sweet husband

500 42 16
                                    

By irdina_kookie
Actor:song jihyo & kim taehyung
Genre: romance
Title: sweet husband
Situasi: married + dewasa

------------

Kim taehyung melirik jihyo yang cantik mengenakan busana pengantin disebelahnya dengan senyap. Mereka telah berkahwin 2 jam yang lepas dan jihyo tak mengucapkan satu ayat pun kepada dia. Taehyung tahu dia perlu berikan masa kepada jihyo kerana bukan senang untuk jihyo menerima semua ini. Dan tak semua i
Orang sembuh dengan drastik tiba-tiba.

Taehyung teringat kejadian dua bulan yang lepas, kejadian yang membuatkan hatinya juga hancur melihat keadaan jihyo.

💭💭💭
Taehyung memandu ke hospital dengarkan sahaja khabar yang jihyo telah dimasuki hospital. Setibanya di hospital, dia melihat omma dan appa jihyo duduk di hadapan bilik emergency dengan risau.

"Encik song" song jeyong yang mendengar namanya di panggil melihat kearah taehyung yang berkeadaan tidak terurus dengan baju kerjanya.

"Taehyung" mereka telah lama kenal kerana taehyung dulu adalah sahabat baik jihyo dan juga ex boyfriend jihyo. Kerana konflik yang berlaku mereka terpaksa terpisah dan membawa hal masing-masing. Mereka tidak bergaul sudah 2 tahun, tetapi taehyung masih mengambil tahu keadaan jihyo daripada omma jihyo dan penyiasatnya.

"Apa terjadi kepada jihyo appa?" Dia sudah biasa memanggil omma dan appa jihyo sebagai omma dan appanya. Encik dan puan song juga tidak kisah kerana dia pun dah anggap taehyung sebagai anak mereka.

"Ini semua salah appa, sebab percayakan sangat bangsat tu, appa biarkan jihyo tinggal dengan dia sampai dia berani cederakan jihyo setiap hari tanpa kami tahu. Dan harini dia semakin berani dengan bercadang nak bunuh jihyo dan buatkan ianya seperti pembunuhan rompakan" encik jeyong mengusap mukanya beberapa kali, air matanya mengalir dengan deras. Dia telah gagal menjadi seorang appa kepada jihyo.

"Omma rasa tak senang hati dan ingat nak melawat jihyo walaupun jihyo pernah bagitahu yang dia tak bagi omma melawat tanpa dia yang ajak dulu. Dan omma terkejut apabila melihat keadaan di dalam rumah tu, jihyo terbaring dengan perutnya yang berdarah dan minhyuk sempat larikan dirinya daripada tingkap" puan cheorem memeluk encik jeyong dan dia meraung apabila teringat keadaan jihyo yang pucat dan tidak terdaya itu.

Taehyung terduduk mendengar penjelasan puan dan encik song, kalau dia tahu jihyo tidak bahagia selama ini, mesti dia dah rampas jihyo dari awal. Dia akan jaga jihyo seperti seorang permaisuri.

Dua jam kemudian, seorang doktor perempuan keluar daripada wad dan mengatakan keadaan jihyo sudah baik-baik sahaja. Mereka boleh melawat setelah jihyo dipindahkan ke wad biasa.

Taehyung tidak percaya orang yang di depannya sekaranh adalah song jihyo. Orang yang dia sukai sejak kecil, orang yang selalu membuatnya tersenyum dan juga orang yang selalu disampingnya susah dan senang.

Muka jihyo kelihatan biru dan ungu kesan lebam seperti ditumbuk, tangan jihyo juga ada beberapa parut kecil. Dia tak sanggup tengok di bawah gaun hospital tersebut kerana pasti ada lebih banyak. Dia berjanji akan membalas dendam kepada minhyuk kelak.

"Hello encik park, sila tangkap orang yang bernama cheon minhyuk, semalam dia ada melakukan pembunuhan dan melarikan diri" setelah berbincang, dia kembali mendekati jihyo semula. Tangan jihyo diusap lembut takut kalau tangan tersebut terluka bila dia memegangnya terlalu kuat.

Apabila jihyo mulai sedar, jihyo tidak seperti jihyo yang dulu. Dia hanya senyap dan anak matanya kosong melihat kearah mereka, dia ada nampak riak takut jugak kearah mereka tapi disembunyikan jihyo sebaik mungkin waluapun badannya sudah mula menggeletar teruk. Dia menghensot ketepi apabila mereka mendekat, apabila puan cheorem memegang tangan jihyo, jihyo seperti histeria dan meraung kesakitan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 03, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

one shot stories collections 2Where stories live. Discover now