke?" Soalku.

Dia tidak berkata apa-apa. Dia memegang tangan aku lalu sarungkan cincin di jari aku.

"Oh? Kau dah jumpa!" Kataku gembira.

Tapi...

Kenapa aku rasa berdebar-debar💓 eh masa dia sarungkan cincin tu pada jari aku?

Aku rasa macam...

Dah kahwin. Lagi-lagi melihat cincin milik Sunwoo telah tersarung di jarinya.

"Kajja" Sunwoo lepaskan tangan aku perlahan lalu keluar dari bilik aku.

•••

🍽

"Kami nak beritahu kamu berdua sesuatu" kata Omma Sunwoo pada aku dan Sunwoo.

Kami hanya berdiam diri dan mendengar apa yang Omma Sunwoo ingin katakan.

"Kami semua akan bercuti di luar negara untuk 1 minggu. Kami nak kamu berdua duduk serumah sepanjang ketiadaan kami kerana bahaya Younghee tinggal seorang diri dekat rumah." beritahu Omma Sunwoo.

"Sunwoo boleh tinggal di sini semasa kami pergi bercuti" kata Ommaku pula.

"Tapi, Younghee dah besar. Younghee boleh jaga diri sendiri" kataku cuba bantah.

"Tak boleh Younghee. Kamu tu perempuan." Kata Appaku pula.

Aku mengeluh berat. Sikit-sikit perempuan. Sikit-Sikit perempuan. Ingat perempuan tak pandai jaga diri sendiri ke!








TBC















Just U || Sunwoo TBZWhere stories live. Discover now